Langkawi : Part I

Wednesday, April 17, 2013

Langkawi - dah berkali-kali saya menjejakkan kaki di tanah lagenda Mahsuri ini. Balik-balik tempat yang sama kami akan singgahi; walhal bukan takde tempat lain yang boleh diexplore dan mungkin juga tempat-tempat lain kurang pendedahan di kalangan pelancong. Jadinya, untuk trip 3D 2N ini, kami cuba untuk melihat Langkawi dari sisi lain pula. Tak semua berjaya kami singgahi lebih-lebih lagi dengan waktu yang terbatas dan tahap kesihatan kami yang kurang baik.

Tiket flight kami beli sekitar Januari yang lalu (kalau tak silap). Kebetulan firefly ada buat promo, dapatlah RM120/return.Ok lahkan? Kalau nak ambil bas pun, campur-tolak, lebih kurang juga harganya hehehe. Kami berlepas ke Langkawi on time; flight tak delay walaupun cuaca agak mendung. Tiba di Langkawi 1 jam 10 minit kemudiannya. Untuk memudahkan pergerakan, kami menyewa wira dengan harga RM100 (3hari).
 

Dapatlah free jajan (danish coklat/peanuts + minuman)

 Pengalaman pertama terbang dengan fireflyz. Apa yang boleh saya katakan, saya amat selesa dengan suasana dan service nya.

Mengenai penginapan di Langkawi, kami menginap di Soluna Guesthouse dengan harga RM65/room (aircond with private bathroom). Untuk dorm pula, RM17/person. Lokasinya berdekatan dengan Laman Padi; kira-kira 5 minit berjalan dari pantai Cenang. Untuk makluman kawan-kawan, guesthouse ini milik sepasang suami isteri dari Itali. Yang menariknya tentang guesthouse ini adalah suasana; seolah berada di kampung. Malam hari sunyi sepi tanpa sebarang bunyian tidak kiralah bunyi ungas ke apa. Memang sesuailah buat mereka yang berangan nak merasa tinggal di persekitaran kampung dan ingin bebas dari hiruk-pikuk kota.


 
Our room.

After check in, kami mengambil keputusan untuk lepak terlebih dahulu sementara menunggu Maghrib. Settle semua urusan baru bergerak menuju pantai Cenang untuk mencari sebarang pakej tour yang best. Dari awal lagi kami dah buat keputusan untuk tidak mengambil pakej ke Dayang Bunting dan kawasan sekitarnya (RM25-RM35/person - pandai2lah cari dan tawar semaksimum yang boleh). Kali ini kami mengambil Mangrove Tour (RM80/person) dan sunset cruise (RM200/person) untuk keesokan harinya. Plan asal nak snorkeling dan dive (tasyha) di Pulau Payar terpaksa dibatalkan kerana kami kesuntukan masa untuk sunset cruise. Tak mengapalah, kan ada trip susulan hehehe (berangan hehehe).

Settle urusan keesokan harinya, kami bergerak menuju Leena's Bakery (must try!) untuk cari kek. Maklumlah gedik sangat nak celebrate birthday di Langkawi hehehe.

My birthday cake hehehe.Tak rasa pun sebab kekenyangan. Kami share kek ini dengan owner guesthouse. Tqvm tasyha for erverything - kek & hadiah ;-) *terharu

Kami tidur malam itu dengan perut yang super-duper kekenyangan hehehe.

*bersambung

You Might Also Like

17 comments

  1. pendeknya zilla! hahaha.. btw, sy penah ke langkawi zaman kecik2 dlu, tp x penah explore secara meluas langkawi ni. teringin nk naik cable car tu. rasanya dh dekat more than 10 years x pegi langkawi.

    ReplyDelete
  2. MALAS..boleh terima tak alasan tu??hahaha..10 tahun lepas??fuhh!!saya ingat, saya aje yang dah berkurun abad tak ke sana hahahaa...harus p lah John...langkawi dah tak macam dulu2..saya pun rasa macam tetiba dah jatuh cinta dgn tempat ne..haih, nak p lagilah..tak puas ekekeke

    ReplyDelete
  3. bagus-bagus...saya pun tertunggu orang cerita pasal langkawi...nak lagi please!!!!erk...xtau malu pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok2 la pula ye..mood mengarang sgtlah ke laut ne hehhee..plan nak ke langkawi ke??kirim hehehe

      Delete
  4. ai ada memori indah kat sana..ngeh ngeh!!!

    ReplyDelete
  5. Langkawi byk tempat mensrik sebenarnya tp itulah semua ada entrance fee dan makin mahal skrg huhuhu
    So siap sedia dgn duit lah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak juga JM..ada juga yang FOC..cuma kita aje yang tak tahu hehehe

      Delete
  6. aku yang dok dekat pun dah lama tak pegi langkawi, last pegi tahun lepas, hm...lama ke? ngeee...tapi pegi urusan keja, bukan jalan-jalan. serius murah guesthouse ko duduk, rm65 je semalam. bilik pun ok, next time aku pun nak stay sini jugak lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun lepas?err kira baru lah tu hehehe..sebenarnya teringin nak dok kat tubetel tapi harga utk 2 mlm hampir cecah RM400 terus cancel..guesthouse ne pun si tasyha yang carikan...oklah dok sini cuma jgn harapkan lebihlah..kemudahan mmg basic habis

      Delete
  7. happy belated birthday zilla, panjang umur, murah rezeki dan bahagia sokmo :)

    ReplyDelete
  8. murahnyanya wira , rm100 utk 3 hari. kat mana hampa dapat.cerbg tau sikit.

    Happy birthday zilla!

    ReplyDelete
  9. salam Zilla..belated besday untuk Zilla...seronok kan langkawi..tapi kna dok lama sikit...boleh santai santai...nak kna tunggu tiket offer.

    ReplyDelete
  10. Nieda >> tak taulah mana dapat.bab transport dan penginapan kawan saya yang uruskan..saya bawa badan je hehehe...

    TQVM :)

    Nekcik >> terima kasih kak..Alhamdulillah, memang rasa lain sgt trip kali ini..dulu2 tiap kali ke sini rasa macam ekkelehhh, boringnya..tapi bila dah byk berjalan baru sedar, best lagi negara sendiri;pulau2 di Msia jauh lebih hebat dari pulau2 yg ada di luar sana...

    ReplyDelete
  11. Hi Zilla....

    Nak tanya, tandas bilik tu bersih tak... hehehe ? Also, bilik ada peti sejuk? Terima kasih, ya Zilla ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada saya ok aje semuanya...tapi peti sejuk mmg takdelah..namapun budget guesthouse hehehe

      Delete

Subscribe