Laos : Part VI

Wednesday, November 28, 2012

12.11.2012 : Don Khone/Don Det - Pakse - Vientiane


Hari terakhir di Don Khone - sekejap sangat,kan? Nak buat macam mana, perjalanan masih panjang dan cuti pun agak terhad; kecualilah kalau kerajaan bagi public holiday berbulan-bulan, mau saya bertapa di Don Khone berbulan-bulan juga huhuhu. Kami akan kembali ke Nakasang sekitar jam 11.00am.

Oleh itu, aktiviti kami akan bermula seawal 4.00am. Nak buat apa seawal itu? Sudah tentu menyegerakan/melakukan aktiviti-aktiviti wajib dan terus bersiap. Pagi-pagi buta sebegitu, kemana kami? Aktiviti yang tiada dalam itinerary awal kami iaitu berboat untuk mengejar sunrise dengan bayaran 20,000kip/person; 10,000kip extra dari kadar sewaan basikal di mana seharusnya kami berbasikal sahaja untuk memburu sunrise di Don Det tetapi dengan keadaan yang gelap-gulita; saya (tak tahulah kawan2 yang lain bagaimana) tiada keberanian untuk ke seberang. Jadinya, tawaran awal driver tuktuk kami terima dengan senang hati.

Kami diminta berkumpul di restoran beliau sekitar jam 5.00am dan langsung ke boat. Kami lihat beliau sedang gigih menimba air yang memasuki boat so kami lepak dan memerhati beliau sehingga jam 5.30am dengan ditemani kucing yang miang dan anjing yang gatal :D. Suasana pagi yang sedikit kecoh hehehe.

"mana life jacket??"

Bukan mengada-ngada tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga maklumlah malang tak berbau apatah lagi saya ne berenang pun tak pandai. Tetapi bila dah duduk dalam boat, jacket ke mana apa pun kemana - terus lupa hehehe. Jadinya waktu untuk berangkat, yuhhhhuuuuu!!!

Sepi itu indah. Diseberang, itulah Don Det.




Buat kawan-kawan yang berhajat untuk melihat sunrise, Don Det adalah tempat terbaik dan jika menginap di sini tak perlu untuk menyewa boat. Memadai melihatnya dari guesthouse sahaja. Sebagai maklumat tambahan, elakkan bulan Julai dan Ogos untuk ke South kerana waktu ini adalah musim hujan di South Laos. Jadinya, sila rancang perjalanan anda agar tidak menyesal :)

Walaupun sedikit kecewa kerana matahari agak tersipu malu dibalik awan tetapi tak mengapalah, kami kembali ke Don Khone untuk aktiviti seterusnya. Harga sewa sebuah basikal adalah 10,000kip tetapi setelah ditawar (habis keluar ayat-ayat manis) kami berjaya menyewa dengan harg 7,500kip sahaja. Alhamdulillah hehehe. Selepas sarapan kami terus bergerak dan perlu kembali ke guesthouse tepat jam 10.00am untuk mengemas dan bersiap menuju ke Nakasang.


Giving ceremony - cuma dua orang sami aje yang ada (untuk cerita seterusnya tunggu entry mengenai Luang Prabang). Inilah wife kepada owner Xaymountry Residential. Baik sangat minah ne. Apa aje permintaan kami semua dipenuhi hehehe.

Oleh kerana hari ini adalah Isnin jadinya suasana pagi itu agak busy dengan anak-anak sekolah dan pelbagai aktiviti lainnya.

"Sabaidee!!!"

Ungkapan keramat! Mana taknya tiap kali kami melaungkan ungkapan itu kepada penduduk tempatan yang kami temui sepanjang perjalanan; wajah yang berkerut seribu berganti dengan senyuman. Memang bestlah!! Terasa dekat dengan mereka semua.

Jom kita jalan-jalan keliling kampung :)


Secondary school. Daif sangat-sangat keadaannya.

Kantin sekolah - kami skodeng dari balik pagar aje, tak berani nak masuk :D

Klinik yang terletak bersebelahan dengan sekolah. Emmm..



         
Sama tapi tak serupa. Kiri : pokok padi (beras biasa) manakala kanan : pokok padi (pulut hitam).


Dari Don Khone kami melanjutkan perjalanan terus ke Don Det yang dihubungkan oleh jambatan. Emm, bayaran sebanyak 25,000kip/person dikenakan untuk melalui jambatan tersebut. Kehadiran kami di Don Det disambut oleh deretan sawah padi yang menguning. Makin jauh kami pergi, pemandangannya tetap sama dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Don Khone. Dari jambatan, kami hanya mengayuh mengikut trek/jalan yang dah sedia ada.

"Morninggggg...."

Sesekali apabila bertemu dengan pelancong berkulit 'putih'.

"Selamat pagi.."

Errkkk, tiba-tiba terasa pelik apabila disapa dengan ungkapan tersebut...

"dari Malaysia ya?? kami dari Kuala Lumpur..."

Best sangat bila bertemu dengan teman-teman senegara tetapi semua yang kami ketemu berpangkat makcik/pakcik/nenek/datuk, takde yang sebaya atau lebih muda dari kami. Rasanya lokasi tersebut sangat sesuai untuk mereka ini kerana suasananya yang sangat santai.

Jom, kita keliling Don Det pula..

"French colonial bridge" yang menghubungkan Don Det dan Don Khone.






Akhirnya setelah puas mengelilingi kedua-dua pulau ini, kami kembali ke guesthouse untuk berehat dan bersiap. Sedang bersantai, Mr Lone singgah di guesthouse kami dan memaklumkan kami untuk berkumpul sekitar jam 11.30am di restoran temannya kerana beliau perlu membawa sepasang pelancong dari Korea mengelilingi Don Khone. Dari 11.30am berganjak ke angka 12.00pm gara-gara pasangan (bapak/anak) tersebut sibuk ingin menjamu selera. Jadinya kami melepak sahajalah di restoran tersebut sambil berbual dengan pelancong dari Prague. Seronok bertukar-tukar cerita terutamanya pengalaman mereka bermalam di tengah hutan/gunung kerana bas rosak waktu menuju ke Luang Prabang. Gara-gara peristiwa tersebut, 11jam mereka lewat tiba di LP dari waktu yang sepatutnya. Moga nasib menyebelahi kami dan tidak melalui pengalaman tersebut waktu ke Luang Prabang keesokan harinya.

Akhirnya, setelah jenuh menunggu masanya untuk kami berangkat meninggalkan 4000 Island.

"kop chai lai lai" - terima kasih

Panjang umur, Insyallah pasti kita akan ketemu kembali..

Kami tiba di Pakse saat Asar sudah hampir dipenghujungnya - sudah gelap-gelita saat ini. Kami ada masa lebih kurang 2 jam untuk bersiap sebelum berangkat ke Vientiane jam 8.00pm. Oleh kerana kami memerlukan tempat untuk beribadat jadinya kami meminta pertolongan dari Mr. Lone untuk membawa kami ke mana-mana guesthouse murah dan akhirnya kami dibawa ke Hualong Hotel, Pakse dengan bayaran 60,000kip/room untuk tempoh penggunaan lebih sehingga jam 8.00pm. Mujurlah dipertemukan dengan Mr. Lone; memang kami banyak bergantung harap padanya. Kami juga meminta pertolongan dari beliau untuk mendapatkan tiket sleeping bus ke Vientiane dengan harga yang sama dari Vientiane - Pakse iaitu 170,000kip. Selesai perkara wajib kami bergerak menuju ke Restoran Hasan yang terletak di seberang jalan sahaja. Beberapa hari tak pekena nasi, rindunya huhuuu.

 

 
Ayam masak merah di sini, terbaik!! Kalau nak dibuat perbandingan makanan antara Rest. Fatima di Vientiane dengan di sini, Rest. Hasan jauh lebih sedap..

Selesai makan dan menapau nan cheese untuk dijadikan breakfast keesokan harinya, kami kembali ke hotel untuk menunggu tuktuk yang akan membawa kami ke terminal bus. Driver tuktuk yang bakal kami naiki ini merupakan teman kepada Mr. Lone jadinya beliau hanya meminta 5,000kip/person sahaja. Jasa Mr Lone tidak berakhir di situ, waktu tuktuk tiba beliau juga turut ada bersama-sama anaknya dan beliau terus ke terminal bus setelah memastikan kami selamat menaiki tuktuk. Terharu ok walhal beliau hanya driver kepada minivan yang kami naiki untuk ke Nakasang dan bukannya tour guide kami. Setelah memastikan beg kami disimpan secara elok di dalam bas dan kami juga telah bertemu dengan seat kami, baru beliau meminta izin untuk pulang ke rumah. Sedih dan teharu dengan kebaikannya. Atas dasar terhutang budi dengan kebaikannya kami memberi tips kepada beliau sebanyak 50,000kip.


Bas berangkat tepat pada waktunya. Seat kami kali ini terletak di  bawah dan berdekatan dengan toilet. Serius, tiap kali ada orang yang 'melabur' tiap kali itulah saya akan terjaga dari tidur dan perlu menekup hidung kerana tidak tahan dengan bau yang terhasil. Malam yang panjang dan tak sanggupppp!!huhuhu. Pada teman-teman yang ingin menaiki sleeping bus di Laos, elakkanlah mengambil tempat yang berkaitan dengan toilet dan di bahagian bawah. Seksa sangat rasanya huhuhu.

Selamat tinggal Pakse..sure saya akan kembali lagi..

*bersambung

You Might Also Like

22 comments

  1. pagi tu,mmg kecoh.. ngn anjing nk manja dalam keadaaan gelaaap gelita..x nampak pape..then, nk naik boat teraba-raba.. aduhaii.. tukang bawak boat tu pun, pening ngn kite.. hahhhahaa..

    p/s: rase rugi aku x amik gambo bersama-sama Mr.Lone tu..yang penting, muke die aku ingt lagik.. hehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sian anjing tu..baru nak bermanja dah kena jerkah.tak boleh lupa wajah dia waktu kena marah dgn akak, terpinga2 hehehe..

      *aku ada gambar belakangnya, ko nak? ekekeke

      Delete
    2. kanz.. banyak betul adegan akak bercakap-cakap dengan anjing2.. tak boleh lupa yang anjing terkejut masa cross jambatan.. rasa nak gelak guling2 skrg ni. ahhahahahaha

      Delete
    3. akak memang, dgn anjing pun boleh jadi teman lawan cakp hahaha..paling tak boleh lupa waktu akak marah anjing yg follow akak di Don Det..sangat hebat tu..anjing pun boleh mengalah..kalau kitaorang, err baru nampak kelibat anjing, dah tak cukup tanah kitaorang lari hahahaa

      Delete
  2. Replies
    1. sayangnya awan agak tebal pagi tu..kalau tak sure lagi cantik huhuhu

      Delete
  3. Nice photos Zilla as usual. Bilalah saya nak sampai ke sini yer.. Oh sangat tak rajin nak survive bus ride di Laos ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih niza..ada rezeki sampailah tu hehehe

      Delete
  4. zilla,

    xpuas baca pasl laos sbb kat opis...balik umah nanti nak baca lg sekali hehehe

    ishh seronok gak eh...bila la nk merasa travel dgn zilla ni ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah baca ke belum ne??hahaha...
      travel dengan saya? harulah jawabnya hehehe

      Delete
  5. bertuahnya dapat orang baik macam mr lone nih...gambar-gambar semua superb, cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki, orga..tak sangka dipertemukan dgn org yg baik2 di sana

      *terima kasih

      Delete
  6. aduss..bila baca citer bus rosak ke luang prabang ni wat nebes ni...jgn la masa saya gi nnt bus rosak...kalau jadi gak masa tu mmg hancuss...terpaksa rombak itinerary dan dan tu gak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun melalui rasa yang sama tapikan benda2 macam ne susah nak jangka, kan? doa byk2 agar semuanya berjalan dgn lancar di sana nanti :)

      Delete
  7. wahh...memang lawa sangattttttt2 sunset tu zila...:)

    ReplyDelete
  8. part yg pling best time berbasikal around kg ni time kte jmpe org kg..muke masing2 tgok kite xbleh bla..muka confius je..sbb kte bertdung kn..then lepas sape dorg dgn ' sabaidee' trus dorg senyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "sabaidee", min hehehe...

      derang memang sempoi gilerlah..yg kelakar tu mamat yang tengah tunggang motor, giler masam mukanya..pastu min jerit sabaidee, terus tersenyum hahaha..best2x :D

      Delete
  9. Wakjan suka dengan gambar2 portraiture penduduk tempatan tu, terutama dua orang bertopi yang tengah pegang padi yang telah dipotong tu. Gambor2 di bendang pun menarik juga ! Kerbau tu nampak best pulak hehehe ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakjan, kerbau tu harus buat korban baru tau best ke idak :D

      Delete
  10. salam saya nak ke laos 3 feb sampi 7 feb ada tak cadangan utk masa yg terhad 5 hari di laos nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...cadangnya mau ke mana aje nanti? mungkin sekadar cadangan vientiane - vang vieng - luang prabang - vientiane...atau boleh juga kalau nak skip LP dan ke VV sahaja

      Delete

Subscribe