Day 4 : Gunung Rinjani ~ Perjalanan yang memukau (Part III)

Monday, September 30, 2013

14.09.2013 : Danau Segara Anak - Senaru


Hari terakhir.

Kami dikejutkan sekitar jam 5.00am. Seperti biasalah breakfast terlebih dahulu dan sekitar jam 5.30am kami berangkat meninggalkan danau. Hari yang panjang dan kami dijangka akan berjalan dalam 9 jam untuk tiba di pintu Senaru.

 
Danau sekitar jam 5.30am.

Pemandangan pagi hari di sekitar danau sangatlah memukau. Tak habis-habis berhenti untuk ambil gambar - bila nak sampai kalau macam tu kan? Trek hari ini pula agak sukar berbanding hari-hari sebelumnya kerana banyak batu besar yang perlu kami panjat sebelum tiba ke Pelawangan Senaru. Dah tak ubah macam buat rock climbing. Silap langkah jatuh ke gaung huhuhu. 

  
 
Sebahagian dari trek menuju ke Pelawang Senaru.

Perjalanan ke Pelawangan Senaru mengambil masa dalam 3 1/2jam jugalah. Penat tapi berbaloi kerana cantiknya pemandangan di sepanjang perjalanan.

Layan ajelah gambar ya..
 
 

Akhirnya, setelah puas berlelah kami tiba juga di Pelawangan Senaru. Fuhh, sekali lagi view yang memukau (serius tak tahu nak guna ayat apa).

 Pelawangan Senaru. Yang hijau tu  toilet - itu pun kalau lalu nak masuk hehehe

 
View dari Pelawangan Senaru.

 
Sayup kelihatan, itulah Gunung Agung di Bali.

 
Seperti berada di 'negeri atas awan'.

Kami lepak di Pelawangan dalam 20 minit sahaja. Perlu bergegas menuju ke Pos III kerana di situlah nantinya kami akan berhenti rehat sekitar 2jam untuk lunch dan sebagainya. Dari Pelawangan menuju Pos III treknya terdiri dari batu-batu kecil. Cara paling mudah nak melaluinya adalah dengan berlari tetapi awas, banyak 'bom atom' sepanjang trek. Tak tahulah apa perasaan mereka membuang 'bom atom atau sebenarnya sisa kumbahan' di kawasan terbuka begini huhuhu - menyusahkan orang tau!! 

 

Tiba di Pos III, kami hanya request instant noodle soup. Penat, dah tak lalu nak makan nasi. Pos III ini kiranya pos yang memisahkan antara savanah dengan hutan. Yup, trek kami selepas ini adalah hutan tebal dan perlu menuruni anak-anak tangga yang terhasil dari akar-akar pokok (bila dengar part anak tangga, masing-masing dah mengeluh. Sah tragedi di Mount.K akan berulang lagi di sini hehehe).


Pos III

Memasuki hutan dan treknya, urat kembali menegang. Nak laju pun dah tak boleh. Lutut pun dah tak boleh berfungsi sepenuhnya. Cara yang kami gunakan untuk mengurangkan tekanan kepada lutut adalah dengan menjadikan tongkat sebagai 'kekuda' utama dan kemudiannya bergerak secara mengiring. Saat ini juga kami berpecah kepada 3. Hinggalah kami bertemu semula di Pos II, kami dimaklumkan bahawa apa pun jadi, kami perlu tiba di gate Senaru ASAP sebelum gelap. Kenapa?

Menurut beberapa orang porter, di kawasan tersebut ada 'jelmaan'. Jelmaan apa, saya tak nak ulas mengenainya. Patutlah sepanjang perjalanan, porter-porter berlari seolah dikejar sesuatu. Menegur pun tidak. Pelik jugalah tetapi takdelah saya fikir yang bukan-bukan. Bila dah tahu perkara sebenar, err lagilah tak nak fikir mengenainya. Harap semuanya berjalan dengan selamat, Itu saja. Sepanjang perjalanan telinga diganggu dengan macam-macam bunyi yang kadangkala memang membuatkan bulu roma meremang. Teman-teman yang lain juga mengakui perkara yang sama tetapi masing-masing buat tak tahu ajelah. Nama pun hutan. Kita tak tahu apa yang mendiami kawasan tersebut; haiwan liar, mungkin. Time ne kesakitan semua kami lupakan; semua dah fikir nak tiba di gate secepat mungkin. Akhirnya, sekitar 5.30pm kami tiba juga di gate Senaru. 

 
Alhamdulillah...

Oppss, jangan ingat itu penamatnya. Belum lagi ok. Ada lagi 1.5km perjalanan yang perlu kami lalui. Tetapi trek kali ini melalui ladang kopi dan kebun penduduk setempat. Dalam sejam berjalan akhirnya kami tiba di RIC, Senaru. Alhamdulillah. Perjalanan yang sangat panjang; satu badan sakit-sakit. Jari-jari kaki kami kesemuanya mengelecet dan ada yang kulitnya sudah pun tertinggal.

Apa pun, saya sangat bersyukur kerana sepanjang misi mendaki Rinjani ini segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, syukur. Pengalaman dan kenangan sepanjang 3hari 2malam ini memang saya tak akan lupa sampai bila-bila. Kami berpisah dengan mas Madil dan porter di sini. Memang terharu dengan layanan dan perhatian yang diberikan oleh mereka ini. Apa pun jadi, kami tidak pernah dibiarkan jalan sendirian. Memang saya rekeman pada kawan-kawan yang berhajat untuk mendaki Rinjani menggunakan service mas Madil.

Dari RIC, van (sudah termasuk dalam harga pakej) telah pun tersedia yang akan membawa kami ke Senggigi dengan perjalanan mengambil masa 2.5jam. Di Senggigi kami menginap di Wira Cafe & Guesthouse dengan harga Rp75,000/person (dorm). Waktu untuk melayan dangdut berehat...yehhhhaaaaa!! :D

Info tambahan:
Ada 2 pintu masuk utama menuju ke Rinjani iaitu pintu Senaru dan Sembalun Lawang. Buat kawan-kawan yang ingin menawan gunung ini, cadangan saya start dari Sembalun Lawang dan berakhir di Senaru. Kenapa? Dengan melihat keadaan keadaan fizikal kedua-dua pintu ini, Sembalun treknya lebih simple. Walaupun treknya menaik sepanjang waktu tetapi keadaan fizikalnya adalah 'bersih' kecuali di sesetengah tempat aje terdapat batuan yang perlu kita panjat. Berbanding dengan Senaru, dari awal lagi kita akan dipaksa berkerja keras melalui anak-anak tangga akar kayu dan melepasi Pos III, perlu melalui trek berpasir memang akan memaksa otot-otot kita bekerja kuat. Memang betis dan lutut akan bermasalah kecuali pada mereka-mereka yang hebat.

*bersambung untuk Gili Trawangan

You Might Also Like

39 comments

  1. Replies
    1. En. Khairuddin, secara peribadi saya merasakan trek terakhir ini merupakan 'hadiah' utk para pendaki..dgn view yang memukau ini mmg lupa segala kesakitan dan penat lelah..kitaorang mmg lupa diri sepanjang perjalanan sampai kena tegurlah dengan guide sbab leka sangat hehehe..

      Delete
  2. like like like. anyway..wondering gak pasal bom atom tuh..aiyoo memang selamba badak eh org2 neh?
    anyway..wonderful trip zilla! bila la agaknye bole jejak kaki ke sana neh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah dianya agip..ko ye tak menahan pun, agak2lah kan..carilah tempat yang selindung sikit..ini tak tengah2 trek pun dia boleh bantai membuang...guide pun takkan tak tegur?? tak faham saya...

      agip, Insyallah ada rezeki sure akan sampai juga ke sana nanti...trylah utk pengalaman yang berbeza ;-)

      Delete
  3. 'View dari Pelawangan Senaru'
    gambar yang paling i kagum...Subhanallah...cantiknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. view di sinilah yang palling menakjubkan ain..Subhanallah, sempurna sekali ciptaan Ilahi..saujana mata memandang..semua jelas kelihatan di sini...

      Delete
  4. Belum lagi dapat sampai ke sini walaupun sudah berada hampir dengan kawasan ini. Mungkin juga perkhidmatan Mas Madil akan dijadikan simpanan. Geram melihatkan keindahan gunung ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak, saya doakan satu hari nanti akak akan sampai di sana...Service mas Madil memang terbaik kak..dari awal hingga akhir, kami tidak dibiarkan terlepas dari pandangan matanya dan anak2 buahnya...

      Delete
  5. done follow sini no. 224
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal tenku butang...

      terima kasih sudi singgah sini...err 1st link tu kenpa macam ada yang tak kena aje? huhuhu

      Delete
  6. Subhanallah.... pengalaman yang sangat berharga utk zilla... pic yang menarik...

    ada 2 soalan:

    1) zilla dan naik kinaballu kan? mana lagi mencabar dengan gunung rinjani?
    2) gambar2 tersebut ada edit tak kalernye? or fresh from camera? d90kan?

    pepun mmg terbaik.. thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aboy...

      1) secara peribadi, kedua2nya ada keistimewaannya...kalau dari segi trek, kinabalu lebih mencabar sebabnya dari awal lagi fizikal kita dah diuji..cuaca di kinabalu juga jauh lebih extreme berbanding rinjani..
      2) yupp saya pakai D90..utk trip kali ini saya bawa compact camera juga...gambar2 ne mmg fresh dari camera..saya cuma resize kan sahaja dan edit hanya utk gambar2 dari compact camera...saya rasa, kami bertuah kerana cuaca sgt bersahabat dengan kami...so nak snap pics pun mudah...

      Delete
    2. thanks zilla utk jawapan hu..hu... zilla pakai filter tak? sebab haritu pi bali gambar gunung batur tak secantik yang zilla ambik.. kecewa jugak... pepun thanks utk info supir!

      Delete
    3. saya pakai uv filter je...lain2 takde, semua dah jual sebab tak pakai hehehe....owh dah p ke? mungkin sebab cuaca kurang ok kot..sebab waktu saya p 2 minggu lepas pun, wpun cuaca bagus tapi seperti berjerebu..err agaknyalah kot hehehe...

      guna supir tu ke? macam mana, ok tak? dgn kitaorg, hancur!!sengal punya supir..spoil mood kawan2 je huhuhu

      Delete
  7. Cun gile view dari Pelawangan Senaru..

    ReplyDelete
  8. Rindunya Rinjani..
    Lepas pos 11, saya dan kawan pun rasa seram sejuk semacam... tp ada peluang insyaallah nak repeat.

    -at.ida_na

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida, kes apa lagi dasat..saya baca pun takut, mujurlah kitaorg tak kena macam tu...wow, nak repeat lagi?? bila tu? ikut...

      Delete
  9. Subhanallah..Sangat cantik.. Alangkah nikmatnya kalau nak pergi sana takyah mendaki (ayat orang malas)..confirm dah beli tiket..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sabar ajelah..saya dah request utk derang bina kabel car ke danau..kita tunggu ajelah progress nya macam mana ya...hehehe

      Delete
  10. saya je yang tak tau cerita pasal jelmaan sampailah terbongkar masa dah sampai.. hihihi..
    punyalah syok ambik gambar sampaikan kena hambat dengan mas madil & mas vern, hahaha.
    rindu sungguh dengan rinjani, agak2 cable car dengan elevator yang kita request itu hari bila siap erk? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah siapa suruh menonong je p, kan dah tertinggal train hahaha..sebenarnya bagus juga tak tau, so takde lah nak fikirkan sgt pasal benda tu anne...masa saya minta kita tukar tempat tu saya dah rasa lain sangat dan saya takut saya tak boleh nak control diri...mujur awak tak tau citer sebenarnya..kalau tidak sure tak nak tukar tempatkan? hehehe..

      err??tunggu mas madil jadi menteri dulu lah kot hahaha...me too, rindu sgt dgn suasana di sana...

      Delete
    2. agaknya kalau saya tahu pasal cerita tu, harus berlari turun ke bawah.. kikiki..

      itulah, walau merata jumpa bom atom, tapi tetap rindu dengan kedinginan rinjani.. bau nya, kabut yang tetiba jadi rintik2 hujan...

      Delete
  11. boleh saya tahu pakej nak pergi sana? saya dalam perancangan ke sana, harga dan kalau tak keberatan guna guide mana hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak ambil pakej dari mana2 agent..saya contact terus dgn guide di sana sebab tu dapat harga murah Rp1.4j/3D 2N...

      utk contact (email je):

      Mas Madil
      Rinjani Eco Trekking
      Email : madilsenaru@yahoo.com
      FB : Madil Senaru

      Delete
  12. Hi Zila...untuk guide tu masih valid ke?atau ada contact source yang lain?saya try email tapi tak ada respon pula.thanks Zila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi vanila..guide still valid tapi dia mmg lambat reply..nak mudah, call/sms dia..bak mai email address saya forwardkan contact no nya...

      Delete
    2. Hi Zilla! Saya Madil, terimakasih sudah share pengalamannya di blog. Ini contact utama saya sekarang: www.rinjaniexpedition.com, di jamin fast respon.

      Terimakasih
      Madil

      Delete
  13. saya ni plan nak join ada satu group daki Rinjani bulan 8 ni.
    bila baca baca cerita Zilla ni, macam x confident pulak nak daki.
    xda stamina...nak kena build fitness dulu ni.
    daki tangga Batu Caves pun dah termengah mengah.
    wahlah dah semangat dah ni.

    ReplyDelete
  14. Hi Zilla,

    Cantik sangat view last tu. Rinjani memang idaman ni.... Nak tanya kalau pakai sport shoes biasa boleh ke daki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Safura,

      Emm, better pakai hiking shoes..trek rinjani tak sama seperti gunung2 di Msia, sgt tak sesuai kalau pakai sport shoes biasa tu...

      Delete
  15. hi Zilla ,
    Boleh tak email kan contact no guide tu.ni email saya, are_you404@yahoo.co.uk.
    tqvm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anon...

      sebenarnya saya dah share semua contact di blog saya ini...tapi saya share lah lagi sekali

      Mas Madil
      Rinjani Eco Trekking
      Email : madilsenaru@yahoo.com
      FB : Madil Senaru

      Delete
  16. Hi Zilla,
    terima kasih...

    -Anon.. 😁

    ReplyDelete
  17. ohh..patutlah Zilla cadangkan naik dan turun dari Sembalun Lawang

    ReplyDelete

Subscribe