Tempoh hari saya ada menyebut tentang Edu Hostel. Sementara tengah rajin ini saya ingin berkongsi sedikit gambar-gambar hostel berkenaan. Ada pelbagai pilihan untuk menempah bilik di sini. Tidak kiralah melalui hostelworld atau booking.com atau beberapa website yang lain; kelebihan untuk mereka yang memiliki credit card. Bagi saya yang tidak memiliki cc, pilihan yang adalah dengan berhubung terus dengan mereka melalui email. Apa yang saya suka di sini (selain daripada bilik) adalah suraunya kerana di sini ruangan solat wanita adalah berpisah dengan ruangan solat lelaki (keadaan yang agak susah dijumpai sepanjang saya berulang-alik ke Indonesia). So, extra credit to Edu Hostel :)
Website -> Edu Hostel
Kantin Edu Hostel @ 5th floor. Dari sini kita boleh melihat view kota Jogja dengan berlatar belakangkan Gunung Merapi dan Merbabu.
Ini pula untuk bersantai-santai; menonton tv dan sebagainya boleh dilakukan di sini @ 1st floor.
Dorm. Ada 2 jenis (boleh check dalam website mereka). Rate. Rp70,000/bed including breakfast
8 biji komputer dengan kemudahan internet (foc). Belasah ajelah sampai lebam.
Ini pula antara penginapan bertaraf budget yang terletak berhadapan dengan stesen keretapi Jogja. Sengaja saya rakamkan untuk mempelbagaikan list penginapan yang ada di Jogja. Saya tak tahu bagaimana keadaan bilik di sini sebab tak sempat nak singgah. Dari luaran nampak macam ok; oklah kot hehehe