03.09.2014 : Mt.Cook - Dunedin via Lindis Pass @ State Highway 8
Tak nak menjahanamkan kenderaan yang disewa, kami hanya ambil gambar dari jauh ajelah. Nak menapak masuk ke dalam? Giler jauh tu. Dah lah sunyi sepi, macam-macam boleh jadi - membayangkan binatang berbisa je keluar dari balik semak huhuhu.
Hari baru. Kami akan bergerak menuju Dundedin dengan jarak 431km via Lindis Pass, salah satu scenic highway yang terdapat di NZ.
Perjalanan kami bermula sekitar jam 8.++am. Masak kami hari ini sebabnya minyak keretapi tinggal nyawa-nyawa ikan. Dari Mt.Cook kami terus bergerak ke pekan terdekat, Twizel untuk mencari pam station. Ngam-ngamlah sampai. Syukur takde adegan kena tolak kereta sebab tangki kosong huhuhu. Dari Twizel kami singgah dahulu di Lake Ruataniwha untuk ambil gambar (itu ajelah aktiviti utama sepanjang berada di sini).
"Lake Ruataniwha is located in the Mackenzie Basin in New Zealand's South Island. An artificial lake, it was formed as part of the Waitaki hydroelectric project. It lies on the traditional boundary of the Canterbury and Otago provinces with the town of Twizel 2kms to the north."[wikipiedia]

Rasa nak buat rumah sebiji tepi lake ne..

Southern Alps dari kejauhan..

Nak kata apa lagi??
Puas bergambar di sini, perjalanan kembali diteruskan. Belum pun panas montot, kami berhenti pula di High Country Salmon Farm, Twizel. Salmon farm di sini tidak sebesar dan seluas Mt.Cook Salmon Farm. Nak jalan-jalan disekitar sangkar pun tak boleh. Mereka cuma buka satu sangkar aje untuk tetamu rasai pengalaman bagi makan salmon. Jadinya, saya tak berapa nak teruja berada di sini (cuma teruja melihat aksi orang tu terpaksa telan salmon mentah hehehe). Lagi best layan aksi itik-itik dari layan salmon hehehe.

Masuk percuma.

Sebahagian sangkar yang ada - tapi tak boleh masuk.
Seronok lihat aksi gedik-manja itik-itik di sini.

Area ini sebenarnya tak boleh masuk, tapi ada kami kesah hehehe.
Salmon pun dah rasa, yang nak dijadikan lauk pun dah beli. Kami terus bergerak menuju Clay Cliffs. Namun sekali lagi montot baru nak panas, stop lagi untuk ambil gambar. Tak tahulah apa nama tasik ne. Kat mana pun saya tak tahu. Apa yang pasti tak jauh dari salmon farm.

Lake tak tahu nama - dah macam autumn lah pula suasananya..

Swan ditengah-tengah lake.
Jom teruskan perjalanan. Asyik stop aje bila nak sampai, ia dak??hehehe.
Makan-tidur-makan-tidur (sayalah tu hehehe), akhirnya kami ternampak signboard untuk Clay Cliffs. Signboardnya, alahai cinonet je. Kalau tak perasan memang terlepas. Cliff ini memang jauh ke dalam lokasinya. Jalannya pula tak bertar, berbatu dan berdebu. Kiri-kanan, memang ladang biri-biri. Uihh time ne rasa nak terkam sekor, sembelih dan buat kambing golek hehehe. Macam biasalah, bergambar tu wajib walaupun sekadar biri-biri.
Kambing pun heran dengan gelagat kami hehehe.

Muka sekor-sekor memang tak boleh blah :D
Cukup dengan biri-biri. Jomlah ke cliffs.

Dah nak sampai pun. Entrance fee adalah NZD5/car tapi kita perlu bayar di Information Centre di Omarama Hot Tubs. Fuhh, giler jauh tu. Takkan dah masuk pekan pastu nak patah balik, betul tak? Jadinya, dah alang-alang sampai kami teruskan jugalah . Ehh tapi jangan pula ingat kami tak bayar entrance fee tau.

NZD5 untuk entrance kami tinggalkan dalam box ini. Ampun, kalau cara ini salah huhuhu.

Dah bayar entrance fee, bolehlah masuk ke kawasan cliff. Tapi kena layan dirilah. Ada 2 gates kat sini yang kita kena buka dan tutup sendiri hehehe.

Yeayyy dah sampai. Waktu ini matahari memang tengah terpacak atas kepala. Panas menyengat, sakit kepala dibuatnya.
Keluar dari kereta, sekali ternampak...

Punah harapan nak buat aksi ala hidustan kat clif huhuhu
Tak nak menjahanamkan kenderaan yang disewa, kami hanya ambil gambar dari jauh ajelah. Nak menapak masuk ke dalam? Giler jauh tu. Dah lah sunyi sepi, macam-macam boleh jadi - membayangkan binatang berbisa je keluar dari balik semak huhuhu.

Zoom ajelah..

Zoom semaksimum boleh...
Lokasi kami seterusnya, Elephant Rock.
*bersambung
























