Laos : Part V
Monday, November 26, 2012Previous entry di sini -> Laos : Part IV
Rencana kami seterusnya petang itu adalah untuk ke Somphamit (Liphi Waterfall) dan melayan sunset di Don Det dengan berbasikal tetapi sebaliknya berlaku. Waktu tercari-cari transport ke sana kami di offer oleh kawan kepada Mr. Lone untuk ke Somphamit, memburu Irrawady/Pink Dolphin dan sunset dengan harga 170,000kip untuk 4 orang termasuk tuk tuk dan boat. Mengenai Irrawady Dolphin, kami tidak berharap untuk bertemu dengannya. Maklumlah benda-benda seperti ini semuanya bergantung kepada nasib; ada rezeki adalah, betul tak? Lebih-lebih lagi hanya 13 ekor sahaja yang mendiami Sg. Mekong, kami berserah. Setelah perbincangan sesama sendiri, kami mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat teman Mr. Lone ini. Maklumlah hari pun dah semakin lewat, kami takut terlepas untuk menikmati sunset.
Kenderaan yang kami naiki (saya gelar tuk tuk). Muat tak muat, kami muatkan juga hehehe. Mujurlah takde yang cicir tiap kali memasuki lopak/lubang :D
Beginilah keadaan jalan di Don Khone. Jalan memang tak bertar di sini. Begitu juga di Don Det.
Satu motor, berlima. Dengan jalan yang berbatu-batu dan berlopak, mujur tak roboh ajelah tuk tuk tersebut huhuhu. Lokasi pertama kami adalah Somphamit Waterfall. Kami hanya diberi masa 20 minit di sini. Hoh, memang merungut dibuatnya. Dari main entrance, kami perlu berjalan sekitar 5 minit untuk tiba di air terjun; p balik dah 10 minit. Jadinya, kami cuma ada 10 minit sahaja untuk menikmati keindahan air terjun ini huhuhu (semuanya gara-gara nak kejar sunset, kalau tidak sure boleh berlama di situ).
Bayaran masuk 25,000kip/person. Di sini pengunjung tidak dibenarkan turun ke gigi air.
Dari pembacaan saya, katanya air terjun ini ada kaitan dengan Khon Phapheng Waterfall.
Seterusnya, kami perlu menuju jeti untuk memburu dolphin. Jaraknya 3km dari Somphamit, rasanya agak tepat pilihan kami untuk tidak menggunakan basikal. Kiri-kanan hutan, sesekali sahaja berjumpa satu-dua buah rumah. Lampu jalan memang tidak wujud di sini jadinya tak tahulah bagaimana keadaan kami jika memilih untuk menunggang basikal huhuhu. Keadaan jalan makin ke dalam makin teruk kondisinya - terasa mahu luruh tulang-temulang dibuatnya :P
Bukan mudah untuk memburu dolphin ini. Kami bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Turut ada bersama kami petang itu, beberapa boat yang lain. Tunggu dan terus menunggu, bayangnya tidak juga kelihatan. Akhirnya driver tuktuk (turut serta bersama-sama kami), memohon persetujuan dari kami untuk melintasi sempadan Cambodia tetapi kami diminta untuk membuat bayaran tambahan sebanyak 20,000kip/person untuk dibayar kepada pihak berkuasa Cambodia. Dalam membuat kira-kira; tiba-tiba kami diberitahu dari kejauhan terlihat semburan air ke udara (tanda awal kemunculan dolphin). Apa lagi, excited jadinya terus kami bersetuju untuk melintasi Cambodia semata-mata untuk mengejar dolphin hehehe.
Beginilah rupanya Irrawady Dolphin. Sumber Mr. Google
"pufffff....pufffff"
Bunyi semburan udara yang dikeluarkan oleh dolphin. Untuk mengesan lokasinya berada, kami berpandukan bunyi tersebut. Tiba-tiba dihadapan kami, seekor dolphin muncul. Saiznya memang besar lebih besar daripasda saiz dolphin yang pernah kami saksikan di Lovina, Bali. Rupanya pula tak ubah seperti dugong. Alhamdulillah, kami berkesempatan untuk bertemu 3 ekor dolphin dari 13 yang ada. Sayangnya takde gambar yang saya rakamkan hehehe (kalau nak tengok, boleh request dari tasyha dan Ckucin). Berbaloi-baloi, itulah yang boleh saya rumuskan.
Masing-masing dah puas, kami pun meminta mereka meneruskan perjalanan. Ingatkan kami akan dibawa pulang ke jeti tetapi kami dibawa ke lokasi yang berbeza untuk menikmati suasana Sg. Mekong saat matahari sudah pun berselindung. Sekali lagi, rezeki buat kami.
Jom layan gambar.
Seronok, kan menjadi kanak-kanak :)
Oleh kerana hari sudah semakin gelap, kami meminta boat kembali ke jeti dan seterusnya ke guesthouse untuk berehat. Meredah gelapnya malam, berhati-hati jugalah manatau ada kejutan di pertengahan jalan huhuhu. Tiada sebarang aktiviti yang berlangsung di Don Khone. Kami hanya lepak di guesthouse dan menghamilik-kan tempat tersebut. Lunch malam itu, hanya meggi, roti, serunding, milo dan tembikai yang dibeli waktu menuju ke Nakasang, paginya.
Oh ya sebelum kami berpisah dengan driver tuktuk, beliau membuat tawaran kepada kami untuk melayan sunrise di Sg. Mekong (pula??). Plan asal mahu menyewa basikal dan menuju ke Don Det untuk sunrise tetapi tawaran yang diberikan oleh beliau sepertinya agak menarik, 20,000kip/person untuk boat bagi menyaksikan sunrise. Emmm, masa untuk memikirkan sama ada untuk menerima atau pun tidak tawaran tersebut.
Alhamdulillah, nikmat!!! :D
*bersambung untuk hari seterusnya
26 comments
rezeki kite dapt tgk dolphin tu.. beso sangt.. sampai aku tgk muke 'min' cuak gilos.. hahhhha.. dah la memasing x pakai life jacket..
ReplyDeletepengalaman yang x kan lupekan..hehhhe
beb, masa 1st dolphin tu muncul aku harap sgtlah dia takan buat aksi 'kuak lentang'..haru beb, sure terbalik bot udahlah takde life jacket, rasa seperti nyawa di hujung tanduk aje hahaha.pengalaman tak boleh dilupakan sebab inilah kali pertama tgk dolphin yang besar mcm tu huhuhu
Deletewweeee....mau xcuak..besaq sgt lor dolphin ni..aku tkot sgt time tu..tp lpas tu dh ok dh..ahahaaa..tp tu la da best experience yg dpt..dpt tgok dolpin / dugong..dpt dgr 'dorg' bernafas lg..menarik2..
Deletekeadaan boat tu juga bebenornya agak menakutkan..yelah pantang bergerak, terus senget..cuba bayangkan kalau tetiba ianya terbalik...'ohhhh tidak!!hahaha..
Deletecanteknya sunset dier....
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki utk lihat sunset yang cantik :)
Deleteall your pics are amazing, esp jalan don khone tu. superb!
ReplyDeletethanks biqque :)
Deleteala...nape tak letak pic dolphin tu?kalau ada yang hembus keluar air tu lagi best, hehe...memang cantik bangat pic sunset tu :)
ReplyDeletetu dah ada hehehe..
Deletesaya tak sempat nak snap pun orga..dolphin ini tak sperti dolphin biasa..sesaat aje timbul lepas tu terus tenggelam..mata dn telinga saya lebih kepada mencari bunyi 'puffff' dan arah kedudukannya..tu pasallah takde sekeping pun gambar yng sempat saya ambol huhuhu..
terima kasih, donggg!! :D
betol ke dolphin tu zilla? rupanya mcm dugong pn ade. hehehe
ReplyDeletehah tu la yang kitaorg musykil..dolphin atau dugong??? hehehe..mungkin jugalah kacukan antara dolphin dan dugong kot..saiz pun dah lebih kurang dugong tetapi tang mukanya ada beza sedikit (saya pernah lihat dugong waktu dijakarta)..
DeleteCantik skali sunsetnya ka, wow keren :)
ReplyDeleteterima kasih, mita :)
DeleteMula-mula aku baca.. ingatkan dolphin kepunyaan Irrawady hehehe.. lps baca baru faham, rupa-rupanya memang namanya gitu :P
ReplyDeletehehehe ianya dikenali sebagai Irrawady dolphin atau Pink dolphin atau di kalangan msyrkt setempat dikenali sebagai Pakla..
Deletetak sabau nak tunggu next entry.
ReplyDeletetapi kami tak plan nak gi southern sebab tak cukup masa.
huhu.
ada info pasal northern atau sekitar vientiane saja?
ada tu memanglah ada tetapi kena tunggu next entry lah hehehe..untuk north, kami cuma sempat singgah di Luang Prabang sahaja...
Deletecepat sikit kak.
Deletetak sampai seminggu dah nak gi ni.
hehe.
hehehe..dah ada dalam draft ne keri..tgklah tak esok, lusa saya publish kan ;)
Deletebila saya ke sana, saya akan naik sepeda Zilla, just like my Angkor adventure :D.
ReplyDeleteanyway what a wonderful experience to see the pink dolphin! envy!
bersepeda di Laos lebih santai, febry hehehe..i'm the lucky person, what do u think? ;) :D
Deletemmg wishlist i nih (for next year), i will use your's as a basis.... thanks yah!
ReplyDeletenak ikut!!!:D
DeleteIrrawaddy bukan kat Myanmar kah?
ReplyDeleteDapat tgk sunset.... wuuu bestnya....
betul tu tapi di Laos juga ada...tapi tak byklah, cuma 13 ekor shaja..
Deletelucky tu..syukran cuaca bagus :)