Phuket : Part II

Tuesday, December 13, 2011

2nd day : Phi Phi Island & Maya Bay


Cuaca di hari kedua agak kurang baik, mendung dan kami berharap keajaiban akan berlaku. Kami diminta bersedia jam 8.00am, langsung ke Asia Marina; jeti di mana kami akan bergerak menuju ke Phi Phi Island. Dari hotel ke Marina, saya terlelap mungkin kesan daripada pil yang saya ambil; seperti biasa sedar2 dah sampai pun destinasi yang dituju. Elok sahaja tiba dijeti, hujan mencurah dengan lebatnya. Apa nak buat? Redha ajelah sebab ianya diluar bidang kuasa kita. Sementara menunggu hujan reda, kami breakfast sekali lagi. Ohh, trip pagi ini kami ambil under Mandala Travel melalui agen Hassan yang kami temui di Patong hari sebelumnya. Sementara menunggu hujan beransur reda, kami lepak2 ajelah dan berbual dengan teman-teman lain yang turut mengikuti trip ini.

Jangan lupa ambil pil mabuk dan breakfastlah terlebih dahulu untuk mengalas perut.

Saya tak sure kami bertolak jam berapa (tak pakai jam), mengikut tasyha hampir jam 10.00am baru kami bergerak. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut pakej yang diambil dan tangan dililit dengan tali dengan warna yang berbeza untuk membezakan kami. Sebelum bergerak, kami diberi sedikit taklimat dan diberi pilihan untuk menyewa fins dengan harga 100THB dan roti 40THB untuk diberikan kepada ikan/monyet. Settle semuanya, masa untuk berangkat.

Destinasi pertama kami Khai Island untuk snorkeling dengan menaiki speed boat. Perjalanan mengambil masa 45 minit dengan cuaca masih kurang memberangsangkan; sekejap renyai, sekejap lebat namun keadaan laut masih ok tidak terlalu bergelora. Keadaan kami memang separa lencun dan sejukkkkk. Haih, dah nama pun hujan apa lagi yang boleh diharapkan, sure akan lencun punyalah. Namun ada juga sesetengah daripada kami yang agak terlebih gedik, memekak tak sudah kerana terkena tempias air. Alala, kalau dah laghu tu, better dok kat hotel ajelah, bungkus dalam selimut huhuhu.

Hati2 cheqq melangkah anak tangga tu, licin. Nanti jatuh 'bedebekkkk'

View di Khai Island memang cantik tapi sayangnya hujan yang turun membataskan aktiviti merakam gambar. Hanya 2-3 picture sahaja yang mampu saya snap; tak nak merisikokan kamera. Tiba di sana, kami mengambil alatan utk snorkeling dan life jacket. Hujan yang turun tidak membataskan aktiviti snorkeling.  Owhh dengan bangganya nak bagitahu, saya berjaya snorkeling di sana (itu pun sebab dipaksa oleh tasyha dan adik) hehee. Perairan di sini cetek aje, anak-anak ikan berenang2 ditepian; memang bestla tapi sayangnya dasarnya agak mengecewakan. Coral banyak yang dah mati di sini. Walaupun hanya sempat bersnorkeling sebentar sahaja di Mabul Island tempohari, dengan jujurnya saya merasakan dasar Mabul 10x lebih indah dari di sini (betul, tak tipu). Yang hanya boleh dibanggakan di sini ikan-ikannya yang jinak. Bagi aje roti, semua berebut utk mendapatkannya. 45 minit di Khai, kami menuju ke destinasi seterusnya..

Sayang, suasana agak kelam...

Seterusnya kami bergerak ke Phi Phi Don Island - Monkey Beach (tiada pic di sini, malas nak keluarkan kamera), Viking Cave dan Loh Samah Bay.

Viking Cave.





Layan ajelah, dah lupa apa nama tempat2 nie hehehe...


Lunch kami di Phi Phi Don Island. Halal, I'Allah..

Kami bergerak pulang ke Asia Marina hampir jam 4.00pm. Menggigil menahan kesejukan kerana kebasahan sepanjang perjalanan huhuhu. Saya tak sure tiba di jeti jam berapa, apa yang pasti perjalanannya memamakan masa yang agak lama. Alhamdulillah, perjalanan yang lancar dan kami selamat tiba di jeti dan terus dihantar pulang ke hotel. Berehat sebentar sebelum kami ambil keputusan untuk pusing-pusing pekan Patong untuk mencari ole2 untuk dibawa balik dan dinner. Niat untuk shopping terpaksa dibatalkan kerana harga barangan sangatlah mencekik darah dan kami terus bergerak ke Kalim Beach mencari makanan halal yang terletak berdekatan dengan masjid yang ada di situ (nak cari nasi). Pusing punya pusing, tapi bayang gerai yang menjual nasi tak pun kelihatan. Kali ke-3 kami berpatah balik ke Kalim Beach barulah bertepi gerai halal menjual nasi (kedudukannya agak tersorok).

View Pekan Patong..

Dinner kami malam itu. Nasi tu kurang berkenan tapi licin jugalak sebab lapar (harga tak ingat, lupa nak catat huhuhu). Malamnya, saya tak boleh nak tidur lena (hakikatnya terasa nak angkut bantal dan selimut ke dalam toilet aje) kerana cirit-birit yang maha hebat huhuhu (tak tahulah apa yang tak kena dengan makanan ini).

You Might Also Like

7 comments

  1. ala...rugi je gi island hopping hujan kannnn...mmg potong abis...len kali kena panggil bomoh hujan or lempar baju atas bumbung hahaha!

    ReplyDelete
  2. ohhh hujan..time saya pegi dulu pon hujan..tapi sekejap je..pagi..sebelah tengahari membawa ke petang syukur cuaca elok.

    ReplyDelete
  3. gambar u vivid giler. cantek and i love the telur... as it telur with nasi. ehhehehe..

    ReplyDelete
  4. Pape pun, mabul n kapalai tetap di hati..mmg view dalam laut sangt2 cantik n supppperrrbbb..

    p/s: bile nk g berenang ni? coupon pun dah nk expired..

    ReplyDelete
  5. 3rd day tu, lepas kite asik2 masuk toilet.. aku dah rase x de hati nk join trip g Pha Nga Bay tu.. nasib baik g jugak.. kalo x, nyesal x sudah.. mmg best3 trip tu..berjemur atas bot sampai hitam legam..hhahha..

    ReplyDelete
  6. 3 kali iols g phuket, 3 kali jugak lah x g ke pulau2 bagai tu. x kosa uols. agak buang masa gitew. pegi phromthep cape sajer uols. dah cukop lawa.. citarasa org kan lain2. x gitew?

    ReplyDelete

Subscribe