Transjava 2014 (Part IX) : Gunung Batok

Tuesday, May 27, 2014

03.05.2014 : Bromo - Surabaya - Jogja


 
Inilah Gunung Batok (gambar last year)

Misi kami pagi ini untuk memburu sunrise di Gunung Batok. Lokasi gunung ini terletak bersebelahan dengan Bromo dan berketinggian 2,440 meter dari paras laut manakala Gunung Bromo itu sendiri berketinggian 2,392 meter dari paras laut. Batok bermaksud tempurung dalam bahasa Tengger dan ada mitos mengenainya (boleh google sendiri, saya malas nak taip). Namun kami berlima menggelarkan gunung ini sebagai Gunung Puding kerana bentuknya yang seakan puding (memadai je tukar nama hehehe).

Untuk ke puncak dari kaki gunung mengambil masa cuma 30 minit bagi mereka-mereka yang luar biasa. Namun untuk pendaki biasa macam kami ini, masa yang diambil untuk tiba di puncak sekitar 2 - 2.5 jam. Untuk trek pendakian, trek yang sama untuk ke Bromo namun bila tiba di pura akan ada satu simpang untuk ke kaki Batok.

Pendakian kami bermula jam 3.30am. Dari homestay di Cemoro Lawang kami menapak terus ke pura melalui lautan berdebu dengan perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit. Debu-debu itulah menjadi breakfast percuma kami pagi itu.

Trek ke puncak??

Mencanak dan terus mencanak. Langsung takde kawasan landai. Treknya berpasir halus. Tongkat memang sangat membantu sebenarnya. Sayangnya kami tak bawa. Pokok-pokok pun takde. Yang ada sepanjang trek adalah rumput-rumput renek. Rumput-rumput inilah yang menjadi tempat untuk kami berpaut dan untuk ke atas.
View sepanjang trek memang menakjubkan. Jauh lebih indah dari Penanjakan 1 dan 2 serta di puncak Bromo itu sendiri. Orang pun takde, hanya kami berenam dan seolah-olah gunung ini menjadi milik kami. Tak payah nak berebut untuk mengambil gambar dan sebagainya.
Kami layan sunrise di pertengahan perjalanan. Tu pun sat ajelah, tak sanggup nak berlama sebab terasa gayatnya. Ambil sekeping/dua gambar dan perjalanan kembali diteruskan ke puncak. La ne target memang nak sampai puncak tak kisahlah jam berapa. Sesekali stop untuk lepaskan lelah dan ambil gambar. Akhirnya, puncak Batok berjaya kami jejaki. Alhamdulillah, syukur untuk peluang yang diberikan kepada kami.

Layan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan dari puncak gunung.
Satu yang menarik mengenai puncak Gunung Batok adalah keluasaan puncaknya yang rata dan luas. Rasanya kalau nak buat 3 padang bola kat atas tu pun lepas. Tumbuhan memang takde kecuali beberapa tempat sahaja ditumbuhi oleh rumput-rumput renek.
Sebahagian dari puncaknya Batok. 

Sebahagian dari view dari puncak Batok.
Bromo yang parah batuknya waktu itu.
Semeru yang sesekali terbatuk.
Kami tanpa Pak Eddy [Pic : Fida]

Puas di sini puncak, kami ambil keputusan untuk turun. Maklumlah sekitar jam 10.00am dah kena berangkat ke Surabaya pula. Untuk turun kami menggunakan trek yang berbeza. Mujur trek kali ini penuh dengan pokok renek yang menjadi tempat kami berpaut agar tidak terbabas masuk ke gaung.
Akan bertemu dengan trek dipenuhi pokok renek sebelum tiba di kawasan berumput.
Kawasan berumput [Pic : Mr.Wong]
Sebahagian dari Gunung Watangan (puncak tak kelihatan kerana ditutupi kabut).

Untuk turun, perjalanannya lebih cepat berbanding naik. Rasanya dalam masa sejam kami dah tiba di bawah.
Apa pun, pengalaman mendaki ke Batok memang meninggalkan pelbagai kenangan buat saya. Kredit untuk kawan-kawan saya (fida, tasyha, pijah dan yana) sebabnya kalau tanpa mereka ini memang impian untuk menawan Batok tak kesampaian.Terima kasih juga buat Mr.Wong yang sudi melayan idea-idea giler kami; susah payah hantar bakso kepada kami dari Surabaya (sungguh kami terharu!) dan terima kasih juga pada Pak Eddy sebab sudi menjadi guide percuma kami.

*bersambung

You Might Also Like

27 comments

  1. mmg cun la gambar dr atas batok ni...tapi sebab takde kegigihan sgt, so layan tgk gambar orang je la...hehehe gigih sgt mtk mr wong bwk bakso dr surabaya...hehehe tp dia mmg baik dan ramah sangat!hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, DJ..tak kisahlah di penanjakan @ batok @ bromo tu sendiri, yg penting di sini kita enjoy dan dapat belajar sesuatu dari perjalanan kita tu...emm, katanya tak mau kami terbayang2 hehehe..siap order big portion lagi, punyalah tamak :d

      Delete
  2. tq kenalkan mr wong kat blog ni. memang dia sangat baik :)

    patut la zilla asyik repeat Indonesia je...skang ni hati saya plak dah terpaut sejak balik surabaya & jogja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lihat gambar awak di blog wahh tak sangka....sebabnya saya dah lihat gambar tu dulu di FB hehehe...tahniah dah sampai tanah jawa hehehe....

      Delete
    2. bak kata mr wong, zilla sifu ok...so kene belajar lg dgn dia cmne nak tawan Indonesia...
      hehehe

      Delete
  3. zilla.. awesome!!
    ni bukan idea giler tapi idea yang sangat awesome. Bila dilihat pada mata kasar, saya xpercaya Gunung Batok tu boleh dinaiki tapi awak buktikannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan awak aje yg x percaya, kami juga x percaya dapat daki ke puncak batok...ini umpama mimpi jadi nyatalah..Alhamdulillah...

      Delete
  4. Replies
    1. aduh miftah..ayuhlah...semeru menyeru2 kalian :D

      Delete
    2. Suatu saat tiba massanya pasti sampai sana.. amin.. :D

      Delete
    3. amin....suatu hari nanti, pasti.. :D

      Delete
  5. Gambar-gambar yang Zilla ambil cantik-cantik belaka terutama sekali gambar no. 6 tu. Debu-debu gunung berapi hidup menjadi sarapan pagi Zilla....hmmm.....sangat adventurous sekali! Kalau saya tentu terbatuk-batuk macam Gunung Batok tu. Semasa saya ke sana pada 2012, suhunya terlalu dingin, di kaki Gunung Batok penuh kabus, pemandangan sangat cantik. Boleh tengok entri saya di sini: http://nota-kembara.blogspot.com/2013/05/percutian-percuma-di-surabaya-5-gunung.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak, mmg pagi tu saya telan debu aje...gara2 selsema dan batuk2 saya tak boleh nak cover muka saya dgn mask..jadi lemas dan sesak nafas huhuhu...kiranya kenyanglah pagi tu breakfast percuma dari bromo hehehehe...

      Delete
  6. lihat entry Mbak Zilla, aku teringin melawat tempat ini. bila ada masa ?

    ReplyDelete
  7. Awesome zila, seronok tengok pengambaran zila.Akak ke Bromo pun masih x kesampaian

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak...Insyallah satu hari nanti manatau giliran akak pula ke sana :-)

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. adventurous betol nii...cantek gambar gambar yg dirakamkan

    ReplyDelete
  10. subhanallah...cantiknya ciptaan Allah. Tapi memang betul pun bentuk Gunung Batok macam puding.hehe

    ReplyDelete

Subscribe