China Autumn Trip 2015 : JJCM di Xian (Part I)

Friday, January 08, 2016

China Autumn Trip 2015 : Mt Siguniang to Chengdu via Mt. Jiajin Pass

Ok, kita dah masuk bab Xian hehehe. Sorry entry berkenaan China ne saya sengaja buat ikut tempat dan bukannya ikut hari.


Kami bergerak ke Xian dengan menaiki train tepat jam 9.00pm dengan perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 15 jam. Ambil soft sleeping dengan harga RMB301. Oleh kerana train malam jadinya aktiviti utama adalah membuter dengan jayanya.
Keadaan koc kami. Siap keluar periuk nasi untuk masak maggi
Segala urusan jual-beli dalam train perlu menggunakan kad ini. Fungsi dia ala-ala touch n go jugalah. Cuma takde nilai je. Maksudnya dah agak-agak nak sampai destinasi utama barulah mereka akan collect payment.

Kami tiba di Xian takdelah on time. Lewat hampir sejam juga rasanya. Dari stesen keretapi Xian kami ambil bas double decker no. 603 dengan tambang 1RMB untuk menuju ke Hantang House. Nak turun di mana? Ok, berdasarkan kiraan bus stop hehehe. Jarak takdelah jauh mana pun. Sat je dah sampai. Untuk Hantang House ini saya akan buat entry berasingan ye.
Bus double decker no.603.

Selesai segala urusan wajib di hostel, misi seterusnya adalah JJCM. Kebuluran giler ok! Last kami makan berat adalah di malam terakhir di Rilong Town. Kami dah aim nak singgah makan di restoran yang kami temui waktu mencari jalan ke Hantang House. Tak tahulah apa nama kedai ne dan tak tahulah di jalan apa. Yang pasti, sebelum simpang jalan ke Hantang House. 

Restoran ini antara yang terbaik menunya. Walaupun kami ada di singgah di restoran yang berbeza dengan menu yang sama tapi restoran yang ini cukup segala rasanya. Oleh sebab itulah, kami tak pandang dah restoran lain. Tetap nak makan di sini juga.
Papan tanda sebesar alam - tapi sayangnya tak tahulah apa nama restoran ini.
Restorannya kecil aja. Satu yang saya perasan, orang-orang di sini jenis makan tak pandang keliling dah. Maksud saya dapat je makan terus ngapp dengan lajunya, siap makan terus blah. Takdenya nak lepak santai-santai macam kita-kita ne hehehe.
Ini menunya. Sebesar-besarnya derang tempek kat dinding. Rambang mata, semua nak try.
Sup ini memang fav saya. Sedap dihirup dalam cuaca yang dingin bangat.
Sedap ok dan yang pasti murah (tak ingat berapa harganya)
Asparagus dengan daging - wajib try. Sedap berganda-ganda

Selesai santap kami kembali ke hostel untuk berehat. Akticviti JJCM bersambung di malam hari di Muslim Quarter.

* bersambung

You Might Also Like

14 comments

  1. hehe..cari mee tarik. samalah..smpi kunming the first kedai makan adelah kedai mee tarik..menu display sama jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agip,

      niat memang nak rasa mee tarik tapi bila dah masuk kedainya, mee tarik semua ke mana. Nasi juga yang menjadi idaman hati :D

      Delete
  2. Replies
    1. 1st time makan, tekak tak berapa nak boleh terima tapi bila dah berkali2 masuk mulut, sedap! krupp krapp bunyinya :D

      Delete
  3. alohaii Zilla..Xian ni memang nekcik ada simpan jugak impian cuma tak taulah bila impiannya jadi nyata..takpe nnti boleh skodeng blog Zilla ni bila ada rejeki nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nekcik, Xian ne memang lokasi idaman saya sebab nak tgk Terracotta tapi dek kerana kebudgetan ketidakcukupan, makanya di Xian hanya JJCM aje aktivitinya hehehe

      Delete
  4. Ooo kdai ni aku jupe je zilla tp xpnh pi plk...hehe tp kdai dpn hantang tu pun ok dah pd aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang tak singgah sebab kedai ne memang sedap giler masakannya DJ...

      Delete

Subscribe