Langkawi : Part II

Thursday, April 18, 2013

Langkawi : Part I

Hari ke-2 di bumi lagenda, Mahsuri.

Aktiviti hari ini adalah Mangrove Tour dan Sunset Cruise.

Mangrove start jam 9.00am. Katanya akan ada agent yang akan datang pickup kitaorang di hostel. Tunggu punya tunggu, jam dah cecah 8.45am bayang agent pun tak nampak. Cuak jugalah; manatau kami kena kelentong ke apa huhuhu. Try call agent rupa-rupanya mereka dalam perjalanan menuju guesthouse atau lebih tepat lagi tak tau mana ceruk letaknya guesthouse yang kami duduki ini huhuhu. Tunggu ajelah, hingga beliau tiba. Emm, ingatkan van rupanya teksi yang datang menjemput kami. Tak kisahlah janji selamat sampai ke destinasi hehehe.

Perjalanan menuju ke jeti berdekatan Tanjung Rhu mengambil masa hampir 40 minit juga kot. Err sempatlah terlena sekejap hehehe. Sampai di jeti, hujan la pulak. Aduhh, udahlah badan memang tak sihat; batuk dan selsema. Kena pula hujan emmm memang padanlah (sampai rumah terus kena demam panas huhuhu). Boat pun dah tersedia; err hairan juga. Katanya share dengan group lain tapi mana yang lain? Rupa-rupanya tinggal kami aje. Alhamdulillah. Tak perlu nak bersesak macam ikan sardin dalam satu boat hehhee.  

Gambar memang tahapapa sebab sehari sebelum berangkat ke Langkawi, baru saya sedar yang filter untuk lense camera saya pecah. Untuk keluarkan ring filter tersebut saya perlu ke Nikon Service Centre. Oleh kerana dah kesuntukan masa, saya angkut jugalah lense tersebut tetapi perlu berhati-hati menggunakannya kerana ketiadaan filter. Jadinya, apa yang sempat itulah yang saya rakamkan; setting semua ke laut huhuhu

Aktiviti dalam Mangrove Tour ini adalah tengok helang (ala2 pakej ke Dayang Bunting jugalah), bat cave, swimming - dilokasi yang tidak disebutkan (alatan kena bawa sendiri), lunch dan lawat sangkar ikan.

Kata driver boat, ini caranya untuk memanggil helang - entah ia entahkan tidak huhuhu.

 Ini ajela yang dapat untuk dibuat kenangan hehehe

Monyet ini sangat kelakar ok. Sakan kitaorang gelak dengan aksinya. Mana taknya, dia boleh bantai terjun dalam air sebab nak minta makanan dari kitaorang. Dah tu pula siap buat aksi tadah tangan dan pamer muka kesian untuk pancing perhatian dari kitaorang hehehe. Kebetulan ada bawa roti, so kitaorang sedekahkanlah kat monyet ne hehehe

 
Boat perlu menyelusuri gua ini untuk ke seberang. Sapa-sapa pernah ke Phuket dan ambil pakej Phi Phi Island, hah suasananya lebih kurang seperti di Phi Phi jugalah.

 

Very lucky. Kenapa? Sebabnya waktu on the way kembali ke jeti tiba-tiba ternampak sesuatu yang pelik. Janganlah jaws (hehehe) sekali tiba-tiba terdengar bunyi "puffff" di sebelah kiri boat dan kelihatan sebahagian daripada badan dolphin. Tasyha pula nampak di belah kanannya. Tiba-tiba di depan boat kami muncul lagi seekor. Macam sengaja muncul dihadapan kami dengan jarak yang betul-betul dekat. Memang excited tak ingat dunialah hehee. Kami tunggu dalam 2-3 minit lagi tetapi dolphinnya tak kelihatn jadinya kami meneruskan perjalanan kembali ke jeti. 

Sebelum kembali ke jeti kami dibawa singgah untuk lunch di salah satu restoran terapung yang ada berdekatan dengan jeti. Di situ juga kami dibawa melihat sangkar ikan (ikan pari 'Ali' yang manja, ikan kerapu gergaji dan ikan tak tahu nama yang sangat aktif). Settle lunch kami diberi pilihan samada ingin berenang atau kembali ke jeti. Dengan hujan dan tiada peralatan, macam mana nak berenang. So kami mengambil keputusan untuk kembali ke jeti dan terus dihantar kembali ke guesthouse.

Untuk sunrise cruise pula, van pickup akan tiba sekitar jam 4.30pm di Restoran Hj, Ramli dan akan membawa kami terus ke jeti di Awana. Sekali lagi teruja tapi ada something happen. Untuk tour kali ini melibatkan 12 orang peserta. Semuanya berpasangan kecuali kami berdua (ada kami kisah hahaha) - anggap ajelah peluang nak cuci mata ekeke.Di tengah lautan, kami dimaklumkan bahawa terdapat kerosakan pada salah satu kompenan cruise. Perjalanan tidak diteruskan dan kami terpaksa dihantar kembali ke main land. Hohoho frustnya!! Mungkin dah takde rezeki tak boleh nak kata apalah. Apa yang penting, wang kami RM200 akan dikembalikan keesokan harinya. Alhamdulillah, bolehlah kami makan besar esok hari hehehe.



Untuk mengurangkan rasa kecewa kami menuju ke Pantai Tengah untuk layan sunset. Bila tasyha offer untuk buat parasailing, saya terus setuju. Takut memanglah takut tetapi tolak tepi ketakutan itu. Yang penting, mencuba. Satu kepala RM50; sedangkan harga asal adalah RM120. Banyak dah jimat tu.

Layan..

Owh, ini bukan saya. Tasyha kot. Entah. hehehe

Selesai beraktiviti kami terus kembali ke pantai Cenang untuk dinner di Taj Mahal Restoran untuk pekena nasi arab aka nasi beriani. Settle makan, balik guesthouse dan terus zzzzzzzzzzzzz. 

Tidur dalam kepenatan dan sesak nafas gara-gara selsema hehehe.

*bersambung

You Might Also Like

16 comments

  1. JM jatuh centa ngan pic yg last tu :-)

    ReplyDelete
  2. kalo rm50 sgt murahhh tuh! kenapa dpt murah ye? sy pn teringin nk buat. x silap kt batu feringhi penang pn ade kan.

    ReplyDelete
  3. presailing..bestnya, tapi cam takut je. and mangrove tour tu nak masukkan dalam itinerary bila p langkawi nanti :-)

    ReplyDelete
  4. JM >> kenapa pula??macam takde yg special pun tang gambar tu hehhee

    Henry Fox >> tulah namanya rezeki hahaha!petuanya datanglah lewat petang waktu derang nak tutup kedai..sure akan dapat murah ehehehe


    dzuchan >> awalnya mmg cuak tapi bila dah kata atas tu terus lupa diri..rasa macam burung, terbang bebas di udara hehehe...

    ReplyDelete
  5. ya Allah comelnyer monyet tuuuuuuuuuuuuu! tak leh amik bela ke? hahaha! best la dpt tgk dolphin! :)

    ReplyDelete
  6. wow....saya setakat ni pergi langkawi xtahu pun boleh buat aktiviti parasailing..huhu

    kalau saya kat tempat awak masa tengok dolphin, mesti da terlebih teruja dengan momen tu..jarang nk jumpa kot..:P

    ReplyDelete
  7. biqque >> jadi keja pul nak angkut monyet tu bawa balik KL hahaa...bab dolphin tu mmg rezeki lah..tak tau pun kat Langkawi pun ada dolphin

    La Kuchi >> next time kalau ke Langkawi boleh lah try..kalau ke Pantai Tengah tu, cari Sifu hehehe..

    teruja tu mmglah teruja..mujur tak terjun dari boat je sebab over excited hehehe

    ReplyDelete
  8. haha..cute aah aksi monyet tu.. monyet2 kat tasik dayang bunting tu mmg pantang tgk org pegang plastik.. paling suka photo yg last tu zilla..nice!!

    ReplyDelete
  9. aku pun teringin nak buat aktiviti yang last sekali tu, giler best! tak sangka pulak rm50 jer sekepala...

    ReplyDelete
  10. Apasal aku tgk gambo helang ko tu macam ayam terbang? ke mata aku yang juling? urmm.. hahhhhhaa..
    aku respect la ko berani naik menda tu.. lepas ni, boleh try 'sky dive' pulak.. ada mau? kekkkee..

    ReplyDelete
  11. Nanz >> monyet skrang bijak2 belaka..pantang nampak manusia, dia dah tau dah apa nak buat hehehe..

    Orga >> try lah..memang best giler!!perasaan yg sukar nak digambarkan...RM50 tu nasib aje..kalau idak, cecah 1++ jugalah huhuhu

    tasyha >> hahaha..tak agak2kan..tulah hebatnya aku..berjaya menjulingkan mata ko..sampai helang pun dah rupa ayam, ia dak??hahahah

    sky dive, mmg dah wishlist aku lah...cuma tulah dia..kena betul2 kumpul 'semangat' dulu then baru try..errr kalau nak try, kita buat kat NZ nak tak??ekeeke *demand kan? :D

    ReplyDelete
  12. shaza >> kami dapat RM80..tapi kalau datang waktu peak season, harga boleh cecah RM1++..

    ReplyDelete
  13. cantiknyaaaa!! planning to use the same hostel u did in langkawi for next month! thanks for the tips!

    ReplyDelete
  14. terima kasih atas tips melancong ke Langkawi. sangat2 informatif

    ReplyDelete

Subscribe