Part V : Jatim ~ kembali ke kota Surabaya

Wednesday, July 03, 2013

Sambungan dari sini Part VI : Jatim

Dari pelabuhan, kami berpatah balik menuju ke kota Sumenep, ibu kota Pulau Madura.Kami singgah di Masjid Jami' Sumenep atau dikenali juga sebagai Masjid Agung yang menjadi mercu tanda kota ini. Masjid ini juga merupakan salah satu daripada 10 buah masjid tertua yang ada di Indonesia. Cantik, kemas dan bersih; memang terjaga rapi. Lokasinya terletak berhadapan dengan Alun-Alun Sumenep.

 

 


Dari masjid kami menyeberang pula ke Alun-Alun. Takde apa pun kat sini selain menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk berkumpul dan beriadah. Destinasi seterusnya, Kraton Sumenep. Emm, sekali lagi kecewa. Muzium dengan barangan pameran yang kurang terjaga; berhabuk dan perlu dibaiki.

 

Salah satu daripada 3 pintu yang ada di Taman Sari. Kalau nak cepat dapat jodoh, hah sila masuk di pintu ini hehehe.

Seterusnya, waktu untuk mengisi perut pula. Pusing punya pusing, akhirnya kami berhenti di rumah makan Kartini. Menariknya kedai makan ini dijaga oleh 2 orang cewek yang cun dan ramah-tamah. Layan.

 

 
Nampak simple tapi percayalah sedap hingga menjilat jari hehehe

 
 Sedap dan murah!! Kitaorang siap borong kek berbijan tu sebagai ole-ole. Sebiji tak sampai pun RM3.

Perut dah kenyang, perjalanan diteruskan. Kami tiba di satu lokasi, ini yang kelihatan. Apa lagi minta Pak Aji stop dan kami bergegas keluar untuk snap pics.




Apa bendanya ne? Awalnya saya ingatkan ini adalah tempat untuk menternak kerang tetapi silap. Inilah pagan kambang atau keramba besar yang digunakan untuk menangkap ikan oleh nelayan sewaktu musim hujan. Kalau hari-hari biasa, mereka akan kembali ke alatan biasa iaitu jala. Emm, bagaimana pagan kambang ini digunakan, sampai sekarang saya tak dapat jawapannya walaupun telah digoogle. Lokasi pagan kambang ini adalah di pantai Talang Siring, Pamekasan.

Semakin jauh kami pergi tapi bayang air terjun Toroan tetap tak kelihatan. Jadinya, kami mengambil keputusan untuk berpatah balik. Kami singgah di salah satu masjid untuk membersihkan diri dan solat sebelum keputusan diambil samada untuk berpatah balik ke Surabaya atau terus dengan rencana untuk menjejak Toroan. Akhirnya, kami memilih untuk ke Toroan juga. Sayangnya, hajat untuk melihat sunset di Toroan tak kesampaian. Kami layan sunset dalam mobil aje huhuhu. Tiba di Toroan pun selepas Maghrib. Alang-alang dah sampai turun jugalah ke air terjun.

Toroan waterfall. Terima kasihlah pada tukang suluh. Sekurang-kurangnya ada jugalah rupa air terjun tu huhuhu. Uniknya air terjun ini kerana ia terus mengalir ke laut.

Toroan dah berjaya kami jejaki, masanya untuk kembali ke kota Surabaya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk tiba. Seharusnya petang ini kami menaiki cruise tetapi musim hujan. Terpaksa cancel cruise huhuhu.

Jambatan Suramadu sebagai kenangan.

Sebelum ke hotel, saya request untuk pekena Bakso Jagalan 87. Last year singgah sini, nak tambah tapi segan. Jadinya, kali ini singgah sini lagi sebab nak lepas geram. Siap order mangkuk besar lagi - tamak hehehe.

Must try ok..

Akhirnya setelah berasap telinga kiri-kanan gara-gara kepedasan kami bergerak menuju ke Hotel Wallan yang terletak lebih kurang 3km dari Juanda airport. Akhirnya setelah 2 hari bermalam dalam kenderaan, malam terakhir dapat juga tidur lena di atas katil yang empuk. Nyenyak sampai ke pagi.



* bersambung

You Might Also Like

9 comments

  1. Zilla..

    meh wat kursus photog kt sy...
    cmner laa nk ambik gmbo cun mc awk aaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr cun ke, niL? saya tgk biasa je gambar2 tu huhuhu

      *lepas raya ne jom kita outing..blh saya turunkan ilmu yang tak seberapa ne :D

      Delete
  2. zilla,

    nk follow jugak tuk buat kursus.. nk belajar jugak :)
    boleh ke kakak zilla?

    ReplyDelete
  3. Bab bakso ini selalu ada...hadeuuhhh...:(
    ambil air banyak2...biar cepat dapat jodoh...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat macam mana, irdhi..dah nama pun suka..haruslah kalau p mana2 part di Indonesia mesti cari bakso..

      *owhh itukah petuanya??baik, bos!!akan minum byk air sampai kembung :D

      Delete
  4. wow!! air terjun toroan cantiks sangat.. smlm bc pasal air terjun ni.. dh pasang angan2 dah nak jejak sini.. tetiber awak share gambar lak.. maksudnya kene pegi ni.. kekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. toroan mmg cantik tapi sayangnya dalam gambar saya ne sgt tak cantik hehehe...kalau rasa nak p, p ajelah..tapi jauh sgt tempatnya, fikir 10x kalau nak p :D

      Delete

Subscribe