Pages

Friday, September 9, 2016

Jogja Kuliner : Oseng Mercon

Rencana asal Andika dan Hera ingin bawa saya singgah di Oseng Mercon Bu Narti yang terkenal di Jogja tetapi sayangnya malam itu warung Bu Narti tutup. Oleh kerana mereka berdua memang mahu saya merasai 'letupan berapi' oseng mercon ini, mereka gigih mencari warung lain yang menjual menu yang sama.

Warung yang kami singgahi ini letaknya berhadapan dengan masjid di daerah Kauman; daerah yang sama di mana letaknya warung Bu Narti. Tak perlu menunggu lama pun, satu set oseng mercon dihidangkan di hadapan saya. Emm, melihatkan hidangan di hadapan mata saya mulai mengesah peluh di dahi. 

"..mudah-mudahan tak cirit-birit dibuatnya...."

 Set oseng, Rp11,000.

Seketul daging saya ambil dari mangkuk dan saya keringkan kuahnya terlebih dahulu sebelum saya gaulkan dengan nasi. Sesuap saya ambil dan....

Terasa nak benamkan kepala dalam air! Ini lagi pedas dari ayam penyetan yang saya makan hari sebelumnya. Saya makan beberapa suap sahaja dan saya tolak ketepi osengnya. Tak sanggup!! Sebagai ganti saya minta ayam goreng sahaja, kononnya untuk menghilangkan kepedasan tapi sayangnya rasa pedas dah menguasai mulut saya keseluruhannya dan akhirnya ayam goreng itu saya tolak tepi sebab tak mampu nak menghilangkan kepedasan yang ada. Akhirnya, ayam goreng itu Andika yang habiskan kerana beliau sendiri juga tidak mampu bertahan dengan kepedasan oseng.  

Buat kawan-kawan yang memang 'kaki cili', apa kata kalau singgah di Jogja cuba sendiri ayam penyetan dan oseng mercon ini untuk menguji diri. Adakah kawan-kawan benar-benar 'kaki cili' sejati atau pun tidak...

No comments:

Post a Comment