Kinabalu Park - Timpohon - Laban Rata
Diri belum pun tiba di puncak tetapi kesejukan sudah terasa hingga ke tulang. Saya hampir demam malam itu gara-gara tidak mampu menahan kesejukan. Semuanya bermula setelah menyapu yoko2 di betis. Seharusnya ianya bisa memanaskan urat-urat saya tetapi sebaliknya berlaku. Cecair yang keluar terasa begitu dingin. Tak tahu kenapa atau sememangnya badan saya sudah menunjukkan tanda-tanda awal untuk demam. Oleh kerana tidak mampu menahan gigilan, saya tidur bertemankan sweater dan stoking tetapi ya, sepertinya tiada fungsi. Teman sebilik saya juga melalui pengalaman yang lebih teruk kerana tidak mampu menahan kesejukan (biarlah saya simpan sahaja apa yang terjadi). Mujurlah tidak ada apa-apa yang berlaku malam itu (demam dan sebagainya) kalau tidak mungkin sia-sia sahaja apa yang kami usahakan selama ini (tetapi kalau dah takde rezeki, elak macam mana pun tetap akan terjadi, betul tak?). Walaupun sesekali terjaga tetapi saya kira memadailah untuk mengembalikan semula tenaga. Sekitar jam 4.++am, kami bangun untuk solat subuh dan langsung bersiap kerana kami perlu berkumpul sekitar jam 6.30am. Tepat jam 7.00am, kenderaan tiba untuk membawa kami ke cafe - breakfast seadanya dan mengambil lunch sebelum pendakian dimulakan.
Are you ready? ;-)
Kami menuju ke Timpohan Gate sekitar jam 8.30am setelah semua urusan berkaitan porter/guide diselesaikan. Lebihan barangan disimpan di dalam stor manakala barangan yang perlu telah diserahkan kepada porter untuk dibawa terus ke Laban Rata. Oleh kerana barangan kami mencecah 75kg, 3 orang porter diperlukan untuk mengangkut barangan tersebut. Jangan ingat free ya, kesian diaorang tau kalau free. Bayaran RM8/kg dikenakan. Jadinya, faham-faham sendirilah berapa banyak yang kami keluarkan hanya untuk porter tetapi semuanya kami bahagi sama rata; bukankah susah dan senang harus bersama-sama? Trekking pole/tongkat juga boleh disewa di sini dengan kadar RM10/pc - perlu digunakan dengan sebaik mungkin (rosak gantilah :P).
Akhirnya setelah warming up dan briefing oleh ketua guide (Mr. Jo), kami diminta mendaftar di kaunter (tunjuk aje pas masing-masing). Sekitar jam 9.30am kami mula bergerak melepasi gate Timpohon. Fuhhh, nervous ok!! Oh ya, sebelum itu sebiji ponstan (panadol pun boleh) kami telan sebagai langkah awal untuk mengelakkan AMS (acute mountain sickness/altitude sickness). Antara pesanan guide yang saya ingat:
'Lucky number' :D. Sila simpan/jaga pas ini agar tidak hilang dan adalah lebih baik kalau dipakai sepanjang waktu. Waktu ke puncak (Sayat Sayat Checkpoint, pas ini perlu dipamerkan kepada petugas untuk dicatatkan namanya)
Akhirnya setelah warming up dan briefing oleh ketua guide (Mr. Jo), kami diminta mendaftar di kaunter (tunjuk aje pas masing-masing). Sekitar jam 9.30am kami mula bergerak melepasi gate Timpohon. Fuhhh, nervous ok!! Oh ya, sebelum itu sebiji ponstan (panadol pun boleh) kami telan sebagai langkah awal untuk mengelakkan AMS (acute mountain sickness/altitude sickness). Antara pesanan guide yang saya ingat:
- Jika ada tanda-tanda seperti sakit kepala, muntah-muntah, sesak nafas waktu perjalanan (antara tanda-tanda AMS) perlu berehat dalam 1-2min dan jika tanda ini berterusan, peserta dinasihatkan untuk berpatah balik.
- Control step dan jangan tunggu orang belakang. Apa-apa pun jadi, kita kena teruskan perjalanan.
- Jangan berhenti rehat terlalu lama kerana apabila badan sudah kembali sejuk, kita akan mengalami sesak nafas. Sangat penting untuk memastikan badan/dalaman kita berada di dalam keadaan yang 'panas/berhaba'.
- Perlu tiba di Laban Rata sebelum jam 4.00pm atau gelap. Keadaan akan menjadi sukar jika hujan mulai turun..
Timpohon Gate
Dengan lafaz Bismillah dan doa, perjalanan pun bermula. Jarak antara Timpohon ke Laban Rata sekitar 6km dengan perjalanan mengambil masa sekitar 3-6jam bergantung kepada kondisi masing-masing. 1st km, ok. 2nd km - masih mampu bertahan. Melepasi km 3 - wujudnya konflik dalaman (antara tanda-tanda AMS). Jadinya, diri sendiri jugalah kena memainkan peranan agar tidak kalah dengan perasaan sendiri (untuk mengalah). Waktu ini jugalah backpack 20L yang saya pikul terasa giler berat (takde apa pun dalamnya; hanya glove, baju hujan, D90, 3 botol air dan lunch berupa 2 kping sandwich dan 2 biji epal) - semakin tinggi kita naik, oksigen juga semakin berkurangan so segalanya akan menjadi tidak selesa. Ikut hati, nak aje beg itu saya tinggalkan. Kaki pun dah mulai lemah saat ini. Alhamdulillah, porter-porter dan pendaki yang turun/naik banyak membantu memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan perjalanan - "dah dekat dah, jalan perlahan2" atau "boleh..bolehhh" - walau hanya sepatah kata ia mampu membuatkan kita kembali bersemangat (saya suka dengan keadaan ini, terasa ada 'ikatan' yang wujud antara pendaki). Masuk km 4, hah yang ne memang kalau boleh nak merangkak aje. Lutut dah start mengiggil (perkara normal bagi saya, kawan2 rapat mungkin mengetahui penyebabnya). Mujur ada seorang guide yang membawa seorang pendaki dari Thailand tolong memantau keadaan saya bersama-sama mamat tersebut. Sepanjang perjalanan itu, beliau mengajak saya berbual, jadi terlupa ketidak-laratan yang saya hadapi. Kalau sebelum ini selesa mendaki anak-anak tangga yang agak rata keadaannya tetapi sekarang ianya telah berubah kepada anak-anak batu. Perlu extra hati-hati di sini. Udara mulai sejuk dan angin bertiup kencang dan saya sudah tidak mampu bertahan tetapi apa pilihan yang saya ada? Wind breaker dan sweater berada di tangan porter yang saya sendiri tidak tahu di mana kedudukannya. Untuk extra haba, saya cuma menyarung glove dan menyumbat pocker warmer di kedua-dua belah tangan saya. Walaupun tidaklah membantu sangat tetapi bolehlah. Cabaran semakin bertambah apabila dengan tidak semena-mena hujan mulai turun. Aduhhh!! Dengan angin, hujan dan kabut; tak tahulah nak kata apa - hanya bergantung kepada pocket warmer dan baju hujan sahaja. Dalam kepala cuma berharap 'cepatlah sampai - dah tak larat'.
Sebahagian daripada trek menuju ke Laban Rata.
Trek ini akan ditemui setelah melepas Layang Layang.
Ada orang menggelarkan mereka ini 'taxi gunung'. Mereka inilah porter merangkap guide. Saya sangat kagum dengan ketabahan mereka ini.
Akhirnya, sekitar jam 3.30pm, saya selamat tiba di Laban Rata (lama giler nak sampai hahaha!!). Sejuk jangan cakaplah. Gigi pun tak sanggup bertemu kerana terlalu sejuk :D Kami lepak sahaja di resthouse sementara menunggu ketibaan teman-teman yang lain. Dinner pun akan disajikan sekitar jam 4.30pm, alang-alang sekali harung ajelah. Walaupun dah berada di balik awan (berangan), makanan tetap heaven (sedap!! - buffet style). Memang tak pandang kiri-kananlah time nie - pulun seseddap hati :D
Laban Rata Resthouse. Semua urusan perlu dilakukan di sini termasuk makan.
Dinner petang itu, yummmy!!! Dalam keadaan letih dan sejuk, segala yang terhidang semuanya terasa enak.
Kami berempat (saya, tasyha, shahrul dan fieda) ditempatkan di Gunting Lagadan Hut di ketinggian 11,000 kaki dengan jarak dari resthouse sekitar 150m - lebih kuranglah jaraknya (terasa dekatkan? hakikatnya macam nak pengsan menapak :P). 4 lagi teman ditempatkan di Panar Laban Hut manakala jejaka-jejaka tampan ditempatkan di Waras Hut. Dah namanya dorm, apalah yang diharapkan, betul tak? Dengan air yang sejuk beku (x heater), lupakanlah hajat nak mandi. Nak membuang pun tak lalu tau!! sejuk!!! huhuhu. Setelah menukar pakaian yang lebih bersih, solat, kami terus zzzzzzz. Itu pun tak boleh nak lena kerana malam tu (tak tahulah pukul berapa) ribut melanda. Keadaan sangat sejuk. Saya sesak nafas malam tu (kerana baju terlalu tebal :D) dan ada teman saya tidak boleh tidur kerana 'krem' akibat cuaca yang melampau.
Penginapan kami, Gunting Lagadan Hut.
Bilik kami, sangat sempit ok. Solat semuanya dilakukan di atas katil. Satu bilik boleh memuatkan 4 orang pendaki.
Sekitar jam 1.30am, kami terjaga dan perlu bersiap sedia kerana sekitar jam 2.00am, kami diminta berkumpul oleh guide sebelum perjalanan ke puncak diteruskan. Cuaca? Rasanya dah cecah takat beku (kot) ditambah pula dengan angin yang bertiup kencang...
* info tambahan : pada mereka yang memerlukan toilet, jgn risau kerana di setiap km akan ada pondok rehat dan toilet yang boleh dikategorikan sebagai bersih lengkap dengan air.
*bersambung untuk pengalaman menuju ke puncak.