Part VI : Jatim ~ Lapindo yang dinanti..
Thursday, July 04, 2013
Entry sebelumnya di sini -> Part V : Jatim
Hari terakhir di Jatim. Flight ke Kuala Lumpur sekitar jam 5.00pm. Masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya - mana yang sempat. Maklumlah kami ini mudah leka di satu-satu tempat.
Sebenarnya Lumpur Lapindo ini seharusnya kami singgah waktu pulang dari Bromo tetapi disebabkan dah lewat agenda ini terpaksa dibatalkan. Sepatutnya hari ini kami menuju ke ladang garam tetapi atas persetujuan bersamaan kami sepakat untuk singgah juga ke Lapindo. Takpelah, next time kalau turun ke Surabaya boleh lah singgah semula ke ladang garam ini.
Selepas breakfast dan check out, kami terus menuju ke Lumpur Lapindo yang terletak di Sidoarjo. Tiba di sana Pak Aji memaklumkan yang kami akan masuk melalui pintu murah. Erkkk, boleh pula macam tu?? Ada pintu masuk murah dan mahal hehehe. Seperti kata Pak Aji, dah nama pun pintu murah jadinya bayaran masuk yang perlu kami bayar Rp5,000/person. Kalau pintu mahal, tak tahulah pula berapa nilainya.
Untuk melihat lumpur ini, macam yang korang sedia maklum perlulah mendaki anak tangga di sisi benteng yang dibina. Ala tak tinggi mana pun. Tak sampai pun 10 anak tangga (kot). Macam biasalah, sampai je atas terus dikerumuni oleh supir ojek yang menawarkan service masing-masing. Mereka offer Rp35,000/ojek. Tawar punya tawar dapatlah Rp20,00/person. Masa untuk membonceng tetapi sampai di satu kawasan kami ditahang. Kami diminta membayar Rp5,000/person lagi dengan alasan kami akan memasuki kampung yang berlainan. Erk?? Boleh pula macam tu?? So, nak tak nak bayar ajelah, kan?
Ini pemandangan pertama yang kami saksikan. Yang kelihatan merupakan saki-baki kilang; selebihnya telah ditenggalami lumpur.
Akhirnya, kami tiba di menara tinjau untuk melihat kawasan sekeliling. Supir ojek janji nak membawa kami mendekati kawasan semburan tetapi janji tinggal janjilah. Malas nak bising pasal ne. Saya agak bernasib baik sebab mendapat supir ojek yang sangat sporting. Mana-mana tempat yang best, dia akan berhenti dan mengarahkan saya untuk mengambil gambar. Tq bapak yang sporting.
Jom layan gambar, saya malas nak cerita panjang lebar. Kesimpulan dari apa yang telah saya saksikan dan cerita-cerita yang telah disampaikan kepada kami biarlah saya simpan.. Cuma saya berharap moga suatu hari nanti nasib penduduk-penduduk kampung yang menjadi mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.
*bersambung
6 comments
Kalau tak silap, ni kawasan lumpur kat area Surabaya tu kan?
ReplyDeleteDia punya lumpur semakin hari semakin banyak.
Kalau dari tepi jalan, nampak dieorang buat tembok tak nak bagi lumpur ni melimpah.
Lupa dah pasal sejarah dia. Mind to share?
Yupp, lebih tepatnya di sidoarjo..
Deletekononnya pihak yg berkenaan suspect ada petroleum di sini..korek punye korek, sampai satu kedalaman mata gerudi tu patah dan pufffff, ramalan mereka salah sama sekli..13 kg dikawasan sekitarnya tenggelam..beribu2 org hilang tempat tinggal...paling best, sampai la ne pampasan tidak dibayar sepenuhnya (dan ada juga yg sesen pun tak dpt lagi) kepada penduduk yang terkena bahana ini.
sekian..(sebenarnya dah ingat2 lupa kisahnya hehehe)
kawasan ini ada mengeluarkan gas yang tidak elok ..tu yang ramai dah pindah
ReplyDeletemungkinlah nekcik..mungkin ada jarak tertentu yg dibenarkan bg membina penempatan di sekitar lumpur ini...
DeleteMaha besar Allah yg menjadikan sesuatu....
ReplyDelete" Mana satu nikmatKu yg kamu dustakan" ar Rahman
Semoga menjadi iktibar buat kita :)
betul tu kak..peristiwa ini menjadi pengajaran buat kita semua...
Delete