2D1N Camping Trip : Taman Laut Redang, Terengganu

Tuesday, August 25, 2015

Assalamualaikum

Trip mengejut sebenarnya ini sebab gian nak tidur dalam khemah. Plan asal nak berkhemah di Pulau Perhentian tapi bila borak-borak dengan Nani, plan berubah kepada berkhemah di Taman Laut Redang. Kami cuma ada masa sebulan sahaja untuk hantar permohonan untuk kebenaran berkhemah di Taman Laut memandangkan lokasi ini tidak dibuka kepada orang perseorangan. Kelulusan hanya diperolehi beberapa hari sebelum berangkat. Untuk itu, memang berterima kasih banyak-banyak buat Nani sebab atas kesungguhannyalah kami berjaya untuk bermalam di Taman Laut ini.

Trip kali ini juga kami berjaya mengumpul kaki travel yang selama ini memang menjadi idamanlah nak bertemu dengan mereka ini. Daripada 16 orang, menjadi 14 orang kerana Jard dan Nik terpaksa tarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Buat Nani, niL, Pijah Pelangi, JM, Tasyha, Izza, Yana, Adik, Fieda, Dayah, Mizah, Uly4 dan Kak Hana terima kasih untuk pengalaman indah ini; pengalaman indah berhadapan dengan ribut di Taman Laut yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Apa-apa pun tak boleh nak cerita panjang lebar. Tunggu ajelah ye entry sepenuhnya nanti; nak kena habiskan trip Sumut 2.0..

You Might Also Like

16 comments

  1. Ribut tu mmg dasyat!!! ada ranting pokok yang patah...bunyi angin yg kuat tu seram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu JM..saya sendri pun 1st time kot berhdapan dengan ribut seperti itu..nasib kita semua selamat; takde apa2 yang berlaku...lagi yang best, dalam ribut2 tu pun BBQ tetap on :D

      Delete
    2. taman laut redang ni same ke dgn pulau redang tu? alahai, kite nk pi jumaat ni.. mcm scary je dgr ribut2 ni.. T__T

      Delete
    3. taman laut ne berada di pulau yang lain...emm, sana dah masuk musim hujan; tiap ptg hujan..hati2 ya...

      Delete
  2. ramainya rombongan mak jemah.
    tak sabar nak tengok pic meletops.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rombongan mak limah ke redang namanya tu kak :D

      gambar meletop? takde yang meletop pun kak..takde mood nak pegang kamera huhuhu

      Delete
  3. menanti entry seterusnya dengan punuh sabar dan tawaduk nih hihi

    ReplyDelete
  4. takde rezeki achik smile nak join.......tengok gambar kat IG semua meletops

    ReplyDelete
    Replies
    1. IG sapa tu achik smile? saya sendiri pun tak tengok2 lagi gambar kawan2 yang lain huhuhu

      emm, next time InsyaAllah kalau ada trip memana lagi saya roger achik smile ya...

      Delete
  5. Hahahaa..RIBUT!!

    Sesekali teringat memang lawak.
    Gigih weh tengah2 ribut duk mengipas ayam bbq!

    Zilla, sampai rumah kt KL, sekali tak bleh tido.
    Teringat kisah penceritaan dlm kereta otw ke airport!
    Hadoiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang paling gigih, JM hehehe..orang semua pakat dok selamatkan barang dan khemah memasing, JM pula boleh relax sampai ke sudah mengibas ayam dan sotong hehehe..kiranya mmg tk boleh nak lupa pengalaman tu sampai bila2...

      cerita antu tu ekk? hahaha..next time jgn ditanya tau..aku pula asyik dok ingat cerita nani..mujur takde jadi apa2 kat kita malam tu kan? kalau tidak mau lengkap trip kali ini huhuhu...

      Delete
    2. gigih mengipas tu lah sampai baju sendri basah dalam khemah x ingat nak selamatkan..ingat nk bakar ayam dan sotong risau nanti 'anak-anak' lapar ahahahah

      Delete
    3. hahaha..untunglah kami ada 'mak' seperti JM ni :D
      saya ingatkan JM dah selamatkan kain baju dari awal sebab tgk relax je rupanya nan ado...

      Delete

Subscribe