Hari terakhir di tahun 2012. Esok dah 1 Januari 2013. Bila fikir-fikir balik, kejapnya masa berlalu; umur pun makin bertambah..Emmm...
Azam 2012? Alhamdulillah, hampir tercapai kesemuanya kecuali satu. Haih, tak nak lah fikir tang satu tu. Ada, adalah. Kalau takde pun, hidup tetap perlu diteruskan. Nak meratap tangis sampai jadi macam Kasim Selamat pun tak guna jugakan selagi masanya belum tiba hehehe. Azam 2013? Entahlah, malas rasanya nak pasang azam :D.
Berbalik kepada 2012; kita cerita bab jalan-jalan sajalah ya
Cuti-cuti Malaysia. Jarang sangat saya bercerita mengenai keindahan negara sendiri, kan? Tidak bermakna saya tidak jalan-jalan di tempat sendiri. Cuma aktiviti ini banyak dilakukan dengan family dan saya rasa tak perlulah saya kongsikan di sini. Biarlah ianya menjadi kenangan buat kami sekeluarga. Tahun ini juga saya kembali aktif dengan aktiviti-aktiviti bercorak extreme. Ada antaranya yang saya tidak sharekan pun di sini atas sebab malas :D. Syukur bila dapat berkenalan dan bertemankan teman-teman yang mempunyai minat yang hampir sama. Kadangkala kita tak tahu tahap kemampuan kita ditakuk mana selagi tidak mencubanya. Satu yang saya belajar melalui mereka-mereka ini "jangan sesekali berkata TIDAK selagi belum mencuba". Untuk mereka-mereka yang berkenaan, terima kasih tak terhingga kerana berani mencabar diri ini hehehe. Apa pun, semuanya akan menjadi kenangan terindah buat saya. Kenangan yang akan terus saya kenang selagi hayat dikandung badan.
Untuk 2013, rasanya macam nak belajar berenang ajelah. Ehh, ini bukan azam ya tetapi lebih kepada impian. Kiranya, saya dah nekad habis ne ;-). Err apa beza antara azam dan impian? Sila cari sendirilah perbezaannya, malas nak cerita panjang lebar. Bab jalan-jalan
Rasanya tak payahlah saya nak membebel yang bukan-bukan. Sebagai penutup, sengaja saya share beberapa keping gambar fav saya
@ Kawah Ijen *Picture - credit to Anhar
@ Patuxai. *Picture - credit to mofu
Buat semua, Selamat Tahun Baru 2013 - yeayyyyy!!!
Buat semua, Selamat Tahun Baru 2013 - yeayyyyy!!!
Jaga diri, hiasi peribadi dan enjoyyyyy!!! :D