Susulan dari kes hajat tak kesampaian nak naik cruise di Langkawi tempohari, tak sangkalah pulak kawan saya tu, gigih nak jadikan juga impian saya tu jadi kenyataan hehehe. Extra credit untuk beliau. Walaupun tak sempat nak beraksi 'you jump, I jump' kat atas tu gara-gara tak ketemu dengan 'jack' yang dicari tetapi saya tetap berpuas hati. Impian dan nyata, yeayyyy!!
Kali ini kami memilih untuk menaiki flight ke Penang. Last minute beli tiket flight AA KL-Penang dengan harga RM47/one way; kebetulan AA buat promo. Alhamdulillah, tak payah nak naik train lagi hehehe. Untuk baliknya pula kami menaiki MAS, kebetulan jugalah ada promo dengan harga RM75/one way. Bukan mudah nak dapat harga seperti itu untuk MAS. Rezeki tak boleh ditolak; terus kami rembat. Manakala untuk pakej cruisenya, kami dapat diskaun 30% untuk room package. Jadinya, kami hanya perlu membayar sebanyak RM188 dari harga asal RM245.
Jumaat : Hari yang dinanti ~ cewah
Oh teruja...
Check in jam 5.30pm. Memang on time derang buka counter. Bertapa kitaorang harini sementara nak menunggu jam bergerak ke angka 5.30pm huhuhu.
Baru lepas hujan time ne. Risau jugalah dengan keadaan laut, harap-harap semuanya akan berjalan lancar.
Prosedur biasa, sila print booking slip masing-masing dan check in di kaunter. Sertakan sekali ic atau pun passport. Nantinya kita akan diberikan sekeping card pelbagai fungsi yang tertera nama masing-masing, nombor bilik, cabin type dan sebagainya [sila lihat gambar di bawah]. Card ini juga berfungsi sebagai kunci bilik masing-masing. Untuk makan atau shopping pun kena tunjukkan kad ini. Kalau ada perkara yang melibatkan bayaran (misal kata kita beli mineral water dan sebagainya) semuanya akan dikreditkan ke dalam kad masing-masing. Make sure jangan hilangkan.
Ramai orang petang ini. Majoriti adalah Chinese. Macam-macam gelagatlah. Ada yang bawa beg banyak giler seolah-olah macam nak berlayar berbulan-bulan. Ada juga Melayu sombong nak mampuih, macam dia saja yang mampu naik cruise (please lah!!!) - tak faham, kenapalah nak kekwat sangat. Manakala staf cruise memang terdiri daripada pelbagai negara. Di name card tertera negara masing-masing; Philippines, Indonesia, Nepal, China dan sebagainya. Kagum sekejap hehehe.
Line untuk boarding punyalah panjang. Di sini beg akan discan untuk memastikan kita tidak membawa sebarang alatan/bahan yang merbahaya. Untuk masuk ke dalam kapal sekali lagi perlu beratur. Sekali lagi kad berserta ic/passport akan diperiksa tetapi hanya kad sahaja yang akan dikembalikan manakala untuk ic/passport mereka akan simpan buat sementara waktu.
Melangkah masuk, memang giler jakunlah hehehe. Terasa macam berada dalam Titanic lah pula [over kan?hahaha). Bilik kami berada di deck 3. Masuk aje di deck 3, saya dah blur.. Err banyak sangat bilik, jenuh nak cari bilik masing-masing. Seperti biasalah saya share bilik dengan tasyha manakala adik dengan yana.
Ruangan dalamannya.Jangan pula lupa bilik di lorong mana hehehe.
Bilik kami, oklah selesa je.
Yang dikanan tu bilik air. Memang sempitlah, ngam-ngam untuk seorang sahaja [haruslahkan?]. Televisyen, telefon, almari semuanya turut disediakan.
Penting ne...
Hadiah katanya. Dalam tu ada 2 set teh serbuk.
Bilik dah dapat, aktiviti wajib pun sudah jadinya ke mana kami seterusnya??
*bersambung
