Gunungkidul : Part VI - Air Terjun Sri Gethuk, Wisata Pantai & Solo

Friday, January 18, 2013


Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga Pak Mursidi dan Mas Heru kami bergerak menuju ke air terjun Sri Gethuk yang terletak di Desa Wisata Bleberan. Sebelum tiba di air terjun Sri Gethuk kami singgah terlebih dahulu di Gua Rancang Kencono. Kononnya nak masuk gua pagi tu tetapi lain pula yang berlaku. Berlaku 'macet' di dalam gua jadinya tak nak membuang masa kami mengambil keputusan untuk blah dari situ dan langsung aje ke Sri Gethuk.

Bahagian luar Gua Rancang Kencono. Dalamnya, tak taulah apa yang ada..

Jika tadi berlaku macet di Gua Rancang Kencono, di Sri Gethuk juga berlaku hal yang sama. Punyalah ramai pengunjung dan kami agak bernasib baik kerana memegang status 'special' (perasan, kan? hehehe) so kami tidak perlu beratur untuk membeli tiket untuk rakit dan tidak perlu menunggu lama untuk giliran menaiki rakit (semuanya telah diuruskan oleh Mas Lilik). Untuk tiba di air terjun, pengunjung perlu menyelusuri Sg. Oya dengan menaiki 'rakit bermotor' yang dikendalikan oleh penduduk tempatan. Bayaran tak mahal pun sekitar Rp5,000/return (emm dalam RM1.50). Kalau malas nak menaiki rakit, pilihan lain adalah menapak melalui dusun penduduk tempatan langsung ke air terjun.

Yang mana satu pilihan hati? Emmm...

Lebih kurang 5-6 minit aje berada di atas rakit untuk tiba di air terjun. Waktu kami tiba punyalah ramai pengunjung; nak cari tempat lepak pun takde. Dengan lambakan pengunjung dan ditambah pula dengan cuaca yang panas, mood saya agak melayanglah hehehe. Ambil gambar sekadar nak cukupkan syarat, selebihnya kamera bertapa dalam beg huhuhu. Tak lama pun di kawasan air terjun; rasanya dalam 10 minit aje kot lepas tu masing-masing ambil keputusan untuk blah dari situ. Jadinya, destinasi kami yang seterusnya adalah wisata pantai.Perjalanan dari desa Bleberan ke kawasan pantai selatan agak jauh, sekitar 1 1/2 jam untuk tiba.

Rakit bermotor menyelusuri Sg. Oya menuju Sri Gethuk

Cantik sangat. Air pun bersih.

Inilah air terjun Sri Gethuk.

Pantai pertama yang kami kunjungi adalah Sepanjang bersesuailah namanya dengan pantainya yang panjang. Tak ramai pengunjung saat kami tiba di sini; mungkin jugalah ianya tidak sepopular Prangtritis atau pun Indrayanti. Tetapi bukankah itu lebih bagus - kurang pengunjung. Kemudahan awam di sini agak baik; pelbagai gerai makan dengan menjual pelbagai juadah berasaskan seafood, toilet dengan kamar mandi dan juga terdapat losmen untuk mereka-mereka yang berhajat untuk bermalam di sini. Saya dimaklumkan bahawa pengunjung tidak digalakkan untuk mandi-manda di sini kerana ombaknya yang besar dan berkarang (itu memang saya tak nafikan, takut pula tengok ombaknya yang memang tinggi).

Kawasan sekitar pantai Sepanjang

Nampak macam biasa-biasa aje ombaknya tetapi....

Inilah keadaan sebenarnya..

Dari Sepanjang kami menuju pula ke Krakal. Suasana di sini lebih meriah dan kemudahan yang disediakan di sini jauh lebih bagus berbanding Sepanjang. Sebelum kami diberi kebenaran untuk terjun ke dalam gaung ke persisir pantai, kita makan dulu!!! Maklumlah dah hampir mencecah ke jam 2.00pm; perut masing-masing pun dah menyanyi nyaring. Kami dibawa ke sebuah gerai makan yang ada di Krakal.

Welcome to Krakal.


"mau makan apa"

Menu ditolak kepada kami. Dari Nani ke Izza, dari Izza ke Anne, dari Anne menu beralih kepada saya. Semuanya diam. Saya tak tahu apa yang berada di fikiran teman-teman yang lain tetapi sejujurnya saya tak mampu nak makan disitu setelah melihatkan harga menunya hehehe (err ke korang pun fikir perkara yang sama :D). Alah kalau ikutkan tak mahal pun, 1kg ikan sekitar Rp15,000 tetapi disebabkan budget saya yang terhad (dalam poket cuma bersisa Rp250,000 sahaja kerana tercicir Rp200,000 entah di mana), jadinya nilai itu agak besar buat saya.

"pilih ajelah..."

"err..."

"ikan bakarnya mau?? bawal? kakap? cumi?"

Setelah saling bertolak menu akhirnya kami membuat keputusan untuk setuju dengan ikan bakar sahaja. Sesungguhnya, saya tak makan ikan bawal. Ikan kakap tu pula ikan apa? :D. Kalau kat Msia ne, ikan pelik-pelik memang saya tak makan, tau. Oleh kerana saya mengenali rupa bawal tu bagaimana jadinya saya bersetuju dengan pilihan Mas Lilik untuk memilih ikan kakap. Pejam mata ajelah hehehe.

Ikan kakap yang mabelesss!!

Sekitar 15 minit menunggu, barulah makanan yang diorder tiba. Kami terkejut melihat jumlah ikannya, 10 ekor ko!! Hah, sapa mau bayar ne?? hahaha. Tapi ialah, orang kata rezeki jangan ditolak jadinya kami err saya dan anne sebetulnya yang betul-betul pulun. Orang lain seekor seorang, kami belasah hampir 2 ekor. hahaha. Tapi serius memang sedap ok. Ikan yang diperap dengan kicap manis dengan isi ikan yang terasa manisnya (masih fresh) ditambah pula dengan keenakan kicap yang diperap bersama menghasilkan rasa yang sungguh yummmyyyyy. Dah tu pula dicicah dengan sambal belacan (hah, ko jgn ingat kat sana takde sambal belacan), ulaman dan angin sepoi-sepoi bahasa bertiup mau tak berpinggan bertambah hehehe. Saya dan Anne antara yang terakhir selesai santap. Hah, berdebar-debar la pulak bila ditanya soal bil tetapi tak sempat pun tahu berapa harganya kerana Mas Lilik terlebih dahulu menyelesaikan bayaran di kaunter. Tak tahulah nak kata apa. Malu pun ada tetapi setelah ditanya rupa-rupanya ianya termasuk di dalam harga pakej yang kami ambil. Aduhh, kalau cakap awal-awal, kan bagus. Boleh kami penuhkan satu meja dengan pelbagai lauk hehehe.

Ini yang menarik perhatian saya..

Perut dah kenyang, kami terus ke pantai. Ambil gambar dua-tiga keping dan kami terus ke mobil. Tak boleh nak berlama sangat sebab kami kesuntukan masa. Ada satu lagi pantai yang akan kami singgahi iaitu Indrayanti sebelum bergerak ke kota Jogja.

Pantai Krakal

Sebenarnya nama asal pantai Indrayanti adalah pantai Pulang Syawal. Indarayanti ini sebenarnya nama pemilik restoran yang ada di sini. Saya tak tahu bagaimana penduduk tempatan lebih mengingati Indrayantai berbanding Pulang Syawal. Macet. Dari simpang ke pantai ini sampailah nak mencari parking. Ini jauh lebih sesak. Sampaikan nak mencari ruangan kosong di pesisir pantai pun takde. 1st time saya berhadapan dengan keadaan seperti ini. Tak sampai 5 minit pun kat sini dan kami minta Pak Mursidi meneruskan perjalanan ke kota Jogja. Seharusnya kalau mahu ke sini perlu memeriksa kalendar public holiday di sana.

Pantai Indrayanti yang meriah.

Jadinya Indrayanti merupakan titik terakhir untuk trip Gunungkidul ini. Walaupun cuma 2 hari 1 malam bersama-sama Anne, PM dan Izza saya rasa kami berjaya bertemu dengan beberapa persamaan dan saya happy kerana masing-masing sangat sporting.

Saya diturunkan di sebatang jalan (tak tahulah kat mana) kerana saya akan bergerak menuju ke Solo sendirian. Penerbangan pulang saya adalah dari Solo manakala Izza dan PM akan bergegas ke train station untuk ke Jakarta, Maghrib nya manakala Anne akan stay beberapa hari lagi di kota Jogja. Saya tidak ditinggalkan sendirian kerana Pak Mursidi dan Mas Lilik telah menitipkan saya ke 'seseorang' untuk memastikan saya menaiki bas yang betul ke Solo. Terima kasih buat mereka untuk itu. Tinggallah saya sendirian dengan mbak yang juga mahu ke Solo.

10 minit menunggu akhirnya bas ke Solo tiba. Mujurlah masih ada bangku yang kosong kerana saya tersangat penat untuk berdiri sepanjang perjalanan. Tambang bas cuma Rp10,000 dengan perjalanan seharusnya 2 jam sahaja tetapi terlalu banyak tempat yang disinggahi perjalanan mengambil masa 3 1/2jam. Seat memang sempit, dengan backpack, tripod dan camera bag yang berada di atas riba saya; terasa mau patah pinggang sepanjang perjalanan. Lebih-lebih lagi 'orang sebelah' yang menghimpit saya. So 3 1/2jam itu terasa sangat menyeksakan. Saya tiba di terminal Tirtonadi tepat jam 8.30pm. Keadaan terminal agak lenggang; tiada calo yang mengerumuni saya. Tiba-tiba saya didatangi seorang bapak ojek..

"pak, kita cari losmen sekitar harga Rp50,000 ya..."

Sebetulnya saya sudah pun menempah kamar/bilik (melalui telefon) di Mama Guesthouse tetapi alamatnya saya tertinggal di rumah termasuklah buku LP yang selalu saya bawa. Jadinya saya takde idea di mana lokasinya. Bapak itu sendiri tidak tahu di mana letaknya guesthouse ini jadinya terpaksalah mencari penginapan yang masih available.

"kita ke stasiun aja..di sana banyak losmen sebegitu...sesuai dengan budgetnya.."

Apa lagi, merempitlah malam tu. Rasanya hampir 8 buah losmen dan hotel yang kami singgahi semuanya penuh dan kalau ada kekosongan pun biliknya, nak pijak lantai pun korang tak sanggup. Teruk sangat keadaannya. Hinggalah tiba di satu losmen (serius saya tak ingat apa namanya), saya setuju untuk bermalam di situ walaupun keadaan bilik agak menyedihkan. Berbau hapak, ada tompokan darah di cadar dan langsir berlubang-lubang yang ditutup dengan kapas. Badan saya terlalu penat, otak saya pun penat dan saya dah malas nak fikir lagi. Dalam pada masa yang sama saya kesian dengan bapak ojek. Takpelah, pejam mata ajelah dengan apa yang sedang saya lalui saat ini. Fikir nak tidur aje. Untuk ojek, bapak cuma minta Rp20,000 sahaja dari saya dan dalam pada masa yang sama saya meminta bapak kembali keesokan paginya untuk membawa saya ke bandara.

Sempat lagilah bersms dengan Anne, cemburulah sebab beliau menginap di hotel yang best; siap boleh layan internet lagi di hotel (beliau menginap di EDU Hostel). Sementara melayan kantuk sempatlah saya berbual dengan owner hotel dan beberapa orang cowok dari Bandung - bertukar pengalaman mendaki. Sekitar 10.++pm, saya minta izin daripada mereka untuk masuk tidur...

Saya terjaga semula sekitar jam 4.++am. Terus bersiap kerana saya dah berjanji dengan bapak ojek untuk gerak ke bandara sekitar jam 6.++am. Untuk ini, kos Rp50,000 tetapi saya serahkan Rp65,000 (itu sahaja rupiah yang berbaki) kepadanya sebagai penghargaan atas susah payah beliau untuk memastikan keselamatan saya terjamin. Boleh tahan jauh bandaranya; satu yang buat saya teruja view merapi yang jelas kelihatan di hadapan saya manakala di kiri-kanan saya suajana mata memandang; sawah padi yang menghijau. Sorrylah memang takde gambar takde mood.

Airport tax, Rp100,000 dan saya berlepas ke tanahair on time dengan seribu satu pengalaman.

You Might Also Like

8 comments

  1. zilla,

    saya stay kat mama guesthouse masa kat solo, kenapa tak tanya saya alamatnya? huhu.. takde rezeki awaklah.. masa saya sampai, mama ingatkan saya adalah awak..

    ikan bakar tu memang best, kita je yg betul2 menikmati.. hehe.

    Pak Mur dgn Mas Lilik memang baik & jaga kita macam family.. layanan diorang memang the best lah.

    ReplyDelete
  2. anne,

    bak kata awk, mungkin dah memang takde rzeki nk stay sana.saya tambah pulsa pun after check in di hotel ayam tu gara2 ketakutan ehehe.mama macam mana? ok tak? awalnya mmg nak dok situ sebab kononnya sebab dkt dgn pasar antik tu tapi ialah dah takde rezeki nak pusing2 solo.sampai sana pun dah lewat malam..next timelah pula ke solo huhuhu

    *kecur air liur teringatkan ikan bakar tu tau!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama okay, satu family tu peramah lah.. bilik pun nice walaupun tak ada selimut. paling dekat dgn pasar klewer dan kraton.. pasar antik pun tak jauh sangat..

      outskirt solo pun banyak yang menarik.. boleh je lepas ni proceed ke solo pulak..

      *sambal belacan tu pun best jugak!! hahaha.. :D

      Delete
    2. Itulah anne.wktu saya call mama, dia aje yg bcakap.gaya mcm dah lama kenal je hahaha.syg tkde rezeki nk jmp huhuhu.next time lah ke solo.manatau blh dpt tix RM30 lg hehehe.

      *haha sambal belacan yg lekat dlm ingatan

      Delete
  3. tang menu tu sama jer fikiran kita.. hehe.. bajet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.se'fikiran' nmpknya kita.cuba bygkan kalo kita kn bayar, agak2 ada yg kena cuci pinggan tk sebab tk cukup duit nk byr? Hehe

      Delete
  4. Unik dan best betul tempat ni...:) untung la zila..muda2 dah banyak merantau tempat orang..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab muda tu saya kurang stuju. Daya dh tualah wa hehehe

      Delete

Subscribe