Pages

Wednesday, September 14, 2016

Sumut 2016 : Mendaki Gunung Sibayak, Sumatera Utara

Gunung Sibayak merupakan salah satu dari gunung yang memang menjadi impian saya untuk didaki. Gunung ini terletak di Berastagi dan merupakan gunung berapi yang masih aktif dan kali terakhir gunung ini meletus adalah pada tahun 1881. Gunung ini merupakan salah satu lokasi terbaik untuk menyaksikan matahari terbit di Sumatera Utara.

***

Kami memang tidak berhajat untuk memburu sunrise pagi itu memandangkan hujan malam itu di pekan Berastagi dan ditambah pula dengan 'hujan debu' dari Gunung Sinabung kebarangkalian untuk menyaksikan matahari terbit adalah sangat kurang. Jadinya, sekitar jam 7.00am barulah kami berangkat dari Garden Hotel menuju ke kaki gunung Sibayak dengan perjalanan mengambil masa cuma 15 minit sahaja. 


Kami tidak mengambil guide memandangkan harga Rp100,000/orang yang dikenakan membuatkan kami berfikir sepuluh kali untuk menggunakan khidmat guide. Memandangkan hasil dari google-an yang mengatakan trek untuk Sibayak ini memang telah tersedia cantik jadinya kami tawakal aje untuk mencuba nasib untuk bergerak sendiri dengan ditemani pak supir. Cabaran 'sebenar' pada saya adalah dari kawasan parking kenderaan menuju ke starting point Sibayak. Walaupun treknya bertar cantik tapi kecerunannya memang menduga mental. Sesiapa tak 'kuat' di sini pasti akan angkat bendera putih dari awal sedangkan trek sebenar adalah jauh lebih mudah. Kami mengambil masa hampir 30 minit menuju starting point! Memang slow giler disebabkan kami tidak mengambil sebarang makanan pagi itu sebelum memulakan perjalanan.
Starting point. Ada gerai, toilet dan surau di sini.

Saya nekad untuk mengisi perut terlebih dahulu di gerai berhampiran untuk tenaga dan diikuti dengan teman-teman yang lain. Di sinilah kami berjumpa dengan beberapa pendaki yang baru turun dan meluahkan rasa kecewa mereka kerana tiadanya sunrise pagi itu disebabkan awan dan kabus yang tebal pagi itu. Pemandangan sekitar Sibayak juga tidak mereka perolehi kerana kabus tebal. Err, syukur sebab kami ambil keputusan yang tempat untuk tidak mengorbankan waktu tidur kami!hehehe!

Perut kenyang, tenaga pun sudah ada kami memulakan langkah menuju kawah Sibayak dengan perjalanan dikatakan mengambil masa sekitar 45 minit - sejam. Kalau kawan-kawan pernah naik Broga, hah treknya lebih kurang macam di Broga jugalah cumanya kena hati-hati sebab gaung menanti dan treknya sendiri dari batuan yang longgar; awas jangan sampai tergelincir. 
Trek awal
 Trek lainnya

Seketika berjalan akhirnya kami tiba di kawah Sibayak. Luas giler kawasannya. Kami melahirkan keinginnan untuk mendaki ke puncak tertinggi Sibayak tetapi dibantah oleh Pak Supir kerana kesuntukan masa memandangkan kami akan mengerakan menuju ke Samosir via Taruntung yang akan memakan masa sekitar 7 jam perjalanan. Akur dengan kata Pak Supir tetapi saya nekad untuk mendaki puncak yang lainnya; dah alang-alang sampaikan? Tak sangka pula yang lain pun turut mengekor saya; pak supir pun tak terkata apa dengan kedegilan kami huhuhu.
Bunyi gas yang keluar agak menakutkan...
 Puncak tertinggi di Sibayak. Perlu 2 jam untuk tiba di puncaknya itu.
Pening dengan bau belerang
Kabus yang tak henti-henti memunculkan diri pagi itu
 Menuju puncak lainnya..
Luas giler kawasan ini. Tak terjangkau di otak bagaimana hebat letusan gunung ini suatu ketika dahulu
 Nampak dekat ajekan puncaknya itu tapi hakikatnya...

Puas bergambar akhirnya kami bergerak turun. Kalau ikutkan berat hati nak tinggalkan tempat ini tetapi bila melihatkan pak supir dan Pak Lah dah mula bergerak mahu atau tidak kami harus turut sama bergerak. InsyaAllah, suatu hari nanti mahu kembali ke sini untuk puncak tertingginya.

3 comments:

  1. Sy hari tuh sampai kawah je. Sbb byk jgk persinggahan lps tuh jd xlama gitu

    ReplyDelete
  2. Setelah berada dipuncak "Sibayak mount " Pklah rasa "still young" jom daki Rinjani. Terpukau melihat "life" desiran bunyi tekanan gas perut bumi yang kuat Apa pun terasa kerdilnya manusia dihadapan "Al Khaliq" rasa nak mai lagi.

    ReplyDelete
  3. Walaupun keletihan, amat berbaloi sekali.Makasih Zilla Trip bermanfaat dan amat selesa walaupun kepenatan di himbau gelombang jln raya yg....syukran semua selamat. Pklah rasa aktiviti sebegini malatih kita, sabar,akur dan bina jatidiri tempuh ujian musibah.Pklah harap samgat. Group yg. sama akan berada di kaki Rinjani Mount someday in sya Allah

    ReplyDelete