Sumut 2015 (V2.0) : Semalaman di Negeri Suah, Sibolangit

Wednesday, September 23, 2015

Assalamualaikum!

Terasa macam dah lama sangat blog ini terbiar. Busy sangat-sangat, pastu dengan kesihatan yang tak menentu dan internet pun susah sangat nak dapat sekarang ini jadinya inilah dianya.

Last week patutnya ke Lombok (lagi?) tapi mungkin dah takde rezeki atau apa-apa ajelah, tak dapat nak terbang sebab booking saya telah didelete dari sistem tempahan airlines tanpa sebarang sebab musabab. 'Banjir' KLIA last week sebab ada orang dok meratab hiba tak dapat nak ke Lombok huhuhu. La ne tengah tunggu derang refund balik duit. Tunggu ajelah bak menanti kucing yang dah tentunya takkan bertanduk!

Kembali ke tujuan asal, sambung balik kisah Sumut (bilalah nak habis *huh!)

Turun aje dari Air Terjun Dwi Warna, kami terus berangkat menuju ke Negeri Suah dengan perjalanan mengambil masa dalam 2 jam jugalah melalui jalan yang rosak teruk (sakit satu badan dibuatnya!). Kiri-kanan adalah hutan, jadinya otak memang dok fikir yang bukan-bukan sepanjang jalan (gerak pun dah dekat Maghrib). Cuma satu je, janganlah ada benda bukan-bukan muncul di sepanjang jalan; seriau weiii!!!

Plan asal kami sebenarnya nak camping di pinggir Sungai Dua Suhu di Negeri Suah ini tapi sampai sana pun hari dah gelap-gulita dan ditambah pula dengan hujan. Tak sanggup kot nak redah gelap malam dan semak samun untuk turun ke pinggir sungai. Kami pergi ke pilihan kedua yang diberikan oleh Yovie iaitu bermalam di rumah kepala kampung (ketua kampung) Negeri Suah ini. Awalnya, risau jugaklah dengan penerimaan mereka ini. Maklumlah kami ini benar-benar orang asing tapi tak sangka pula layanan yang kami terima sangat baik. Waktu Bibik (bermaksud ibu) bercerita tentang anaknya yang murtad dan convert ke Muslim, saya dapat merasakan betapa kecewanya beliau dari nada suaranya. Satu yang menjadi ingatan saya..

"walaupun jalan yang diambil kini berbeda, namun tujuan hidup kita tetap satu.."

Alhamdulillah, kini Bibik sekeluarga sudah menerima kembali anaknya itu. Mungkin kerana itu juga, penerimaan beliau terhadap kami juga berbeza. Kami diberi ruang untuk menunaikan solat dan beliau sendiri tidak menghidangkan apa-apa juada kepada kami kerana risau bab halal/haram. Hanya nasi dari beras padi huma ditanak seperiuk buat kami sebagai sambutan buat kami di rumah itu.
Di sini tiada kedai runcit. Waktu-waktu tertentu akan ada 'kedai runcit bergerak' yang akan singgah di kampung ini untuk menjual barangan keperluan harian seperti beras, ikan masin, minyak masak, sabun dan sebagainya. Apa yang menarik, mereka menggunakan 'auns' dan bukannya gram atau kg dalam urusniaga. Pening kot nak fikir 1 auns bersamaan berapa gram hehehe.

Perkampungan di Negeri Suah ini memang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan perkampungan di Malaysia. Eletrik bercatu; dari jam 6.00pm hingga 8.00pm sahaja. Siang hari memang takde bekalan elektrik. Bekalan air bersih ke rumah-rumah juga tiada. Sumber air adalah air dari bukit yang dialirkan untuk kegunaan warga kampung. Tandas dan bilik air memang takde di rumah. Kalau dah terdesak sangat memang harus berlari keluar ke bilik air umum.
 Ini bilik air untuk wanita, hanya ditutup dengan kanvas tanpa pintu. Di sinilah sumber air bersih mereka untuk memasak, membasuh dan sebagainya.
 Kalau nak memerut, haruslah turun ke sungai di bawah.

Line telefon juga tiada di sini. Hanya ada satu operator aje yang berfungsi tapi saya tak ingat samada XL atau pun Simpati. Itu pun kata Yovie kalau nak guna kena pergi ke kawasan yang lebih tinggi. Di rumah bapak kepala desa ini pula hanya di satu sudut aje yang ada line. Lain kawasan, memang takde hehehe.
Di rumah bapak kepala desa. Tu tempat anak dia terbaring, itu tempatnya untuk cari line phone...

Layan.
 
Rumah kepala desa. Lokasi rumah ne betul-betul di pintu masuk kampung. Simple kan? Tapi tak kisahla yang penting selesa.
 
Dah seperti di kampung sendiri. Waktu ini hujan debu dari Gunung Sinabung.
Ruang dalam rumah Bibik. Moyang tu warga paling tua di kampung ini. Umur pun dah mencecah 100 lebih. Masih kuat tu.

Ruang dapur; masih menggunakan dapur kayu.

Kami pula masak-masak di tengah rumah.
Nasib bawa sleeping bag.

Apa pun, saya kira pengalaman bermalam di rumah Bibik satu pengalaman baru buat saya.. Walaupun awalnya macam-macam yang saya fikirkan namun Alhamdulillah semuanya baik-baik aje. Kalau ada rezeki, teringin untuk kembali lagi di sini bertemu dengan Bibik sekeluarga.

Salam Aidiladha dan selamat bercuti buat semua.

* Gambar ehsan dari Geng Sumut 

You Might Also Like

16 comments

  1. assalammualaikum..pengalaman paling berharga kan...seronoknya dapat peluang ke sini..SA belum tentu dapat lagi...insyaallah bakal ke Lombok 13-15 Nov nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amanda

      yupp, pengalaman yg takde galang ganti..

      Lombok? wahh enjoy your trip tau. naik rinjani ke nanti?

      Delete
  2. this, for me, is the most interesting post i hv ever read in your blog. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, rauf..hopefully you got something from this entry :-)

      Delete
  3. Perkampungan kristen ya di situ Mbak Zilla ?
    Enaknya cara hidup orang kampung. Simple.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia mas..majoritas di sini adalah kristen tapi ada beberapa keluarga yang udah memeluk Islam dan terdapat kuburan muslim di perkampungan ini..

      benar itu mas..sesekali jauh dari teknologi moden dan kesibukan kota hidup terasa nikmat sekali...

      Delete
  4. Replies
    1. puas dok ingat nama anak bibik tu...nasib ada yang masih ingat, Oka :-)

      Comel? Entah apa lah nasibnya..harap panjang umurnya...

      Delete
  5. 1 ons = 100 gram...beza ngan ounce untuk emas tu...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu pasti 1oz bersamaan 100g? bukan 28g ke? hehehe..

      jarang sgt guna auns kecuali utk buat kek..tu yang tak pernah ingat pun berapa...lainlah kalau guna gram/kg mmg dah biasa kita gunakan dlm urusan harian,,,

      Delete
    2. haqqul yakin...1 ons di sini tu 100 gram, ke jakarta pun sama...:D
      kita malah tak tahu 1 ons tu 28 gr macam standard Internasional...dah terpesong agaknya...

      Delete
    3. owhh ok..faham2 :D

      kira untung tu kalau 1oz pun dah 100g...byk kot boleh dapat...

      Delete
  6. 1 ons = 100 gram zilla :D

    Dapat salam dari Comel, bibik & keluarga disana..
    Comel dah bisa panjat pohon sekarang..
    Hhohoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh mantap tu dah bisa panjat pokok..kalau mampir di sana sampai salam saya buat bibik sekeluarga ya :-) kangen mau ke sana lagi huhuhu..

      Delete
  7. Comel dah boleh panjat pohon...wah..itu dah besar tu...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejap aje kan syikin dah boleh panjat pokok..kalau ikutkan baru 2 bulan usia si comel tu hehehe...

      Delete

Subscribe