Alhamdulillah, cuti dah lulus. Happy? Dah tentulah. Cuma
yang tak berapa nak happy sebabnya dari total 16 hari terpaksa disingkatkan menjadi 9 hari sahaja. Rasa bersalah dengan
kawan-kawan sebenarnya sebab semua dah ready dan dalam masa yang sama tetap bersyukur sekurang-kurangnya boss sudi bagi izin untuk bercuti walaupun terpaksa adjust semua benda huhuhu.
10 hari lagi - gigil. Apa pun tak ready.
10 hari lagi - gigil. Apa pun tak ready.
****
Lupakan bab itu.
Sebagai salah seorang penjawat awam, saya tertakluk dengan
pelbagai prosedur yang perlu diambil perhatian. Perkara yang sama perlu saya
lalui untuk travel ke luar negara. Terus terang sebelum ini memang saya
buat-buat ‘nampak-tak nampak’ prosedur yang perlu saya lalui. Borang kelulusan
keluar negara tu ikut suka hati nak submit atau pun tidak. Agak-agak
lokasi/aktiviti yang dilakukan itu agak berisiko barulah nak submit form. Kalau
tak, memang p senyap-senyap, asalkan cuti dah lulus. Insiden MH370 dan MH17 memang membuka mata saya terhadap banyak perkara/benda yang saya anggap remeh sebelum ini.
Buat kawan-kawan yang bekerja dengan gomen, sure tau
mengenai Surat Pekeliling Am Bil. 3/2012 kan?? Hah, jangan pula tanya apa
benda tu - memang nak kena sekeh ;-). Malas macam mana pun, kena ambil tahu jugalah serba-sedikit Pekeliling/Surat Pekeliling dan sebagainya yang ada. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang patut/tak patut kita buat dan hak-hak kita sebagai gomen staff. Kalau tak tahu sangat pun, boleh aje tanya pakcik Google atau pun buka ajelah website JPA/JPM atau agensi-agensi yang berkaitan atau kalau dah melampau-lampau malasnya, cuba tanya kawan sebelah dan minta dia ceritakan serba-sedikit apa yang dia tahu.
Cukuplah tu membebel...
Sebenarnya Surat Pekeliling Am Bil.3/2012 adalah berkaitan dengan peraturan perjalanan pegawai awam ke luar negara atas urusan persendirian. Dalam tu ada disertakan borang permohonan untuk keluar negara. Baca dan fahami apa yang terkandung di dalamnya. Semunya dah pun disebut dengan jelas di dalamnya.

Seterusnya untuk insuran perjalanan, boleh lihat Pekeliling Perkhidmatan Bil.8/2004. Mungkin ada yang tak tahu, insuran ini hanya boleh digunakan/dipohon untuk sekali perjalanan sahaja dengan tempoh perjalanan adalah tidak melebihi 31 hari. Dengan bahasa mudahnya, insuran hanya boleh dipohon sekali sahaja dalam setahun. Untuk perjalanan seterusnya kenalah beli sendiri. Untuk insuran 'free' ini biasanya saya akan gunakan untuk perjalanan yang berisiko samada saya p ke negara-negara yang berisiko atau pun ingin melakukan perkara-perkara yang berisiko seperti panjat gunung, masuk gua dan sebagainya. Pandai-pandailah nak tentukan bila nak digunakan. Misal kata kawan-kawan ingin membatalkan/tukar date trip yang dah diluluskan dan sijil insuran pun dah ada dalam tangan, jangan senyap macam tu aje. Borang pembatalan/tukar date insuran perlu dihantar kepada admin untuk proses selanjutnya. Jangan senyap macam tu aje tau. Nanti kena denda...
Kalau di office saya ini, borang permohonan keluar negara hanya boleh disubmit ke admin yang berkenaan selepas kelulusan cuti rehat diperolehi bersama-sama dengan salinan surat kelulusan cuti dan borang insuran (jika perlu). Permohonan biasanya perlu dihantar selewatnya 2 minggu sebelum berangkat. Last minute, memang takkan dilayan. Pandai-pandailah nak menjawab kalau ada apa-apa terjadi....
Moga membantu.