Medan : Day 2

Tuesday, February 26, 2013

2nd day : Medan


"sis, boleh jumpa jam 10 pagi di kantor pos? nanti jalan2 lg...."

Sms yang saya terima seawal 2.00am. Sebenarnya plan saya untuk hari kedua ini hanya untuk bermalas-malas di bilik. Takde idea mahu ke mana. Google sana-sini tentang tentang kota Medan, tak banyak info yang saya perolehi. Setakar Istana Maimon dan beberapa tempat yang lain; semuanya sudah saya kunjungi 2 tahun lepas. Jadinya, bila ada yang mengajak untuk jalan-jalan; pucuk dicita, ulam mendatanglah. Tak mungkin saya tolak pelawa itu; terus saya kata ok. Syikin dan Iffa pula, akan tiba di Kota Medan sekitar jam 6.++pm. Jadinya, saya ada banyak masa terluang sebelum ketibaan mereka.

Sekitar 4.30am, saya dah pun terjaga; settle perkara wajib dan terus mengemas sebab sebentar lagi saya akan check out. Nak sambung tidur, rasanya cukuplah tu; dah tak lalu nak sambung tidur huhuhu. Breakfast pagi itu, baki mee aceh malamnya. Tak payahlah nak pening kepala nak cari sarapan. Sekitar jam 9.00am, selepas check out (beg saya tinggalkan di kaunter), terus saya menapak ke jalan besar. Berdasarkan kepada arahan yang diterima, saya perlu menaiki angkot hijau no. 18 dari Jl. SM Raja ke kantor pos. Tunggu dalam 15 minit, bayang pun tak nampak. Alih-alih datang angkot putih dengan route yang sama. So tak tunggu lagi, saya terus naik. Tambang Rp2,000 sahaja dan saya diberhentikan betul-betul di hadapan kantor pos.

Hari masih awal, saya pusing-pusing keliling untuk cari poskad (Rp3,000) dan setem (Rp5,000). Hinggalah teman saya itu tiba, kami terus menuju ke station keretapi Medan. Emm, dah banyak yang berubah. Sekali pandang, tak ubah macam Terminal Bersepadu Salak Selatan hehehe. Menurut teman saya dan buat makluman teman-teman, airport Polonia akan dipindahkan ke Kuala Namu. Jadinya, dari Kuala Namu penumpang boleh menaiki train menuju ke kota Medan atau pun dengan menaiki public transport yang lain dengan jarak tempuh memakan masa lebih kurang 1 1/2 jam. Bila ianya akan beroperasi? Itu saya kurang pasti. Ada yang kata May ini dan ada juga yang kata next year. Jadinya, kita tunggu dan lihat sajalah.

Stesen keretapi Medan - kualiti gambar kurang ok sebab guna kamera hp aje. Ini antara tempat lepak fav sayalah. Last time ke Medan pun saya habiskan masa di sini, memerhati dan berfikir tentang macam-macam perkara.

Dari train station, kami menuju ke Gramedia, Sun Plaza. Tak sah rasanya kalau ke Indonesia kalau tak ke Gramedia. Lama jugalah kami lepak di situ; kalau ikutkan hati semua buku nak saya beli tetapi hari masih panjang; perjalanan saya juga masih jauh - harus berjimat-cermat. Jadinya, hanya sebuah buku sahaja yang saya beli iaitu 5cm karya Donny Dhirgantoro (untuk sinopsisnya, sila google sendiri hehehe). Dari Gramedia, kami bergerak keluar menuju Kampung Madras yang terletak di Jl. Zainal Arifin, untuk cari bakso. Sayangnya bayang pun tak nampak hehehe (bila teringin sangat, time tulah semuanya takde, kan? :P) dan dari situ kami kembali ke Sun Plaza kerana teman saya itu perlu menunaikan solat Jumaat.

Apa yang specialnya tentang Kampung Madras ini? Oklah, kalau saya sebut Brickfield sure korang tahu apa yang ada di sana,kan? So, perkara dan situasi yang sama juga kita akan jumpai jika ke Kg. Madras. Majoriti penduduknya adalah dari mereka yang berketurunan India. Cuma yang specialnya, mereka ini berdialog dalam bahasa Indonesia dan bukannya berbahasa Tamil. Jadinya, saya rasa agak kagum dengan senario ini.

Dari masjid, patah semula ke Gramedia (memang jadi kerja betul hehehe) untuk bertemu teman lama saya, Ridu. Aiyaa, memang tak berubah langsung orangnya :D. Dari situ, kami meneruskan misi mencari bakso (tak tahulah apa nama tempatnya, lupa nak tanya hehehe) tetapi area Jl. SM Raja juga (kot??). Sebelum itu, kami dibawa Ridu untuk pekena kolak durian berdekatan dengan Universitas Sumatera Utara (berhadapan dengan hospital tak tahu nama hehhee). Rupa kolak durian ini mirip pengat durian cuma kuahnya lebih cair dan dicampur dengan jagung, pulut dan air batu. Memang syok layan lebih-lebih lagi kalau musim kemarau. Harga? Murah aje, Rp5,000/mangkuk. Lepas pekena bakso terus kembali ke hotel.


Inilah rupanya kolak durian - kualiti gambar kurang ok, guna kamera hp cap ayam.

Sate kerang (lupa di sana dipanggil apa). Rasanya mirip seperti rendang kerang. Saya pekena ini di warung bakso (sorry takde gambar bakso hehehe).

Kali ini saya check in di hotel yang sama cuma berbeza bilik. Kalau sebelum ini, Ekonomi Room kali ini saya ambil Standard Room + extra bed dengan harga Rp120,000/night. Bilik settle, terus saya bergerak menuju ke Masjid Raya untuk menunggu Syikin dan Fa. Sejam terpacak di situ, akhirnya baru nampak kelibat mereka sedang ketawa riang di atas becak hehehe.

Standard Room @ Residence Hotel - bilik ini best sebab ada tv hehehe

Lepas maghrib, kami menuju ke Jl SM Raja untuk jjcm (jalan-jalan cari makan). Tak perlu nak cari restoran mewah, saya bawa mereka lepak di warung tepi jalan aje. Jangan pandang rendah dengan makanannya ok - sedap hingga menjilat pinggan tau hehehe! Tak percaya? Sila tanya teman saya yang berdua tu. So malam itu saya perkenalkan mee aceh (sedap di mulut, panas di perut) pada mereka berdua. Memang licinlah pinggan masing-masing hehehe. Shopping roti dan kek di Majestic Bakery (bekalan ke Samosir) dan terus kembali ke hotel.

Kami lepak di warung berhadapan dengan Hotel Antares [Picture : Syikin]

 Murtabak (Rp13,000) - bezanya dgn murtabak di Malaysia adalah ianya digoreng dengan minyak yang banyak. Sekeping boleh dishare beramai-ramai kerana saiznya yang 'gedabak'

Mee aceh - sedap dimulut dan panas diperut hehehe. [Picture : Syikin]

Sekitar 11.++ am (dok layan Pirates of Carribean malam tu), barulah masing-masing layan kantuk dan kami perlu bangun semula jam 2.00am kerana kami akan bergerak menuju ke Parapat sekitar jam 3.00am dengan menumpang van koran/newspaper.  

"Sebaik-baiknya manusia adalah manusia yang bisa memberi manfaat bagi orang lain.." [5cm]

*bersambung. 

You Might Also Like

2 comments

  1. Tak ada ke gambar penduduk Kg Madras?
    Ingatkan kat sana tak ada kaum india.

    Ohh sate kerang.. kalau sate perut pernah nampak tak? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah dekdaa..ala tak payah ambik gambar pun takpe..keadaannya memang lebih kurang mcm brickfield pun hehehe...

      sate perut,penah..kat pasar malam tapi tak penah rasa sebab saya tak makan organ dalaman huhuhu

      Delete

Subscribe