Laos : Part II

Tuesday, November 20, 2012

9.11.2012 : Kuala Lumpur - Vientiane - Pakse

Laos : Part I


Line clear hari ini, jadinya bolehlah merempit. Yeayyyy!!!

Hari yang dinanti-nantikan. Flight kami pagi ini adalah jam 7.35am tetapi kerana cuaca kurang bagus kami berlepas sekitar jam 8.00am. Hikmahnya dari bertiga, kami menjadi berempat terbang ke Vientiane - Alhamdulillah walapun sedikit terkejut dengan apa yang berlaku hehehe. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Vientiane mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam dan kami tiba di Wattay International Airport tepat jam 9.35am waktu tempatan.

Waktu di Laos adalah sejam lewat dari waktu di Malaysia.

Selesai segala urusan kami terus bergerak menuju ke money changer. Kadar tukaran pagi itu adalah USD1 : 7995kip. Tak banyak pun wang yang saya bawa. Hanya 2 keping USD sahaja (sadis betul!!hahaha) dan bila ditukar kepada kip berangan sekejap menjadi jutawan hehehe. Duit dah ada, kemana kami?

Oleh kerana malamnya kami akan bergerak ke Pakse, jadinya perkara utama yang perlu dilakukan saat ini adalah untuk mendapatkan tiket bas. Dari airport kami berjalan kaki keluar menuju ke jalan besar untuk mendapatkan tuk tuk. Maklumlah budget terhad bukan kedekut, jadinya kami perlu berjimat-cermat. Satu persatu tuk tuk kami tahan tetapi masing-masing menawarkan harga sekitar 50,000kip/person ke Southern Bus Terminal. Mahal tu. Walhal, kami dah pun survey harga cuma sekitar 30,000Kip/person sahaja. Dengan keadan yang panas terik, kami teruskan pencarian dan Alhamdulillah ada tuk tuk yang sudi membawa kami dengan harga 20,000kip/person.

Sepanjang perjalanan memang bergelak ketawa. Happylah kononnya dan nahhh tiba-tiba kegembiraan kami terjejas. Driver tuk tuk menurunkan kami di Talat Sao dan bukannya bus station. Tercengang dibuatnya. Dah jenuhlah pula bertegang urat di situ. Satu yang kawan-kawan perlu tahu, bahasa memang menjadi masalah utama. Mereka tak faham dan tak boleh berbahasa Inggeris apatah lagi berbahasa Malaysia. Jadinya pandai-pandailah mengayat, yang penting mereka faham. Akhirnya, setelah puas dok pung-pang, pung-pang (dengan campur tangan driver tuk tuk yang lain), driver tuk tuk tersebut setuju untuk membawa kami ke bus terminal dengan harga 50,000kip/tuk tuk. Alalala - awal-awal lagi dengan kena ketuk huhuhu.

"Bila nak sampai ne!!!"

Terasa jauh sungguh. Muka memang dah berkerak dengan debu (cuaca panas dan kering di Laos saat ini).

Turun dari tuk tuk, terasa seperti berada di satu dunia baru.

"ada yang tak kenakah dengan kami.."

Tiba-tiba terasa glamer sebab menjadi perhatian masyarakat tempatan hahaha. Pelik sangat kot melihatkan ada kain berbelit di kepala kami hehehe.

Beginilah keadaannya di Southern Bus Terminal. Agak lengang, kan? Kemudahan di sini agak baik. Toilet agak bersih dengan harga 2,000kip tapi sayangnya tak boleh nak mandi-manda di sini. Gerai-gerai menjual jajan dan sebagainya memang bersepah di sini.

Kaunter tiket dengan jadual perjalanan bus.

Roti-roti ini banyak dijual di sekitar bus terminal. Boleh aje kalau nak beli dan dimakan dengan kari ayam yummmmyyyy!!

Kami terus ke kaunter tiket. Banyak syarikat bus yang menawarkan perkhidmatan ke Pakse dengan tambang yang tidak jauh bezanya. Kami mengambil VIP (sleeping) bus menuju ke Pakse dengan harga 170,000kip/person dan akan bertolak jam 9.00pm. Beg kami tinggalkan di kaunter kerana kami ingin kembali ke city center untuk makan dan solat di Masjid Jamia Vientiane.

Public bus ini kami naiki untuk menuju ke Talat Sao dari Southern Bus Terminal. Tambang, 5,000kip/person. Bus yang sangat selesa dan yang paling penting ber'aircond.

Bolehlah kalau nak mengubat kerinduan terhadap makanan di Malaysia. Rata-rata pengunjung di sini adalah pelancong-pelancong dari Malaysia. Satu kelebihan yang ada, pekerja di sini boleh berbahasa Malaysia jadinya senang sangat-sangat nak berkomunikasi. Kami sempat mencuba tom yam di sini. Walaupun rasanya tidak sehebat di Msia tetapi oklah ;-)

Masjid Jamia ini terletak tidak jauh dari Restoran Fathima (jalan kaki aje). Di Vientiane, cuma ada 2 buah masjid sahaja. Selain daripada masjid ini terdapat juga Masjid Azhar cuma lokasinya agak jauh dari sini.

Dalaman masjid. Bersih dan selesa. Kami lepak di sini hingga waktu Maghrib (sekitar jam 5.30pm) kerana kami memang tidak merancang untuk menyewa bilik buat seketika atau pun berjalan-jalan di sekitar Vientiane kerana aktiviti ini akan kami lakukan sehingga seorang lagi teman tiba di Vientiane pada 13hb. Alhamdulillah, walaupun terpampang arahan tidak dibenarkan untuk tidur di sini kami tidak dihalau keluar.

 Layan sunset di masjid sahaja. Selesai aje solat Maghrib kami terus berjalan kaki menuju ke waterfront untuk lepak di situ sebelum bergerak menuju ke terminal bus dengan tuk tuk (30,000/tuk tuk).


Beginilah rupanya sleeping bus yang kami naiki. Mana-mana bus, lebih kurang sama aje keadaannya. 

Beginilah keadaan di dalamnya. Satu katil dikongsi berdua. Penumpang akan dibekalkan dengan sebiji bantal dan selimut (tebal ok!!) berserta wet tissue, mineral water dan jajan.


Perjalanan dari Vientiane ke Pakse mengambil masa 11jam dengan keadaaan jalan yang agak kurang baik. Sakit jugalah badan dibuatnya, mujur tilam yang disediakan agak bagus keadaaannya jadinya hentakan sepanjang perjalanan tidak terlalu dirasai. Nak kata lena tidur itu, tidaklah kot. Sesekali saya terjaga untuk melihat bulan dan bintang yang penuh di langit (terasa nak aje saya gapai, tapi dah tentulah tak dapat, kan?).

Info tambahan:
Terdapat 3 terminal bus utama di Vientiane dengan lokasinya agak jauh di antara satu sama lain. Jadinya, kita perlu kenalpasti ke mana tujuan kita agar tidak berlaku kesilapan.

a) Central Bus Terminal
Lokasinya di Talat Sao atau pun lebih dikenali sebagai Morning Market dan tidak jauh dari Patuxai. Suasana di sini memang agak padat jadinya perlu lebih berhati-hati. Bas di sini kebanyakannya adalah 'local bus' yang menghubungkan Vientiane dengan kawasan sekitarnya. Terdapat juga bas yang menghubungkan Vientiane dengan Vang Vieng dan Thailand. Selain dari itu, terdapat juga van-van 'sapu' yang menjalankan perkhidmatan menuju ke Luang Prabang (harga tak sure berapa).

b) Southern Bus Station (Dong Dok Bus Station)
Lokasinya 10km dari Talat Sao. Seperti yang telah saya maklumkan di entry yang lepas, terdapat 2 cara untuk ke sini iaitu dengan menaiki tuk tuk atau pun public bus (berwarna putih/hijau - sorrylah lupa nak ambil gambar busnya). Bas di sini menawarkan perkhidmatan menuju ke South Laos seperti Pakse, Attapeu dan sebagainya.

c) Northern Bus Station
Lokasinya berdekatan dengan airport dan 2km dari city center. Berbeza suasananya dengan 2 station di atas; di sini keadaannya jauh lebih sepi. Jadinya, takde masalah kalau nak menumpang solat di balik tiang/tangga kerana tidak ada yang akan menganggu. Bas di sini menuju ke utara Laos seperti Luang Prabang, Vang Vieng, Kunming China dan Vietnam.

*bersambung untuk pengalaman di Pakse dan Bolaven Plateau...

You Might Also Like

25 comments

  1. berangan nak sampai ke Laos tapi erkk adakah mampu??? heheh..

    x sabar nak baca kisah seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'Allah, boleh..sana keadaannya selamat dan tenang..so tak perlu risau...

      Delete
  2. first againn...eheheh...detail..leh jadi guidleline nanti..kamsahaminida :-)

    ReplyDelete
  3. wah tido berdua? jenuh la peluk guling2 kalo kona baring :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tak larat nak guling2 pun..agak sempit hehehe

      Delete
  4. kalau travel sorang2 naik bus ni pastu dpt 'jiran' ngan awek camne nak tido?? hehehe mesti syok men guling2 golek2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. camne nak tido ya??emmm, lu pikirlah sendiri hehehe.kalau awek cun, oklahkan?kalau sebaliknya, guane?keh3

      malam tu, ada adegan rumahtangga betul2 sebelah kitaorang..mamat saleh dgn minah korea/cina kot (entah??) tgh2 malam mjerit/marah2 kat mamat saleh tu 'dont touch me'..'u broke my arms' dan macam2lah dialog lagi..haih, bersabar ajelah..kitaorang pekakkan telinga dan sambung tidur hehehehe..

      Delete
  5. Wah dah sampai ke Laos dah dia..Cantik gambar2 u as usual..gambar sunset tu..i loike

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih TK..ala gambar2 biasa aje TK..saya tak tahu tang mana cantiknya itu hehehe

      Delete
  6. bestnyer korang...baru je sampai, dah nak kena jalan jauh balik. bas pulak besar semacam jer. kalau amik lap turun bukit best nih, tak pun buat brek terkejut, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa terhad orga so kenalah manfaatkan sepenuhnya.lagi pun kitaorang mmg plan utk explore Vientiane dihari terakhir..bas double decker tu so mmg besar.aiyoooo sgt kijamlah itu driver kalau buat brek mengejut hahaha..

      Delete
  7. enjoy reading..kalau 11 jam perjalanan dengan bas tu..ish macam tak sanggup jer :-)tapi teringin nak cuba sleeping bus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarimanis, kalau nak travel keliling Laos dgn bus memang perjalanan ambil masa yang lama sebab keadaan muka bumi, jalanraya dan jaraknya yang agak kurang bagus..so kena bertabahlah.mujur sleeping bus at least kalau rasa penat berbaring, bolehlah duduk2 dan sebagainya.nak berkelah atas katil pun boleh tapi cuba bayangkan kalau seating bus, mau kematu montot tau hehehe..apa pun, ini pengalaman yg sangt best..

      *nanti saya share apa yg kami buat atas bus ini ;)

      Delete
  8. zilla ni sgt bertuah...selalu dpt moment sunset yang sgt2 cantikkkkk! alhamdulillah... ;)

    ReplyDelete
  9. Fuuuu 11 jam... kalu aku jd gi laos.. mesti sama gak kena tempuh perjalanan berbelas2 jam.
    Kalu rasa nak terkucil, ada toilet ke dlm bas tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe pengalaman ne dekdaa tapi takde apalah.tak terasa pun penatnya sebab agak selesa keadaannya..toilet semua ada, so jgn risau..

      Delete
  10. menarik2 thanks for sharing... zilla nak tanye amik pic pakai kamere ape eh? kalau dslr, utk travel lens apa yang sesuai? hu..hu.. sorry banyak tanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh saya pakai D90..lens pula saya pakai 18-135mm..itu ajelah lens yang saya dok bawa ke hulu dan ke hilir..pernah bawa wide lens tapi tak mampulah, berat + takde masa nak tukar2 lens..apa pun kalau bab lens ne tepuk dada tanya selera..tapi kalau saya, memadailah dgn kit lens sahaja ;)

      Delete
  11. Bestnya,bas tu...malangnya akak tak akan merasa pengalaman ini.

    ReplyDelete
  12. waah, sama seperti di Phnom Penh, ketemu restaurant malaysia.
    anyway, nice post Zilla. soon will be there :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. di Phnom Penh memang mudah utk ketemu dgn rest. m'sia.owner nya juga org m'sia tetapi di Laos ini not 100% malaysialah. but it's ok, yang penting halal hehehe...

      wow, udah ada date nya? bila tu? heheh

      Delete
  13. Tak pernah terpikir untuk ke Laos... Baca next entry!

    ReplyDelete

Subscribe