Samosir : Day 1 (Part II)

Monday, March 18, 2013

Samosir : Day 1 (Part I)

"Are you ready to explore Samosir?"

"Yupppp..."

Tepat jam 1.00pm, kami memulakan langkah dengan menyewa 2 buah motorsikal dengan harga Rp50,000/motor. Dari Tuk Tuk kami bergerak menuju ke pasar Tomok untuk tapau lunch merangkap minum petang dan terus menuju Onan Runggu.

Jom, layan gambar.

Syikin dan Iffa.


Pasar Tomok [Picture : Syikin]



Menurut Ridu, di Samosir terdapat lebih kurang 200 air terjun yang boleh kita temui dan diterokai.

        

Semakin jauh kami pergi, keadaan jalan semakin teruk dan berbatu-batu. Memang bergegar satu badan dibuatnya tetapi berbaloilah dengan apa yang kami saksikan.




Berhenti lunch di salah satu gerai yang ada dipinggir jalan.

Ikan talapia bakar. Menu lainnya adalah pucuk ubi masak lemak, gulai ikan emas dan sambal belacan. Hari ini dalam sejarah, saya makan ikan air tawar hehehe.


Perut kenyang, perjalanan kembali diteruskan. Di sini, binatang peliharaan dibiarkan bebas berkeliaran (kalau di Malaysia, sure dah lama kena curi). Jangan terkejut bila tiba-tiba varvi err khinzir melintas di hadapan korang. Di sini ianya memang dilepaskan begitu sahaja bersama-sama dengan binatang peliharaan yang lain.



Makin jauh kami pergi, hujan semakin lebat dan akhirnya kami tersadai di tepi jalan kerana tidak mampu nak meneruskan perjalanan.

Hujan dan kabus semakin tebal..

Tiba-tiba..

Pelangi muncul. Satu demi satu..

dan akhirnya...

Pelangi 'berkembar' muncul di hadapan kami. Giler teruja jadinya.

"beb, mak kata jangan tunding jari ke pelangi..nanti kudung..."

"mana..mana...kenapa jarinya masih cukup sifat..di mana yang kudungnya...."

"hahaha..sengal...."

"...bagi orang batak kemunculan pelangi memang dinanti kerna ianya membawa tuah..."

Haih, macam-macamlah kami ini. Tetapi bestlah sebab asyik ketawa, ketawa dan ketawa hehehe.

Oleh kerana tiada tanda-tanda cuaca akan kembali ok, kami ambil keputusan untuk kembali ke chalet. Perjalanan pergi dan balik mengambil masa lebih kurang 4 1/2 jam dan kami tiba di chalet sekitar jam 5.++pm. Sementara menunggu Maghrib, kami lepak aje di cafe untuk wifi free hehehe.

Sekitar jam 8.00pm, kami kembali ke cafe untuk layan Batak Performance. Free aje. Sambil itu kami layan dinner 'mee maggi, cepat dimasak sedap dimakan' hehehe. Sedang asyik gelakkan orang dengan tarian yang tahapapa, alih-alih kami ditarik untuk turut sama menari dengan yang lain dihadapan. Sudah, nak menari apa kalau badan keras kejung hahaha. Oleh kerana dah takde alasan untuk tarik diri, belasah ajelah hehehe. Enjoy sangat-sangat. Bukan menari apa pun; takat buat bulatan, tepuk tangan dan nyanyi "gelang si paku gelang..gelang beramai-ramai...." yeayyyy!!! Antara pengalaman menarik yang takan dilupakan sampai bila-bila hehehe.

[Picture : Syikin]

"beb, rasanya ada orang tak rakam aksi kita??kalaulah tetiba ada di youtube, mati kita kena parang dengan mak dan ayah.."

"hahaha"

Masa untuk zzzzzzz. Empuknya tilam!! :D

* bersambung untuk hari baru.

You Might Also Like

6 comments

  1. Wow looks like a true adventure :)

    Xoxo,
    Farah ♥

    ReplyDelete
  2. nek motor tak pakai helmet, berani nyer koranks, cewah~...serius, gambar pelangi tu memang cantik, berkembar lagi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. helmet pun takde nak pakai macam mana hehhee..bayang pak polisi pun enggak kelihatan di sana..jadinya belasah ajelah hahaha..yupp pelangi berkembar tu..Alhamdulillah..

      Delete
  3. hahahhahah kot kot ada dalam youtube :)
    best betul...

    ReplyDelete

Subscribe