sekadar berkongsi..
Tuesday, March 13, 2012
Sesuatu hadir diingatan saya saat ini. Kenangan waktu menghadiri kursus beberapa ketika dahulu yang berjaya membuatkan kami terpukul. Sebagai salah satu daripada aktiviti kursus, kami diminta untuk menyenaraikan 5 barangan utama yang wajib dibawa tiap kali travel. Macam-macam jawapan diterima - ada yang menyenaraikan duit (yelah takde duit bagaimana caranya nak berbelanja, betul tak?), credit card, beg, surah Yassin dan sebagainya. Sayangnya setiap barangan yang disenaraikan oleh kami tidak berjaya memenuhi kriteria si penceramah ...
Sebagai penutup dia memberitahu - dia kecewa kerana dalam byk2 jawapan yang diterima kenapa tiada seorang pun yang terfikir untuk membawa telekung sembahyang (rata2 yang hadir perempuan) - dgn maksud untuk mengangkat solat sebagai perkara utama yang perlu diberikan perhatian walau di mana kita berada.
Emm...
Kita yang terlupa atau sememangnya kita menganggap 'ianya' sebagai satu perkara yang tidak perlu diperbesarkan??
*sekadar berkongsi..
** saat ini terfikir apa barangan pertama yang saya capai tiap kali sibuk berkemas sebelum berangkat...
2 comments
selalunya aku ada things to bring list..slalunya list tu aku buat within a week before pegi..tp any how mmg akan buat even last minute..sbb tak nk ada yg tertinggal..anything yg ada dlm list tu akan di capai tak ikut order..alhamdulillah,takat ni telekung tak pernah lupa..
ReplyDeletePada saya benda ni depends.. when people does not list telekung as one of the items it doesn't mean solat is not important to them.. so tak boleh nak judge juga.. boleh jadi ianya bermakna telekung is already a part of themselves sehingga tak perlu di list down kan, sepertimana seluar dalam is already a part of us yg kita tak perlu senaraikan. Dan to some people, telekung is not one of the item sbb mereka solat tak guna telekung pun.. orang Melayu Asia Tenggara memang biasa guna telekung utk solat, but Muslim negara lain jarang. Jadi if a Malay already embrace that culture of praying without telekung (which I can see now is increasingly normal), telekung is definitely not part of the item to list down. It has never been too important for me also because I do practice both, I sometimes pray with telekung and sometimes not.
ReplyDelete