2016 : Hong Kong Kaiteki Hotel, Ho Chi Minh, Vietnam

Tuesday, April 12, 2016

"Zilla, apa pun jadi Isnin awak mesti masuk office..."

Nanges tak berlagu dengar arahan ini. Mahu atau tidak, memang kena masuk office jugalah walaupun sepatutnya Isnin tu baru saya gerak pulang ke Kuala Lumpur. Last minute laghu tu nak cari tiket pulang murah memang mimpilah jawabnya. Paling murah yang saya jumpa Jetstar, RM259/one way tapi kena transit di Singapura dan waktu berlepas pun awal pagi. Dah macam kerja bodoh giler dah jadinya tapi disebabkan dah takde option mahu atau tidak, hentam ajelah; kalaulah boleh claim huhuhu.

Patutnya di Saigon, menginap di guesthouse lain tapi dah jadi macam ini saya godek semula booking.com untuk cari penginapan yang lebih murah. Akhirnya ketemu dengan Hong Kong Kaiteki Hotel. Baca review macam ok, so saya terus book untuk semalam. Saya ambil, female economy capsule dengan harga USD8/night ~ 180,000VND (RM31). Semalam aje pun, tak perlu nak ambil bilik yang hebat. Asal dapat mandi, solat dan rehatkan badan serta bebas dari momok, itu dah cukup memadai buat saya. 
Capsule di tingkat 6 yang khusus untuk wanita. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke level ini.

Nama pun capsule, tak perlu nak harapkan lebih. Berbaloilah dengan wang yang dikeluarkan. Apa yang pasti, tilam dan bantal memang empuk dan persekitaran pun bersih. Lebih dari selesa buat saya sebenarnya. Keadaan capsule itu sendiri sebenarnya luas, takdelah terasa macam menginap dalam keranda (hehehe!). Setiap capsule disediakan dengan towel, tv, aircond dan plug. Cumanya kalau mahu menonton tv, harus minta remote dan earphone di kaunter. Earphone memang wajib dipakai untuk elakkan dari membuat bising dan menganggu jiran-jiran bersebelahan. Selain daripada itu, loker disediakan dengan password yang perlu disetting sendiri. Jadinya, kalau terlupa password silalah meraung sebab takde sapa dapat bantu kecuali minta petugas hotel untuk reset semula password. Toilet, macam biasalah harus dikongsi dengan yang lain dan tetap berada dalam keadaan yang bersih. Tiada breakfast disediakan di sini; pandai-pandailah ye nak hidup. Lokasi, memang terletak di kawasan 'backpacker' di Saigon tu. Jadinya, memang meriah hingga ke pagi. Cumanya, kalau tanya restoran halal ada ke tidak di sini yang saya tahu cuma restoran Taj Mahal aje dan kalau rajin bolehlah menapak ke area BenThanh Market, untuk restoran halal yang berjarak sekitar 10 min berjalan.
 Di lantai bawah - wajib tanggal kasut di sini dan pakai selipar yang disediakan. Loker-loker ini adalah mengikut nombor capsule/bilik masing-masing.
Keadaan capsule saya. Bersih dan kemas.
 Towel, plug dan alat pemadam api juga disediakan di sini.
TV pun ada - malam tu sempat layan American Idol
Toilet yang bersih

Alamat:
Hong Kong Kaiteki Hotel
22 Bui Vien, Pham Ngu Lao Ward
Dist.1, Ho Chi Minh City, VietNam
Tel : +84838364904
Web : Hong Kong Hotel 

You Might Also Like

21 comments

  1. Replies
    1. hahaha..
      hong kong' di saigon je, kay..itu je yang mampu :D

      Delete
  2. Salam..nk tny..klu solat kat mne..muat ke nak solat..hehe

    ReplyDelete
  3. Salam..nk tny muat ke nk solat?..persekitaran okay ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Elin

      Kalau nak solat dalam kapsule tu sahlah tak muat kecuali solat dalam keadaan duduk..persekitaran ok, malam hari baru ternampak kelibat penginap yang lain..so pepandailah nak cari ruangan utk solat dan minta izin dari penginap yang lain.yang penting di sini, bukan ruangan dan perskitaran yang menjadi masalah tapi diri kita sendiri..

      Delete
  4. Replies
    1. tak banyak pun..entry yang ada ne pun majoriti trip tahun lepas Encik..

      Delete
  5. ade pemadam api pulak dalam capsule..
    Erk even kat jepun pun jarang dapat tilam dan katil yg betol2 empok kalau dalam capsule..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah, doc tak tahu nak komen apa sebab tak pernah sampai jepun lagi tapi di sini serius mmg empuk tilam dan bantalnya..kiranya berbaloi sungguh dengan wang yang dikeluarkan. cuma tak larat tulah, nak turun/naik capsule huhuhu (kebetulan dapat tingkat atas)

      Delete
  6. kemasnya tempat tidur tu. hehe tak penah lagi check in kat kapsul ni. sebab selalu terbayang sharing toilet ni tak best. tapi selalunya toilet dornag bersihkan je kan, tak macam public toilet kat malaysia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsepnya lebih kurang sama dengan dorm, mommy..cumanya bila stay dalam capsule ne pergerakan sedikit terbatas, itu ajelah..bab toilet, emm pada saya lebih kurang je macam toilet di Msia ne hehehe..

      Delete
  7. Replies
    1. cari aje mana2 ruangan yang bersih dan selesa utk solat..kalau nak solat dlm capsule mmg tak lepaslah kan kecuali solat duduk huhuhu...

      Delete
  8. Replies
    1. agak selesa, Encik..semalaman bolehlah kalau 2-3 mlm agak letih stay dalam capsule ne sebab serba-serbi terbatas pergerakannya..

      Delete
  9. Replies
    1. salah satu syarat utama utk pilih penginapan ;)

      Delete
  10. Long time no see, kabar sihat didoakan , Klu dalam keadaan terdesak solat duduk memang diharuskan. in sya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Pak Lah..saya baik2 aja di sini..saya ada email Pak Lah, rasanya dah lama kot tapi tak dibalas...mungkin Pak Lah tak baca lagi email tersebut :)

      Delete

Subscribe