Respon pertama yang saya terima waktu menyerahkan salinan itinerary kepada teman yang akan turut serta ke Medan tidak lama lagi. Tak sangka pula sebegitu sekali tanggapannya hehehe.
Sebenarnya, macam-macam pendapat yang saya baca tentang itinerary ini. Ada yang beranggapan, tak perlulah dan main terjah itu lebih adventure. Ada juga yang menganggap itinerary itu penting sebagai guideline agar sebuah perjalanan itu menjadi lebih tersusun dan terancang. Apa pun pendapatnya, pilihan di tangan kita. Betul tak? Yang penting, perjalanan tersebut akan meninggalkan satu kesan atau pun tidak kepada diri kita. Setuju tak dengan saya?
Secara peribadi, saya lemas tanpa itinerary. Lemas? Macam mana tu? Hehehe
Takdelah sampai boleh mati kalau takde itinerary hehehe. Apa yang saya maksudkan di sini, dari itinerary lah budget awal perjalanan saya dapat ditentukan. Kalau takde tu rasa macam ada yang tak kena; saya jadi ragu-ragu dan sebagainya. Nak agak-agak soal perbelanjaan pun saya tak berani huhuhu. Walaupun asyik tersasar dari yang dirangka tetapi sekurang-kurangnya saya sudah ada target berapa banyak wang yang perlu saya keluarkan untuk satu-satu perjalanan. Lebih-lebih lagi saya ini berstatus ‘sengkek' – semuanya nak murah, jadinya setiap sen yang bakal dikeluarkan sangatlah saya kisahkan hehehe.
Macam mana nak buat itinerary?
Lain orang, lain caranya. Mungkin ada teman-teman yang mempunyai cara yang lebih praktikal, share lah dengan saya ya. Boleh saya jadikan rujukan dan panduan. Saya agak beruntung kerana pernah/sering travel dengan mofu, tasyha, fatt dan beberapa nama lain. Mungkin ada di antara mereka ini, kalian tidak mengenalinya kerana ketiadaan blog dan sebagainya tetapi mereka ini antara teman-teman yang terlalu kerap terbang ke sana-sini dan sudah jauh membelah benua Eropah dan sebagainya (fatt rasanya semua orang kenal,kan?); banyak yang saya belajar dengan mereka-mereka ini. Dari ’zero knowledge’ hingga bolehlah kalau nak susun itinerary sendiri terutamanya dalam membuat keputusan untuk mencari hostel, pilihan route dan sebagainya.(walaupun takdelah secomplete mana) – ini bukan kes nak puji diri sendiri ekkk, sila jangan salah anggap
1. Jadilah ‘muka tembok’
Pada saya, ini perkara utama yang perlu ditanam dalam diri. Ialah, kalau dah itu segan - ini segan, guane nak dapatkan info dari orang lain, betul tak? Ada banyak group backpacker di FB yang mewakili setiap tempat yang boleh kita follow. Dari situ, tanyalah apa sahaja yang ingin diketahui tetapi jangan pula bertanya dengan zero info. Maksudnya, study dahulu dan minta pendapat ahli-ahli group untuk info yang kita temui. So far, saya merasakan group yang ada sangat membantu saya memperolehi maklumat yang saya inginkan especially mengenai transport, hostel dan tempat-tempat menarik yang boleh saya kunjungi. Bab bahasa, warna bendera, fahaman dan sebagainya tolak aje tepi. Ingat, kita berdiri di atas bumi yang sama.Jadinya jangan jadikan perkara-perkara sebut sebagai satu sempadan untuk membataskan dan menghadkan kita untuk bertukar info dan mewujudkan satu ikatan silaturrahim. Mana tahu, dari bertanya info akan menjadi travel partner; kita tak tahukan?
* Malu bertanya, sesat jalan...
* Malu bertanya, sesat jalan...
2. Luaskan carian dan buatlah perbandingan
Apa yang saya maksudkan di sini, jangan bergantung kepada satu-satu sumber. Semakin luas carian yang dilakukan semakin banyak info yang bakal ditemui dan jangan lupa, buatlah perbandingan untuk setiap satunya. Tidak semestinya kita akan melalui perkara yang sama yang telah dilalui oleh A. Bila ianya tidak berlaku seperti yang kita harapkan, sure kita rasa sedih dan tak puas hati, betul tak? Kenapa A semuanya ok? Kenapa kita tidak? Jadinya, bila kita luaskan carian; banyak membaca pengalaman orang lain sekurang-kurangnya bila terjadi situasi yang tidak diduga, kita telah pun bersedia.
Begitu jugalah bab pengangkutan dan penginapan. Main key di sini ’jangan malas mencari’. Err, betul tak??
Selain dari FB dan blog, saya suka lepak di forum, tripadvisor, wikitravel dan paling penting buku LP (atau apa-apalah) mesti ada.
* Nak pergi bercuti pun bukan mudah, banyak benda kena ambil tahu.
* Nak pergi bercuti pun bukan mudah, banyak benda kena ambil tahu.
3. Membuat pilihan perjalanan/route
Biasanya saya lebih suka mengumpul info-info yang berkaitan sebelum membuat keputusan untuk membuat peta perjalanan. Cadangan dari teman-teman juga penting untuk membuat keputusan. Biasanya sebelum membuat keputusan kami akan berkumpul untuk mencantum segala info yang diperolehi sebelum membuat keputusan. Kesimpulannya, setiap itinerary perlu mendapat persetujuan dari semua ahli jemaah; takdenya nak ikut keputusan seorang sahaja huhuhu.
Rasanya ini antara perkara tips yang boleh saya kongsikan. Apa pun, itinerary ini hanya sebagai guideline agar kita tidak blur atau lost di tempat orang. Biasanya, saya dan teman-teman akan travel dalam jangka waktu yang amat terhad. Apabila segala pergerakan telah dirancang/disusun dari awal sekurang-kurang kami tahu apa yang perlu dilakukan pada sekian-sekian hari dengan melihat kepada faktor sekeliling seperti cuaca, transport dan sebagainya. Ingat, apa yang terkandung di dalam itinerary tidak semestinya kita harus follow 100% kerana kita tidak tahu apa yang bakal menanti kita.
Moga, ianya bisa dijadikan panduan. Ingat, ini cara saya dan tidak semestinya sama dengan cara kalian. Mungkin, kawan-kawan boleh sharekan tips atau pandangan kalian berhubung soal – itinerary.
Bye bye..
* Nak sambung buat kerja hehehe