Phuket : Part I
Sunday, December 11, 20111st day : Puchong - LCCT - Phuket
Alhamdulillah, berjaya juga saya menjejakkan kaki ke syurga dunia, Phuket. Kenapa saya kata syurga dunia? Subhanallah, memang indah sangat-sangat, tiada kata-kata yang mampu saya lafazkan untuk meluahkan betapa indahnya pemandangan yang disajikan di depan mata. Pada awalnya, saya hampir sahaja menarik diri dari trip kali ini atas urusan kerja dan masalah peribadi tetapi bila difikir berkali-kali, terasa rugilah pula kalau tak pergi. Yelah, bukan senang nak dapat tiket murah sebegitu (return dalam RM1++). Nekadkan hati, pedulilah dengan apa yang orang kata dan bakal kata.Terasa seperti dah habis daya memikirkan kata-kata orang ini; saya buat baik pun kena kata, saya buat jahat apatah lagi. Jadinya suka hati koranglah, yang penting saya happy dan enjoy sahaja dengan trip-trip saya..
Malam sebelum berangkat saya bermalam di rumah tasyha di Kinrara. Sebelum itu, kami lepak di IOI Mall untuk melayan twilight (frust dgn jalan ceritanya yang lemau), mencari money changer untuk menukar duit; saya dapat RM400 = 4,000 THB (hasil dari membodek tokei MC) dan memborong sedikit makanan untuk dibawa bersama. Malam itu jugalah, kami study serba-sedikit itinerary yang dibuat bersama-sama berdasarkan kepada blog Phuket101 (blog yang memang terbaik) sebelum berehat dalam 2-3jam dan berangkat ke LCCT.
Sedar-sedar pun dah 4.00am, aduhh berat giler mata ini. Ngantuk sangat2 tetapi perlu gagahkan diri untuk bersiap-siap ke LCCT. Kami bergerak hampir jam 5.30am dan perlu tiba di sana sebelum jam 6.35am (gate close) dan tiba hampir jam 6.15am. Terus mencari kaunter yang berkenaan untuk verify boarding pass. Haih, saya agak sedikit sakit hatilah dengan mereka-mereka yang berkenaan. Sat kena p sana, sat ke sini, sat ke sinun; cam hampehhhh je. Penat tau pagi-pagi buter terpaksa berkejar ke sana ke mari macam tah-apa-apa-tah. Macam mana tu, staff sendiri pun tak tahu info yang sebetulnya? Malas nak pening-peningkan kepala kitaorang terus blah, sangkut pula di immigration. Giler ramai orang pagi tu, 1st time saya lihat suasana yang semeriah itu di kaunter imi. Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar (risau juga kot2lah boleh terblack list ke apa huhuhu).
Kami berlepas jam 7.10am dan tiba di Phuket Airport jam 8.25am (waktu M'sia), err 7.25am waktu di sana. Perjalanan lancar tanpa sebarang gangguan cuma keadaan sekeliling agak berawan akibat dari perubahan monsun yang baru tiba di sana. Saya sempat melelapkan mata seketika sebelum dikejutkan untuk breakfast (terpaksa beli jugalah kerana kami tak sempat nak breakfast di LCCT).
Welcome to Phuket. Alhamdulillah tetapi kami dan penumpang2 yang lain tersangkut di airport kerana mereka kehabisan stok Departure/Arrival card. Macam sengal pun adalah juga huhuhu. Hampir 15 minit menunggu sebelum staff AA tiba dan mengedarkan card tersebut dengan kuantiti yang agak terhad dan perlu berebut untuk mendapatkannya. Sekali lagi terpaksa menunggu kerana gagal nak mencelah di sebalik penumpang2 yang lain. Rasanya kami antara group yang terakhir keluar dari airport. Urusan di kaunter imi berjalan lancar dan kami terus bergerak keluar untuk mendapatkan taxi terus ke hotel di Patong.
Dari airport ke Patong dengan menaiki taxi, 650THB dikenakan. Ada aje alternatif lain yang lebih murah seperti minibus tetapi oleh kerana kami kesuntukan masa jadinya terpaksalah mengambil taxi. Mujurlah bertiga, bolehlah share sorang sedikit, kalau tidak sure rabak poket dibuatnya. Perjalanan dari airport ke Patong mengambil masa hampir 45 minit tetapi seperti biasalah baru aje taxi bergerak saya dah membuter terlebih dahulu. Ngantuk dan sedar2 pun dah selamat tiba di hotel :P
4 malam di sana, kami stay di Sea Blue Guesthouse dengan harga 270THB/person untuk family room. Sayangnya, kami hanya dibenarkan untuk check in pada 12.00 tgh jadi kami ambil keputusan untuk terus ke Patong Beach mencari pakej2 yang murah. Dengan berbekalkan peta yang cinonet dari pihak hostel kami menapak ke beach. Err agak jauh rupanya huhuhu. Pekan Patong memang agak busy dengan kenderaan, jadinya perlu lebih berhati-hati melangkah sebelum nyawa melayang :P. Motorsikal memang pengangkutan utama di sana; serabutlah. Plan asal kami hari itu sepatutnya sewa motorsikal dan bergerak ke Old Phuket Town tetapi auntie receptionist tu kata, jauh dari Patong dan dia agak risau untuk membenarkan kami ke sana dengan menaiki motorsikal. Kononnya tak nak customernya mati hehehe...
Pemandangan di sekitar Patong..
Ini pula pemandangan di sekitar hotel.
View di Patong Beach. Alhamdulillah, cuaca agak baik tengahari itu walaupun agak berawan.
Subhanallah, memang cantik..
Jalan-jalan sekejap di pantai untuk ambil mood dan kami ambil keputusan untuk melihat pakej-pakej yang ada untuk ke Phi Phi Island. Kami survey di 2 tempat aje dan kami ambil keputusan untuk ambil pakej di tempat yang ke 2 kerana harga yang ditawarkan agak rendah dari 1st place. Plan asal memang untuk ambil island hoping di Phi Phi sahaja tetapi bila lihat-lihat broucher yang ada kami beli satu lagi pakej ke Pha Nga Bay. Untuk kedua-dua pakej ini kami ditawarkan harga 1800THB. Saya tak surelah mahal atau murah; takpelah pejam mata sahajalah. Untuk pakej-pakej ini, ianya akan mengambil masa dari jam 8.00am - 4.00pm dan dilakukan dalam 2 hari. Makanan/minuman semuanya disediakan dan Alhamdulillah, pihak yang kami berurusan adalah muslim jadinya tidak akan ada masalah dengan makanan kerana ianya dijamin sebagai halal, I'Allah.
* Masa beli mana-mana pakej di sana, boleh aje kalau nak request makanan halal, vege atau sebagainya. Janagn segan-segan nak maklumkan pada mereka.
Dapat apa yang diinginkan kami berpatah semula ke hotel untuk berehat (maklumlah dah 2.++pm, waktu itu). Kami ikut aje kaki melangkah dan tiba di Jungceylon, antara shopping complex terbesar yang ada di Patong. Pusing-pusing dalamnya dan err tersangkut di salah satu kedai. Bila diingat balik, macam tak percaya aje dengan apa yang kami dah lakukan hehehe. Kami buat facial di salah satu kedai yang ada di situ :D. Patutnya last day baru boleh 'sentel' muka tapi bab kata tasyha 'ada aku kisah' hehehe. Untuk basic facial 300THB manakala untuk treatment 500THB. Kalau kat Malaysia ada ke yang murah seperti ini? Kalau ada maklumkan pada saya, bolehla saya p untuk merawat wajah yang kusam ini huhuhu. Kami ambil pakej treatment dan membutalah di situ untuk sejam :D. Sedar seolah-olah memiliki kulit muka yang baru (giler perasan) kami terus bergerak balik ke hotel untuk check in yeayyyy...
Inilah keadaan bilik kami. Luas sangat-sangat. Katil ngam-ngam untuk 3 orang tapi kalau nak sumbat 6-7 orang pun boleh sebab memang luas pun. Bilik sangat-sangat selesa kalau nak dibandingkan dengan bilik waktu holiday ke Bali tempohari. TV, towel, peti ais semua ada, jadinya sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan, 270THB. Rehat-rehatkan badan sat, settlekan urusan2 wajib dan kami ambil keputusan untuk pusing-pusing cari makan dengan menaiki motorsikal. Alahai hujan turun dengan lebatnya waktu itu dan perlu menunggu ianya reda sebelum berangkat.
Kami menyewa motor di 2 tempat yang berasingan. Dengan hotel sebiji (kerana mereka hanya ada sebiji sahaja) dengan harga 150THB dan sebuah lagi dari pihak perseorangan dengan harga 290THB (termasuk minyak); jauh sungguh harganyakan? Cuaca ok, motor pun dah ada kami berangkat ke destinasi pertama, Hard Rock Cafe berdasarkan kepada map yang diberikan oleh owner motor. Satu masalah, di sini tiada signboard nama jalan, jadinya pandai2lah ko huhuhu. Walau ada map ditangan, kami tetap sesat mencari nama jalan dan pusing-pusing, tau2 HRC dah ada depan mata. Cehhh sungguh!! Rupanya pekan Patong ini takdelah besar mana pun, pusing2 situ juga korang akan kembali.
Cuci mata di HRC, aduiiila..huhuhu. Dapat barang yang dihajati, kami terus bergerak ke destinasi seterusnya, gerai muslim untuk mencekik huhuhu.
*paprik ayam (sedap ini wpun nampak simple giler), ulaman, tomyam seafood, telur dadar dan pancake jagung..
Menurut tasyha, makanan halal boleh didapati di area masjid. Tapi kami salah ambil simpang dan tak berjumpa pun dengan masjid yang dimaksudkan. Bertanya pada local people, mereka bagi direction di mana boleh mendapatkan makanan halal (nasi). Gerai tersebut terletak di Rat-U-Thit 200 Pee Road sebelum Patong Palace. Gerai ini terletak berdekatan aje dengan simpang di antara Phra Barami Road dan Rat-U-Thit 200 Pee Road, bercantum dengan kedai runcit milik local people. Komunikasi memang ada masalah, mujur tokey gerai ada menyediakan menu dalam bahasa yang boleh difahami dan kami order berdasarkan menu yang ada. Nasi itu wajib memandangkan dari hari sebelumnya saya tak ambil nasi; perut memang dah sebu habis. Menu malam itu, nasi putih, paprik ayam, telur dadar dan tomyam seafood..Alhamdulillah, puas dapat pekena nasi. 255THB untuk menu ini (bolehlahkan?) dan kami terus bergerak pulang ke hotel dengan meredah hujan huhuhu. Opps sebelum itu singgah untuk membeli pancake dengan harga 40THB (kot2la tengah malam kelaparan :D).
*bersambung untuk hari kedua...
22 comments
Wow header baru!!!!!! Nanti saya komen, sebb buka tru hp tak feel nak baca heheheh.
ReplyDeleteJanggel, ye sila2 hehehe.bosan tu sebab saya tukar..tapi simple ajelah, nak canggih-manggih takde koser nak buat :D
ReplyDeleteƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ less is better...not to crowded right!
ReplyDelete*alamak! Terkomen lagi ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ nanti sambung baca.
Janggel, ye betul tu hehe
ReplyDelete*hahaa..dah2, jgn baca lagi ;)
kena baca cerita phuket ni..next week nak pegi :)
ReplyDeletenorh, wahh mahu ke phuket ye.lajak terus ke krabi atau lepak di patong aje?
ReplyDeletehahaha -->gelak dekat diri sendiri. bestnyaa..patutnya saya pn dh smp sana..tp ada benda urgent pulak kena attend.. haihh burn tiket kuuu..
ReplyDeletetak nah terpk nk g phuket...
ReplyDeleteerkk kena baca kat sini kot2 tetiba hati terbuka nk smapai sana heheh
header baruuuuu... ish! i pun nak tukar ler...
ReplyDeletei gi phuket tak penah jumpa halal nye, tengok vegetarian or seafood jek ler... but dul cam 8 tahun dulu, maybe high time gi again. *wink*
janggel, ko tan nak tukor ke? heheheh
masa say pg sana dulu tak sempat pon ank emrempit naik moto....dok keliling pekan patong tu je.
ReplyDeletemakanan itu sangat menerujakan!!!!
hanie, jgnlah begitu.moga satu hari nanti ada rezeki awk utk kesana semula :)
ReplyDeleteAko, saya pun tk pernah tpikr nak kesana tapi bila kwan2 pelawa & tix pun murah, belasah ajelah hehe.tunggu ajelah next entry dan kita lihat samada akan terbuka ati awak atau tidak utk ke sana ;)
Lily, hehe.bosan dgn header lama + stress dgn keje, inilah hasilnya.moh kita tukar cat rumah masing2 sempena tahun baru ini :D
byk makanan halal kat sana tapi area masjid.area patong tu pun ada, penjual b'motor tapi biasanya derang jual mee/sup/pancake aje.kalo nak nasi perlu bergerak keluar dari town..
Janggel,patong ok tapi serabutlah, ramai sgt orang kat sana tak sesuai dgn jiwa yang cintakan kedamaian :D (sila muntah).barangan pun mahal kat sini, issh bangkok lagi murahla kalo nak dibandingkan dgn phuket hehehe
perenggan pertama bunyi dah macam cedey...cer citer...
ReplyDeletephuket masa kitorang gi, mcm takde bende sangat, cuma "siok" tgk bapok menjala ikan kat bangla road...rasa cam nak tepuk je bontot dia hahaha!
island hoping aku suka sampai abis itam! duk atas bumbung boat la...
gile besar guesthouse tu! tilam cam beso. ok ar tu utk stok backpacker hostel kan...cuma moto plak satu! cis!
ok, sila sambung lagi...
x pernah terpk jugak nk pegi phuket
ReplyDeletebc entry neh cm terbuka hati pulak..hehe
oh, sy pembaca senyap sblm neh.
1st time drop comment.
maaf lah kalo terpanjang :P
-ajlaa-
x pernah terpk jugak nk pegi phuket
ReplyDeletebc entry neh cm terbuka hati pulak..hehe
oh, sy pembaca senyap sblm neh.
1st time drop comment.
maaf lah kalo terpanjang :P
-ajlaa-
Kat phi phi tu majoriti muslim...masa serve lunch ada pompuan yg bertudung...n betul phuket is expensive island....sama mcm bali....
ReplyDeleteTeringat masa g sana dulu, masa lalu kat stall2, diorang sebut halal... tapi tengok dari jauh sikit pun tak caya... hahaha... masa tu jalan kaki jer... nak sampai ke area masjid yang banyak kedai muslim tu cam jauh jer...
ReplyDeleteAda sekali tu makan kat kedai Arab, pastu asyik makan kat kedai Indian cuisine (sebab dah terbayang-bayang puri diorang sedap ya amat!!) ;)
biqque, takde apalah :)
ReplyDeletewow, ada selere ke nak tepuk montot derang ekeke.apa pun bapok2 kat sana memang cun gilos ok.kulit punyalah licin, kalah kulit telur.kulit saya pun tak macam tu tau, jeles2 hahaaa..
actually motor byk cuma habis disewa, yang ada pun sebiji tu ajelah.harga memang murahla sebab kalau diluar rata2 rate derang 200-250TBH..
ajlaa, tq sudi singgah.takpelah, mudah2an terbuka hati awak utk ke sana.cuci mata beb, eekeke
luddin, mungkinla kot.tapi saya perasan, rata2 mereka di sana bertudung dan bila diberi jaminan makanan di situ halal, saya belasah ajelah hingga lupa diri :D
masMz, jgn ada rasa was2 hehehe.jln kaki ke masjid dari mana tu?kalau dari patong uihh, jauh tu.naik motor pun terasa jauh, kalo jln kaki haruslah lagi jauh
Next time repeat lagik.. lantak la orang nk cakp pe kan.. yang penting, aku x nyesal walaupun aku g bebanyak kali.. kekkee..
ReplyDeleteTime repeat tu, confirm2 aku nk terjah 'virgin island' n fantasea.. yehha..
aku like 80juta x hehehe..
Deletemulut org takan pernah berhenti beb..buat baik pun orang mengata, buat jahat lagilahkan? hehehe
salam.. saya suka tgk blog u nie.. saya kemungkinan akan g puket bulan 4 nie.. bleh saya tau u hotel mana u tido, n berapa bajet yang perlu dibw, n kalo i naik flight g puket, kemudian i go to krabi dan blk kuala lumpur naik bus dari hatyai tak ada masalah ke..
ReplyDeletesalam sharmine..
Deletetq sudi singgah sini.utk makluman, saya tidak bmalam di phuket tetapi kami stay di sea blue backpacker hostel, detailnya ada saya dalam entry ini. budget? alala, saya tk berani nk kata sebab saya tak tahu style awak travel bgmn tetapi saya temphari, bawa RM500 aje termasuk makan, transport, hostel, island hopping $ ole2..phuket - krabi -hatyai? ok aje, tapi maaf saya tk dpt bantu mgenai krabi sebab tk pnh lagi ke sana.
syabas dengan penulisan anda (motip ayat mcm pengumuman menang kuiz teka silang-kata kan...)... Banyak makanan halal di kawasan masjid patong. TETAPI... omg.... harganya choy sahangat... jadi kalo hendak mkn di kedai/gerai halal, pastikan ada menu yang mempunyai sebut harga... saya mkn di gerai tidak jauh dr Tune Hotel (dlm 100m).
ReplyDelete