Lupa pula nak berkongsi info untuk penginapan kami di Busan.
Macam biasa, syarat utama untuk cari penginapan adalah dapur. Biar bilik dalam keadaan seadanya asalkan dapur mantap - kononnya. Di Busan sebenarnya saya memang sengaja mencari penginapan yang tak perlu nak tukar terlalu banyak line metro. Penat asyik nak transfer je. Lagi satu, salah seorang dari ahli jemaah memang ada request untuk penginapan jauh dari pantai dengan alasan takut tsunami (hehehe!), layan ajelah. Godek-godek review yang ditulis dalam tripadvisor perihal hostel di sekitar Busan, study metro line dan akhirnya saya ambil keputusan untuk menginap di Kim's House, Nam-Gu, Busan.
Di sini kami ambil dorm untuk 6 orang dengan harga 15,000 won/person. Apa yang menariknya tentang hostel ini? Hospitality memang terbaik, terasa macam berada di rumah sendiri. Akses ke dapur 24jam; jadinya jam 3.00am pun kami boleh bangun untuk masak gara-gara kelaparan. Selain daripada itu, lokasinya yang berdekatan dengan Muzium Busan, metro Line 2 dan station bas ke tempat-tempat menarik sekitar Busan sangat memudahkan pergerakan kami. Manakala jarak dari airport ke guesthouse ini sekitar 30 minit perjalanan dengan tambang untuk teksi sekitar 15,000 won hingga 20,000 won.
Satu perkara yang agak kurang menyenangkan, heater di dalam bilik lambat berfungsi. Memang menggigil kami sepanjang malam dibuatnya. Selain daripada itu, di kawasan sekitar ini memang takde makanan halal jadinya jangan pula yang bertanya mana nak cari ya, saya memang tak tahu. Nak selamat, masak ajelah sendiri...
Lorong menuju Kim's House
2 buah pc disediakan kepada tetamu.
Ruangan santai/lepak.
Dapur yang luas
Bilik kami - sila abaikan keadaan yang sangat-sangat bersepah ini.
Alamat:
1738-13 Daeyeon 1(il)-dong,
Nam-gu, Busan, South Korea
Tel : +8210-5510-4422
home away from home...mmg nampak mcm di rumah sendiri..
ReplyDeletebetul tu kak..Mr & Mrs Kim pun layan kitaorang dgn sgt baik..
Deletesalam perkenalan, bila open trip ke korea pulak :)
ReplyDeleteSalam perkenalan FH
DeleteUntuk open trip korea, boleh tgk di sini http://mystoriesmories.blogspot.my/2016/03/open-trip-south-korea-autumn-trip-2016.html
Yeay.! kims gh paling best.!! Walaupun cermin secoet jek tp ospitality terbaek. Siap suggest tpt local biasa pegi lagi.. Hik hik.. Xsilap Daeyeon st ek? Penunjuk lokasi pun bagus.
ReplyDeletehah bab cermin tu, nak guna kena ambil giliran..kalau tidak berebut :D apa pun, mr & mrs. kim memang the best & sportinglah..
Deletecantiknyaa dapur dia . kemas dan nampak selesa.besau pulak tu.
ReplyDeleteia mommy..memang selesa nak masak2...pastu nak guna apa, guna aje takde larangan..cuma tulah, lepas guna kenalah kemas balik..itu sahaja syarat yang diberikan :D
Delete