Sangla Valley - Chitkul - Sangla Valley
Hari baru di daerah Kinnaur.
Awal pagi dah bangun untuk solat Subuh dan ingin mengejar matahari terbit di lembah yang indah ini. 6.15am, saya dah panjat ke bumbung guesthouse. Hampir-hampir nak bertukar menjadi patung cendana atas tu sebab suhu yang sejuk beku dan ditambah pula dengan angin yang boleh tahan manjanya bertiup.
Suasana yang semakin terang
Akhirnya, berbaloi menunggu sampai berdarah hidung hehehe
Kami sepatutnya meninggalkan Sangla Valley hari ini tapi dek kerana indahnya kawasan ini kami tambah semalam lagi. Aktiviti pagi ini menuju Chitkul yang letaknya lebih kurang 15km dari Sangla dengan mengambil masa sekitar 1.5 jam perjalanan. Asalnya kitaorang plan nak naik bas ke Chitkul tapi entah macam mana, boleh pula terlepas. Buat kawan-kawan yang berhajat untuk naik bas, bas bertolak jam 8.00am dan 12.00 tgh dari stesen bas Sangla terus ke Chitkul. Manakala bas dari Chitkul ke Sangla pula bertolak jam 11.00am dan 2.00pm sahaja setiap hari. Tambang, sekitar Rs30 - Rs45.
Breakfast di warung je pagi ini. Prata kentang butter dan chai dengan harga Rs60 sahaja. Sedap giler, masih terbayang keenakannya sampai ke hari ini.
Memandangkan plan bertukar gara-gara terlepas bas kami ambil keputusan untuk sewa jeep ke Chitkul. Mujurlah si Lena ada ambil nombor telefon driver jeep yang kami gunakan semalam, so terus Lena hubungi Chaman untuk minta beliau bawa kami explore Chitkul. Harga yang Chaman minta Rs2000 tapi tawar punya tawar, dapat Rs1200 (yeayyy!!). Lama jugalah kami tunggu memandangkan si Chaman ne kampungnya terletak di luar Sangla. Tak silap saya dalam jam 10.00am barulah si Chaman ni sampai dan kami terus bergerak menuju destinasi idaman.
Perjalanan menuju Chitkul sangatlah memukau. Nak tidur pun tak sanggup sebab terasa rugi. Kamera pun sayang nak lepas; kalau boleh setiap saat nak ambil gambar. Cuma yang tak syoknya, keadaan jalan sama seperti jalan di hari sebelumnya. Hah, menakutkannyalah tapi tak terasa sangat takut dan gayatnya sebab leka layan pemandangan. Kami tak singgah di mana-mana pun sebab nak sampai seawal mungkin di Chitkul sebelum tempat ini dipenuhi dengan pengunjung yang lain. Menurut Chaman, baliknya nanti barulah dia akan berhenti di beberapa lokasi yang memang kami gedik-gedik nak pergi.
Pos tentera
8km sebelum tiba di Chitkul kami stop di pos tentera untuk lapor diri. Di sini, passport perlu diserahkan kepada tentera yang bertugas dan mereka akan catatkan detail di dalam buku log dan masing-masing perlu turunkan tandatangan di dalam buku log tersebut. View di sekitar pos tentera ni pun dah mulai memukau. Rasa nak nangis bila tengok gunung-ganang yang gah berdiri betul-betul di depan mata ni.
SubhanaAllah memukaunya pemandangan di sini
Melepasi Rakcham kami terus menuju Chitkul. Semakin menghampir Chitkul, pemandangan semakin memukau. Benarlah apa yang saya baca di internet, Sangla dan Chitkul antara destinasi wajib disinggahi.
Kalau dah nampak pemandangan seperti ini maknanya dah dekat sesangatlah dengan Chitkul
"Chitkul (Chittkul) is a village in Kinnaur district of Himachal Pradesh, on the banks of Baspa River..
It is the last inhabited village near the Indo-China border. The Indian
road ends here. During winters, the place mostly remains covered with
the snow and the inhabitants move to lower regions of Himachal.It is also
the last point in India one can travel to without a permit" [sumber : wikipedia]
Small village di Chitkul. Tenang sangat suasana di sini. Menyesal sebab tak bermalam di sini.
Mulanya Chaman ingin turunkan kami di perkampungan tapi memasing tak mahu turun dan meminta beliau untuk turun ke Sungai Baspa.
Pemandangan gunung-ganang dari perkampungan
Pemandangan 360 darjah..fuh, serius rasa kerdil sangat di sini
Jeep Chaman berlatarkan gunung-ganang
Satu-satunya perkampungan yang ada
Gedik p turun dalam sungai, sejuknya tak tau nak cakap macam mana
View Baspa River dari atas bukit
Disebalik gunung ini adalah Tibet. Menurut Chaman takde orang lagi yang buat kerja giler panjat gunung-ganang ini untuk masuk ke Tibet
Zoom sikit. Mesti sekarang kawasan ini sudah ditutupi salji sepenuhnya
* bersambung untuk lokasi seterusnya
memang cantik...belum pernah gi destinasi bergunung-ganang mcm ni..
ReplyDeletetrylah kak...cantik tau kawasan pergunungan...
Deletecantiikk!!!
ReplyDeleteakhirnya, nampak juga sisi cantik India ya? hahaha
Deletezilla.....nape tk reply...ingat masih tersadai....
ReplyDeletesaya baca sekali lalu email tu encik..maaf tak reply, kecelaruan minda 2-3 hari ini..nanti saya hubungi encik semula...
Deletearrggghhhhhhhh
ReplyDeletegambor2 ituu
mengimbau kenangan lalu, tetiba terbayang pengembaraan dulu...
hahaha...emosi tetiba
akakkkkk..
Deletememang motif nak bagi akak teringat2 pun hahaha...
saya memang dok teringat akak aje sepanjang trip ni tau..paling tak boleh blah, part bakar nan atas bara tahi lembu tu yg saya baca kat blog akak sangat mempengaruhi saya di sini..sampai tak beranilah nak makan nan/pratha di kedai sebarangan sebab takut derang guna tahi lembu :D chai derang bestkan kak? siap guna fresh milk lagi..tapi tak boleh blah, kat tepi cawan, siap ada bulu2 lembu lagi melekat..tak lalu terus nak minum :D
Hahaha... Sampai gitu sekali fobia hang dengan taik lembu tu.. Sedap ok roti nan tu...
ReplyDeleteYep... Chai deme terbaik la kat gunung tu.