Part IV : Jatim ~ Dari Pantai Slopeng ke Pelabuhan Kalianget, Madura

Monday, June 24, 2013

Part III : Jatim ~ Madura, kami datang!!!

Dah lama sangat terperam...

Agenda pagi ini, Pantai Slopeng - Kalianget - Kota Sumenep

Pantai Slopeng

Celik mata pagi ini saya lihat di langit sudah pun berwarna-warni. Sunrise!! Nak keluar tak boleh sebab saya duduk ditengah. Jadinya, terkebil-kebillah sendirian sementara menantikan yang tersedar dari mimpi yang indah hehehe. Di mana kami saat ini? Oh ya, kami berada di halaman rumah orang berdekatan pantai Slopeng. Haru sungguhlah. Dah 2 malam tidur dalam mobil. Dari halaman rumah entah-sapa-sapa-entah, kami bergerak menuju ke pantainya. Jam baru 5.++am tetapi suasana di pantai dah pun meriah. Best pula dengan suasana seperti itu.

Hajat nak tengok sunrise tak kesampaian, tiba-tiba langit bertukar gelap dan nun di tengah lautan, hujan dah pun turun huhuhu.

 
Pantai Slopeng - sayangnya kurang diselenggara dengan baik. Dari sini ke Kalimantan dah dekat sangatlah.

 
Takut tengok awannya. Satu yang best kat sini ombaknya tak kuat dan pantainya landai.

Ray of light

Ne antara pengunjung pantai pagi tu.

Setelah puas di pantai dan kami bergerak menuju ke pekan berdekatan untuk mencari breakfast. Ne pun satu masalah juga, jenuh kami masuk ke dalam kampung tapi takde satu pun warung menjual sarapan. So nak tak nak kena berpatah balik dan ke pekan berdekatan untuk mencari kedai makan. Makan pagi bukan seperti di sini, takde yang ringan-ringan semuanya nasi berlauk. Kalau ada pun mee goreng yang patutnya dimakan dengan nasi tetapi awal pagi tak laratlah nak pekena nasi berlauk.

 
Madura terkenal sebagai pusat pengeluaran garam jadinya jangan terkejut kalau makanan di sini masin-masin belaka. Mujurlah kelaparan so, licin jugalah dalam masin-masin pun hehehe. 

Ok, perut dah kenyang. Perjalanan kembali diteruskan. Kali ini kami menuju ke Kalianget (Kali-a-nget). Apa yang ada di Kalianget? Entahlah, pantai lagi. Mungkin?? Perjalanan menuju ke Kalianget agak selesa. Jalan raya yang bertar dan di kiri-kanan kami penuh dengan sawah padi yang menghijau. Terasa damainya.

Madura dah moden ok. Kemudahan infrastruktur di sini berada di dalam keadaan yang baik.

Pelabuhan Kalianget

 
Haiwan turut dikenakan bayaran masuk - jangan main-main ok hehehe. Masuk pun bayar, nak keluar pun turut dikenakan bayaran.

Perjalanan menuju ke pelabuhan mengambil masa sekitar satu jam. Suasana yang meriah menyambut ketibaan kami seolah-olah ada perayaan tertentu pula yang sedang diraikan oleh penduduk tempatan. Masing-masing berjalan laju dan agak kelam-kabut; entah apa yang dikejarkannya pun tak tahulah. Nak cari jawapan mudah aje. Follow aje mereka. Berada sekali dengan mereka barulah kami tahu kemana destinasi mereka. Rupa-rupanya mereka sedang mengejar feri menuju ke Pulau Talango.

Tu dia, masing-masing berasak-asak nak naik ke dalam feri.

 
Ini salah satu contoh haiwan yang dimaksudkan oleh papan tanda bagi bayaran masuk hehehe. 


Pulau Talango? Apa yang ada di situ?

Satu yang kawan-kawan patut tahu, di Madura ini memang banyak makam-makam keramat. Di Pulau Talango itu sendiri terdapat sebuah makam yang dianggap sebagai keramat iaitu makam Sayyid Yusuf/Asta Sayyid Yusuf.

Sedikit info mengenai makam Sayyid Yusuf.

"Kononnya Asta Sayyid Yusuf ditemukan oleh Raja Sumenep, Sri Sultan Abdurrahman Pangkutaningrat saat ingin berangkat ke Pulau Bali sekitar tahun 1791 atau 1212 H. Dalam perjalanannya itu, Sri Sultan bersama pengikutnya dikejutkan dengan sebuah cahaya. Penasaran, Sri Sultan kemudian mendatangi jatuhnya sinar tersebut. Setibanya di lokasi, terdapat sebuah kuburan baru. Tidak lama, Sri Sultan bermunajat kepada Tuhan meminta petunjuk tentang kuburan tersebut, lantas secara tibatiba jatuh selembar daun yang bertuliskan ”Sayyid Maulana Yusuf Bin Ali Bin Abdullah Al- Hasani”. Nama tersebut oleh Sri Sultan ditulis di batu nisan kuburan baru tersebut. Hingga kini, makam tersebut diyakini sebagai kuburan seorang waliyullah (kekasih Allah) yang memiliki karomah tinggi. Sehingga, makam tersebut setiap harinya tidak pernah sepi pengunjung. Baik lokal maupun nasional, bahkan dari mancanegara" [maduraterkini.com]

Kami ditawarkan oleh pemandu boat untuk mengelilingi Pulau Talango dengan boatnya. Bayaran pun murah, satu boat sekitar Rp100,000. Tetapi melihatkan keadaan boatnya, kami langsung tak confident. Err bukan memperlekehkan keupayaan boatnya tetapi kawan-kawan lihatlah sendiri keadaannya. Life jacket pun takde. Yang ada cuma tayar yang digantung di tepi boat, err mungkin kalau berlaku kecemasan ianya akan digunakan sebagai pelampung penyelamat - kot.

 
Inilah keadaan boat yang digunakan untuk membawa pelancong/penumpang untuk bersiar-siar di Selat Madura atau ke Pulau Talango. Kalau lihat pada keadaan laut memang tenang; tak berombak pun tetapi kalau dah tak confident memang tak boleh buat apalah. Dahlah tu, kami ini semuanya tak pandai berenang. Kotlah apa-apa jadi...

Layan ajelah ye. Feri dibelakang tu juga menuju ke destinasi yang sama; Pulau Talango. Macam-macam ada atas tu; lembu pun ada tau.

 
Giler padat..

 
Itulah Pulau Talango.

Rojak buah, Rp3,000/bekas. Kuahnya kurang kena dan agak pedas. 

 Beca bermotor.

 Setelah puas di sini kami meminta untuk meneruskan perjalanan. Kali ini kami menuju ke kota Sumenep pula.

*bersambung

You Might Also Like

5 comments

  1. Subhanallah, cantiknya ray of light tu zilla

    err... bayaran masuk hewan lagi mahal dari orang tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..nak kira perkepala tak mampu tu yg mungkin derang up kan sikit bayaran tu berbanding manusia :D

      Delete
  2. zilla. letak pic ayam je? letak la pic si lembu yg taboo tu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe pic tu tak boleh tayang..mahal regenya :D

      Delete
  3. Hello Zilla, this coming to you from Canada....bahasa saya da la out of tune, sebelum Merdeka...but boleh faham 38%, ha ha and enjoyed reading thru your this very interesting posting.
    I love the well taken pictures....very sharp and vivid, macham 3D.
    I've never been there but thru your pics I know now.
    Very interesting trip you had.
    Have a nice day and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete

Subscribe