Samosir : Day 1 (Part I)

Sunday, March 17, 2013

3rd day : Medan - Samosir

Medan : Day 2

"Ridu, over budget..ada lagi cancel..."

"..kita pakai backpack style..we explore lake and samosir by bus and matic motorcycle..."

Rencana awalnya memang saya nak menggunakan khidmat supir dan mobil ke Samosir. Untuk 3 hari perjalanan saya dapat harga Rp1,350,000(5 orang) tetapi 3 hari sebelum berangkat 2 orang tarik diri atas sebab peribadi. Pening kepala nak adjust budget sebab semuanya dah ready mujurlah Ridu faham dengan apa yang berlaku dan beliau memberi cadangan untuk guna konsep 'aci-redah'. Emm, tak kisahlah yang penting di sini tak over budget dan semua yang direncanakan berjalan seperti yang dirancang. Haih!!!

Kami bergerak menuju ke Parapat, jam 3.25am dengan menumpang van koran/suratkhabar - nak budget sangatkan? hehehe. Dari awal lagi kami dah dimaklumkan mobil akan singgah di beberapa tempat kerana mereka perlu mengedarkan koran dan dijangka tiba di Dermaga Tiga Raja sekitar jam 6.++am. Memasuki Marihat Huta, macet!! Gila-gila punya macet kerana terdapat beberapa buah kenderaan yang rosak pagi itu (sesiapa dah sampai Parapat sure tahu keadaan jalannya macam mana kan?). 2 1/2jam tersangkut di situ dan kami tiba di main road Parapat (Masjid Raya Parapat) sekitar jam 8.30am. Grrrrr!! Tak nak buang masa, kami terus mendapatkan angkot menuju ke Dermaga Tiga Raja dengan tambang Rp2,000 untuk ke Tuk Tuk. Feri dengan tambang Rp10,000/person dengan perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit. Cuaca pula pagi itu, kejap mendung, kejap panas. Pendek kata memang tak menentu.

Cuaca pagi itu - sat cerah, sat mendung. 

Jeti di Tuk Tuk. Di sinilah jeti dan di sini juga aktiviti harian penduduk tempatan berlangsung - pasar pagi, tempat mandi-manda, membasuh pakaian dan sebagainya.

Di Tuk Tuk kami bermalam di Bagus Bay Chalet untuk 3 hari 3 malam. Kami memilih untuk menginap di rumah adat kaum Batak, dengan harga Rp200,000/night (harga asal Rp150,000; harga naik gara-gara CNY). Bilik memang luas, boleh memuatkan hingga 4-5 orang. Apa yang specialnya bilik kami ini, buka aje pintu terus nampak view tasik - terbaiklah!!

Inilah penginapan kami di Bagus Bay.

Pintu memang kecil dan rendah. Kalau nak masuk kena membongkok, kalau tidak sure terantuk. Kalau malas masuk ikut pintu, boleh masuk ikut tingkap (tapi nampak tak sopanlah, kan??hehehe)

Dalamnya, siap ada kelambu tetapi untuk single bed takde kelambu. Jangan risau, takde nyamuk pun hehehe. Di tengah-tengah rumah terdapat 2 anak tangga untuk ke loteng.

 Buka aje tingkap view inilah yang kami nampak setiap saat. Cantik, kan? hehehe

Sebahagian dari Tuk Tuk yang dirakamkan dari Bagus Bay.

Antara aktiviti di pagi itu - skodeng hehehe. 


Info Tambahan:

Buat teman-teman yang berhajat untuk mengambil public transport dari Medan ke Parapat, ini yang sempat saya catatkan. Moga membantu :)

1. Dari airport ke Terminal Amplas dengan becak sekitar Rp25,000 (jangan lupa tawar). Dari terminal ambi bas Sejahtera jurusan Medan-Permatang Siantar-Parapat dengan tambang Rp20,000. Last bus sekitar jam 6.00pm.
2. Selain dari bas, boleh ambil travel (Paradep) dengan tambang Rp70,000 dan minta diturunkan di Masjid Raya Parapat. Atau pun, boleh juga minta travel turunkan korang di Dermaga Tiga Saudara. Tambangnya adalah Rp100,000 (beza Rp30,000 tu).
3. Tambang feri Rp5,000 untuk ke Tomok dan Rp10,000 untuk ke Tuk Tuk. Feri paling awal jam 7.00am dan last ferry 5.00pm. Kalau terlepas last ferry, boleh ambil feri membawa kenderaan di Dermaga Ajibata dengan tambang Rp7,000 - Rp9,000. Last ferry di Ajibata sekitar jam 9.00pm.
4. Mengenai penginapan di Tuk Tuk, penginapan serendah Rp35,000 boleh kita perolehi.

*bersambung untuk aktiviti seterusnya.

You Might Also Like

7 comments

  1. insyaAllah akan ke sini kalo travel mate tak preggy lagi (eh)
    kena hafal zilla punya cerita ni sungguh2 sikit :-)

    ReplyDelete
  2. ada rezeki, Insyallah sampailah tu ehehe..ehhh tak payah lah hafal, jenuh nanti hehehe.

    ReplyDelete
  3. wah boleh tido dalam rumah batak rupanya..maknanya kami tak abes explore la medan aritu...hehe bestnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ, jangan keliru tentang Samosir dan Medan. Samsosir bukan 'di dalam' Medan tau..ada bezanya..apa yang pasti kedua tempat ini dibawah Sumatera Utara...konsepnya sama seperti KL dan Selangor - antara negeri di bawah gagasan satu Malaysia..

      best,tidur dalam rumah adat batak ne sebab luas cuma tak tahan kepala kena jaga..kalau tidak memanjanglah terantuk sebab ada part dalamannya yang rendah hehehe..

      Delete
  4. Salam..awak bertolak pepagi sampai malam ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi isabella...

      saya gerak dalam jam 3.++am dan sampai di parapat lebih kurang jam 8.++am...sebenarnya perjalanan dari kota medan ke parapat ambil masa skitar 5-6j bergantung kepada traffic..nak elak macet, better keluar seawal mungkin...

      Delete
  5. Menarik Bagus Bay Chalet tu ! Gaya Batak !

    ReplyDelete

Subscribe