Jakarta : Part IV
Tuesday, March 13, 2012
Muzium Bahari / Menara Syahbandar
Dari Sunda Kelapa, perjalanan diteruskan pula ke Muzium Bahari. Saya tak tahulah kenapa Pak Ali beria-ia sangat nak bawa saya ke Muzium Bahari ini; seolah-olah special sangat tempat ini padanya. Lokasinya tidak jauh dari Sunda Kelapa tetapi berpeluh jugalah nak sampai ke sini. Bayaran masuk, Rp2,000 dan sila jangan hilangkan tiket kerana ianya terpakai untul naik ke Menara Syahbandar. Inilah terjadi pada saya, entah di mana cicirnya tiket muzium. Nak keluarkan lagi Rp2,000, saya tak sanggggup. Jadinya saya hanya merakamkan pic menara ini dari luar sahaja. Apa yangbestnya di muzium ini, longkang-longkangnya penuh dengan anak-anak ikan; seronok pula memerhatikannya. Saya tanya pada Pak Ali mengenainya, rupanya bila air pasang muzium tersebut akan dilimpahi air.
Asalnya dahulu muzium ini merupakan gedung rempah-ratus ketika zaman penjajahan Belanda. 3 tingkat, ruangan yang digunakan, ground & 2nd floor sahaja manakala tingkat ke-3 ditinggalkan kosong. Saya dipelawa oleh Pak Ali untuk teroka tingkat ke-3 dan saya ok ajelah. Elok aje melangkah di anak tangga terakhir, tiba-tiba Pak Ali meluahkan kebimbangannya - tiap kali naik ke tingkat tersebut, meremang semacam. Pulak?? Tanpa tunggu lagi saya terus turun ke bawah, issh serius terasa macam ada yang menghuni di level tersebut. Pak Ali offer untuk snap pic di situ, tak mahulah..
Rangka kapal, sangat-sangat besar. Entah macam manalah mereka bawa masuknya ke dalam dewan pameran. Actually, di Muzium Bahari ini 99.9% bahan pameran adalah model-model kapal.
Inilah model Lancang Kuning - salah satu film fav saya.
Model contoh kapal kerajaan Majapahit.
Dugong yang telah diawetkan. Saiznya lebih kurang saiz saya aje huhuhu
Jambatan Kota Intan
Awalnya saya diberitahu jambatan ini turut juga dikenali sebagai Jambatan Merah kerana ianya berwarna merah tetapi apabila ianya sudah berada di hadapan mata, tang mana merahnya? Ohh, rupanya jambatan ini telah dicat dan digantikan dengan warna yang baru - jadinya tak bolehlah digelar jambatan merah lagikan?? Lihat aje pada warnanya hehehe. Salah satu keunikan jambatan ini dari apa yang disampaikan oleh Pak Ali adalah, suatu ketika dahulu jambatan ini boleh diangkat apabila terdapat kapal yang ingin melaluinya. Oleh kerana terdapat laluan keretapi dan sebuah jambatan dibina merentangi sungai ini, fungsinya turut terkubur. Satu yang saya agak terkilan, dengan sejarahnya yang gah terasa sayang apabila keadaan sekeliling tidak mendapat perhatian daripada pihak berwajib. Keadaan keliling agak kotor dengan sampah-sarap; so agak mencacatkan pemandangan.
Merahnya telah diganti dengan coklat.
Sudut tepi jambatan. Warna air sungai itu hampir sampai dengan Sg. Klang...
Terdapat sebuah hotel tidak jauh dari jambatan ini iaitu Hotel Batavia. Harga untuk sebuah bilik memang diluar kemampuan sayalah. Di sekitar kawasan ini terdapat beberapa tempat bersejarah lain yang boleh disinggahi tetapi oleh kerana saya kesuntukan masa, tidak mungkin saya mampu untuk menjelajahi setiap sudut Old Town ini. Mungkin di lain kali.
Jam sudah beranjak ke angka 1.45 pm di petang Jumaat. Cuaca tersangat panas dan terik walaupun dari pandangan mata kasar keadaannya seolah berjerubu. Kami lepak lama di jambatan ini kerana tak larat nak meredah panas; lagi pun kesian dengan Pak Ali. Biarlah beliau melepaskan lelah seketika sebelum kembali semula ke Taman Fatahillah. Opps, sebelum itu singgah di Toko Merah terlebih dahulu.
Toko Merah
Kami singgah sekejap aje di sini, dalam 5 minit sahaja kerana menurut Pak Ali basikal tidak boleh diparking sesuka hati di kawasan tersebut. Erkkk!! Nak masuk ke dalam toko ini pun tak boleh sebab masih dalam proses pembaikan. Menurut kata Pak Ali, di toko ini pernah terjadi peristiwa berdarah kaum Tionghua pada tahun 1750 dan ianya pernah dijadikan sebagai asrama untuk para kadet.
Toko Merah merupakan destinasi terakhir saya untuk tour mengeliling Kota Tua ini. Kaki waktu ini jangan cakaplah, terasa seperti tidak jejak ke tanah lagi - sakit. Setelah memulangkan basikal, saya bergerak ke Jl. Pintu Besar Utara pula. Jalan pun 'berdencot-dencot'. Perut yang minta diisi, saya alaskan dengan choki2 sahaja. Ikut kaki berjalan, saya bertemu dengan Bank Indonesia. Nak masuk atau tidak?? Fikir-fikir, arrghhh malaslah (sebenarnya takut nak melintas jalan :D). So, saya rakam bank ini dari luar sahaja. Perjalanan diteruskan lagi menyelusuri jalan ini, dan di sebelah Bank Indonesia ini saya terlihatkan Muzium Bank Mandiri. Nak masuk atau tidak?? Kalau masuk, perlu melintas jalan yang super busy. Fikir lagi, argghhh redah ajelah (kebetulan traffic tetiba clear).
Muzium Bank Mandiri
Waktu saya tiba di sini, saya bersaing dengan rombongan anak-anak sekolah. Proses pendaftaran (perlu mengisi buku daftar pelawat), saya ditanya samada mempunyai account di Bank Mandiri atau pun tidak. Saya kata tiada - dah terang2an tiadakan? So, petugas meminta saya membayar Rp2,000 sebagai bayaran masuk. Tetapi mungkin sebab mereka agak kekalutan dengan anak-anak sekolah ini, petugas tersebut membenarkan saya masuk secara percuma. Alhamdulillah, hehehe. Bank ini sangat besar dan terus-terang ada beberapa tempat yang saya tak berani nak masuk bersendirian terutamanya di bahagian Safe Deposit - saya turun sekejap aje bila saya terasa 'kesunyiannya' terus saya berlari naik ke atas.
Bank Indonesia
Muzium Mandiri
Mesin Ketik Teleprinter - antara barangan pameran
Nombor-nombor...
Setiap satu, ada ceritanya tapi tak payahlah saya ceritanya, google aje kalau nak tahu.
@ 2nd floor
Saya di Muzium Mandiri ini dalam 45 minit, kerana jam 3.00pm ianya ditutup kepada pelawat.Waktu ini kaki saya betul-betul dah tak mampu nak menapak, sakit tak terkata. Plan untuk ke Anchol terpaksa saya batalkan kerana tak berani nak ambil risiko. Jadinya saya berpatah semula ke stesen keretapi dan kembali ke Cikini dengan tambang Rp6,000. Pada mulanya saya tak perasan dengan keadaan gerabak yang saya naiki, hingga pertengahan perjalanan baru saya sedari err kenapa semua perempuan di dalamnya? Di mana lelaki-lelaki yang ada di kota Jakarta? Owhh rupa-rupanya keadaannya sama seperti di Malaysia, gerabak yang saya naiki khusus untuk wanita. 15 minit perjalanan, saya tiba di Cikini. Oleh kerana kaki dah tak mampu nak menapak saya singgah di McD yang terletak berhadapan dengan stesen ini. untuk melepaskan lelah. Saya ambil set ayam goreng dengan harga Rp35,000 tetapi sayangnya apa pun tak mampu masuk ke perut. Kerana penat sangat, selera makan saya turut mati. So, saya teruskan berjalan ke hostel, singgah sebentar di Circle K (kalau tak silap) untuk beli Pop Mie dan Vanilla Latte (mesti beli tiap kali ke Indonesia). Alhamdulillah, selamat tiba di hostel waktu untuk melepaskan lelah. Saya ketiduran tak ingat dunia, sedar-sedar pun dah Maghrib, bersiap-siap dan terus turun ke bawah. Menu saya malam itu pop mie sahaja. Sambil-sambil makan lepak bersama-sama yang lain menonton movie. Perut kenyang saya kembali ke bilik dan sambung tidur hingga ke pagi. Hari yang sangat panjang..
Jauh lebih sedap dari McD hehehe. Pop mie itu cuma Rp1500 manakala minuman yang sedap itu tak ingat pula berapa harganya
Malam itu saya tidur bertemankan kedua-duanya. Mujur teringat nak bawa.
*bersambung untuk hari baru
9 comments
wow ka zilla suka vanilla latte good day rupanya...sama dunk,hahaha... Wah keren bgt ka, mita aja belum pernah kesana,hehe
ReplyDeletealaaa, mita follow saya.unfair huhuhu.sayangnya di sini tiada vanilla latte ini mita.stok saya sudah habis ini, kirimkan buat saya boleh?hahaha..owhh harus ke sana itu, mita..wajib hehehe
Deleteromantik betei Toko Merah tu.. hahaha
ReplyDeletesalonpas, balm, yoko²..benda wajib ada..ye dok..
romantik? ada satu aje dalam kepala ini tapi tak sure samada kita berkongsi perkara yg sama atau pun tidak hehehe..rasa2nya tang mana romantiknya toko merah itu ;)
Deleteowhh itu wajib itu.lagi satu panadol..hehehe
teringin la...nak ke jakarta juga...hehe=)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletemust go, Cik Matahary.byk yang boleh dipelajari di sini..saya doakan satu hari nanti akan ada jejak kaki awak di situ :)
ReplyDeletezilla semua oldskol2 benda2 kat jakarta lama ni.......muzium2 kat sana 2 xdak org kaaa,nmpk smacam sjaaa kat ruang2 dia.......POP MIE VS MCd menang kat pop mie fuh2222 kena try nii klau p indonesia......
ReplyDeletePENJEJAK AWAN
iya PA.bertepatan dengan namanya Kota Tua hehehe..saya ke sana bukan waktu libur, that's why sunyi sepi tapi biasanya kalau weekend memang meriah PA..hahaha,ala rasanya biasa aje seperti maggi mee kita, takde beza pun..mcD, terus terang saya dah muaklah PA..tekak dah tak boleh nak terima dah huhuhuhu
Delete