Sambungan dari India Trip 2016 : Chitkul Valley
Dari Chitkul kami kembali semula ke Sangla. Sepanjang perjalanan tu beberapa kalilah juga berhenti untuk ambil gambar. Ada beberapa sebab kenapa saya suka pergi tempat-tempat seperti. Salah satunya tiada bayaran masuk yang dikenakan, begitu juga dengan parking. Nak masuk toilet pun percuma tau. Toilet pula jangan memain siap ada shower untuk mandi-manda. Lagi satu, betapa bebasnya saya tak perlu nak risau dikerumuni warga tempatan yang menjual pelbagai benda. Memang aman dan damai terasanya. Persekitaran pun bersih tanpa sebarang benda yang sangat memualkan. Opps lupa nak bagitahu, di daerah Himachal ini beg plastik tidak digunakan tau. Kalau beli barangan di kedai mereka akan bungkus dalam kertas suratkhabar atau pun mereka akan letak dalam beg kain yang kita selalu dapat kalau pergi kenduri kahwin tu (tak taulah apa namanya).
Singgah di air terjun yang tak tau nama.
Kami singgah di Rampur. Cantik gila kampung ni tapi sunyi sepi. Mungkin ramai yang dah berpindah keluar dari sini buat sementara waktu.
Dah sampai Rampur
Longkang pun nampak cantik kat sini sebab airnya yang jernih :D
Batu seketul di pinggir jalan di Rampur
Dari Rampur kami teruskan semula perjalanan ke Sangla. Di pertengahan perjalanan kami minta Chaman turun ke salah satu perkampungan yang ada (lupa nak catat nama kampung ini). Kami siap dapat satu beg epal percuma pemberian warga tempatan di sini.
Pepohon yang menguning tu semuanya pokok epal
Epal. Kinnaur Valley merupakan salah satu lokasi penanaman epal terbesar di India.
Curi-curi ambil gambar ni walaupuan mereka tak bagi ambil. Mereka inilah yang sedekahkan satu beg epal buat kami. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak
Salah satu puncak yang ada
Baspar river. Syok kalau dapat camping di sini sambil mancing ikan trout
Kami tiba di Sangla Valley dalam pukul 2 lebih. Terus masuk bilik untuk prepare lunch dan berehat seketika. Petang itu hajatnya nak trekking ke monastery yang nun ada di atas bukit.
*bersambung
Kalau dlm geografi ni namanya penmepatan berpusat. Eh kenapa diorg pindah sementara?
ReplyDeletecantik sungguh pemandangan..
ReplyDeleteMengoda sungguh puncak bukitnya.
ReplyDeleteHangpa bawa bekalan utk masak?
ReplyDeleteDasat gak tu.
bestnye dapat epal daripada warga tempatan.
Puas makan epal fresh dan crunchy kat himachal ni. Bila balik malaysia, akak tak pandang epal sbb tak fresh. Semua dah gebu kapas.