Pages

Wednesday, May 9, 2012

Trans Java 2012 : Part II (Day 2)

29.04.2012 : Bromo - Arung Jeram - Bondowoso

Trans Java : Part I

2.00am saya sudah pun terjaga gara-gara alarm di handphone dok melalak-lalak melaungkan lagu My Heart Will Go On - aduhh rasa nak lempang aje Celine Dion hehehe. Mata masih mengantuk, saya sambung tidur dan terjaga semula jam 3.30am. Bersihkan diri dan mengejutkan teman-teman yang lain dan sekitar 4.00am kami bergerak menuju ke Penanjakan 1 untuk melihat sunrise dengan menaiki jeep. Untuk pakej ini, kami diminta membayar sebanyak Rp450,000/jeep dan dikenakan extra charge sebanyak Rp150,000/jeep untuk turun ke savannah dan pasir berbisik.

Sebenarnya, kalau nak jimat boleh sahaja menapak ke Penanjakan 1 tanpa mengambil pakej yang ditawarkan oleh mana-mana travel agent. Beberapa hari sebelum bertolak, Ganda (kenalan saya di Surabaya) telah meng'email'kan kepada saya secara detail laluan yang perlu diambil tetapi ialah segala keputusan perlu mendapat persetujuan dari teman-teman yang lain. Masa pun takde, maybe next year kami boleh mencuba laluan tersebut - terima kasih Ganda kerana banyak berkongsi tips dengan saya.

Kondisi jalan ke Penanjakan 1 agak mencabar berbanding Penanjakan 2. Tiba dipertengahan perjalanan menuju ke viewpoint, kami dan yang  lain tersangkut  kerana terdapat kenderaan yang terbabas di atas dan menghalang laluan kenderaan lain untuk meneruskan pendakian. 30 minit tersadai di situ, selamat tinggal untuk sunrise huhuhu. Frust tetapi mungkin dah takde rezeki - benda dah nak jadi, nak kata apalagi, kan? Supir memberi cadangan untuk berpatah balik dan kami pun terpaksa bersetuju kerana sepertinya sudah tiada pilihan lain buat kami. Sementara menunggu kenderaan2 yang ada di belakang kami berpatah balik, tiba-tiba laluan ke atas dibuka untuk laluan. Yuppp , kenderaan yang terbabas itu sudah berjaya dialihkan. Alhamdulillah, kami terus berlari menaiki jeep. Perjalanan yang tadinya tertangguh berjaya juga diteruskan . Takpelah tak dapat nak lihat sunrise pun sebab saya ada beberapa lagi tempat yang bakal disinggahi hanya kerana ingin memburu sunrise (ayat penyedap hati)..


Serius, terasa seperti berada di satu daerah yang baru. Kabus menyelebungi setiap tempat, saya betul-betul kagum.

Semeru dibelakangnya yang kadangkala terbatuk-batuk.

Lama kami lepak di situ, bergambar dan terus bergambar. Setelah masing-masing kembali ke dunia nyata (yelah, dok bergambar sampai lupa diri walhal masa takde nak berlama-lama di situ hehehe), destinasi seterusnya adalah Padang Savannah. Wow, pemandangan sepanjang perjalanan memang tak tergambar dengan kata-kata. Diri terasa kerdil.



Di satu sudut saya terasa seperti berada di NZ dan bila saya berkalih tempat tiba-tiba saya terasa seperti di gurun; tandus. Salah satu tanda kebesaran Allah.

           
Yellow Edelweiss..

   
Wild flower @ Savannah

               
 Ada juga yang berniaga di sini. Masing-masing kelaparan dan kedinginan, Pop Mie Bakso menjadi pilihan.

Dari savanah, kami menuju pula ke Pasir Berbisik. Jangan ditanya bagaimana bunyinya kerana yang kedengaran hanyalah bunyi dari jeep yang lalu-lalang dan suara pengunjung - ya mungkin kalau suasananya bertukar menjadi sepi akan kedengarannya bunyinya ;-)





Sebentar aje kami di Pasir Berbisik kerana kami kesuntukan waktu. So, kami ambil keputusan untuk kembali ke hostel untuk breakfast Rp35,000/person dan check out untuk menuju ke Arun Jeram untuk membuat water rafting.
*bersambung

37 comments:

  1. wow...great pictures! sekarang terasa rindu dengan keindahan Bromo..

    ReplyDelete
  2. subhanallah.. cantiknyaaaaaa view!!

    ReplyDelete
  3. hanie, mmg superb!!mesti pergi...

    tasyha, apa pulak tak berani.cuma kena tgk date betul2; make sure jgn musim hujan, haru nanti hehehe

    ReplyDelete
  4. Subhanallah cakep betul pic nya... jadi pengen kesana...

    ReplyDelete
  5. aku dah survey.. bulan yang kite rase plan nk pegi tu, mmg tgh cun.. langit clear.. July until October paling elok nk pegi..

    insyAllah.. ada rezeki, kite pegi..

    ReplyDelete
  6. Hi Zilla! Gi Bromo ni bile? 30/4 ritu, me and gang pun ade kat Penanjakan and Bromo gak. Haha. Tapi kitaorg tak g savannah n pantai berbisik ni. nasib jmpe ur blog post ni, dpt gak tengok :)

    ReplyDelete
  7. tasyha, ok2..tadi aku terbaca ada team buat trip ke sana tapi bulan june Rp350k/person..murah atau mahal??

    Yasmin, hi2!!hehehe..
    saya berada di sana 28/4 - 29/4..nampak gayanya tak berselisih kita hehehe..awat tak turun??rugilah..

    ReplyDelete
  8. Hehe..niat dihati kami mmg nak turun, tapi guide kitaorg ckp kena add-on price pulak sbb tak termasuk pakej yg kitaorg pilih which is penanjakan-bromo-madakaripura waterfall- ijen. rase2 kalo p singgah savannah smua, mau terlepas waterfall pulak. tapi takpe dah share your post yang ni to my friends. derang cakap you took really awesome pictures :)

    ReplyDelete
  9. Yasmin, berapa harga pakej yang mereka bagi ya?untuk pakej transport bromo-arung jeram-ijen-probolinggo including hostel, mereka offer Rp450k/person.Yupp, kalau ke turun ke savanah memang tak sempat ke madakaripura; boleh leka disitu..

    *tq..jgn lupa share pic madakaripura dlm ur website ye.tak dapat pergi, dpt lihat pic pun, oklah :)

    ReplyDelete
  10. Cantiknya gambar2 kat savannah tu Zilla.. sayang x berpeluang ke sana. pemandangan Bromo yg berkabus tu pun cantik sgt... x mendaki ke kawah bromo ka?

    ReplyDelete
  11. gambar yg gunung berapi tu betol2 cantikkk! subhanaALLAH...langit pun biru. great shots!

    insyaallah, sy nnt pun akan ke bromo bulan 11 nnt. heheh. thank you for the info! ;)

    ReplyDelete
  12. pics tu cantiklah zilla.. tak terucap dgn kata2... so awesome

    ReplyDelete
  13. Hanani,memang disengajakan utk tidak mendaki ke kawah sebabnya I'Allah coming soon nak ke sana semula bawa orang yang tertinggal tempohari hehehe...

    John, tq2..setahu saya bulan 11 tu dah masuk musim hujan di tanah jawa..jadi hati2 ya..

    anne, terima kasih.ini sahaja yang mampu kamera saya rakamkan.hakikatnya tempatnya memang superb, tak tergambar..

    ReplyDelete
  14. Ya Allah... cantiknya bumi Allah... tak sangka, di negara sebelah je ada pemandangan cantik macam tu.

    Nampak gaya, kena banyak mentelaah dan berjalan lagi la ni. byk lagi tempat2 di bumi Ilahi yang belum berkesempatan utk jejak.

    btw, nanti boleh mintak tips ya!! hehe

    ReplyDelete
  15. PM, negara seberang memang sangat menarik utk di explore cuma kena kerja keras sedikit untuk buat research sebab kadangkala info2 yg kita perlukan tiada dalam LP.jadinya kena rajin blogwalking ke blog2 dari sana...

    jgn risau, tip2 akan disertakan disini ;)

    ReplyDelete
  16. Cantiknya gambar gunung ganang tu!
    My brother dulu study kat Surabaya.
    Pernah melawat dia di Surabaya tapi tak sempat ke Bromo.
    Cuma sempat petik epal kat Malang.

    I suka sgt POP Mie !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tk,memang sangat cantik.View yang tiada di tempat kita; salah satu alasan knapa saya suka travel ke sana..

      Saya doakan, satu hari nanti ada rezeki utk TK kembali ke Surabaya dan langsung ke Bromo..

      *me too..sedap dan murah hahaha

      Delete
  17. Zilla, keren gambarnya.
    Saya pengen banget ke Bromo. Hiks..hiks..
    Napa tak kabari saya before :)
    Saya sekarang ada di Bandung sedang penelitian di sebuah hospital (RS. Cicendo).
    I'll hope we can meet together again

    ReplyDelete
    Replies
    1. Evi, terima kasih. Saya ada menyapa Evi di ym tetapi tiada balasan huhu.I'Allah akan kembali ke Bromo, sudah confrm datenya, I will tell u. Di bandung? Ya Allah, kalau saya tahu Evi ada di Bandung sure saya akan cari Evi. Gayanya tiada rezeki untuk kita ketemu, ya Evi?huhuhu..

      *Amin..miss u, Evi

      Delete
  18. Lawanya gambar n view..pakai lens ape ek amek gambar bunga tu. Plan nk g sini gak bulan 10 ni, so boleh la buat reference blog ni,hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh Pijah, kemana aje tu plannya? Owhh utk bunga tu saya pakai lens biasa aje, 18-55mm.

      Delete
  19. Pic mr.bromo sangat hensom n bunga lalang tu amat cantik..sgt envy kamu. tah bila dapat saya jejak bromo tu. keep writing sbb travelogue kamu menarik tertarik untuk di follow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dyldyla..tang mana yang hensem tu ye?hehehe..
      I'Allah truskan bermimpi, satu hari nanti pasti mimpi awak akan jadi kenyataan...

      *tak lari bromo dikejar :D

      Delete
  20. tang viewnya lah.. Hikhik.. tengah cuba jalan kejar la ni tapi tak sampai sampai lagi.. Hikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. keh3..takpe2, biar lambat asal selamat sampai :D

      Delete
  21. dari last week hari hari dok belek blog awak ni, impian nk back pack belum terlaksana , magnificent vieww, jelesnyeeee,ade sesapa nk wat trip ke sana end year or early nxt year nk join lahhhhhhh ;-)

    ReplyDelete
  22. dari last week hari hari dok belek je blog awak ni, jeles la sbb xpdt back pack cam u n the geng, magnificent view, waaaahhh nice ye ade sesapa nk p sini ke dlm end year or early next year ?nk join la :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fauzus, tidak ada apa yang perlu dijeleskan.awak pun boleh lakukan perkara yang sama :)

      Delete
  23. Replies
    1. amin :)

      * waktu paling sesuai utk ke bromo sekitar bulan april - oct (dry season).

      Delete
  24. keren keren fotonya.. kapan2 kalo ke indonesia ajak2 saya yaa,... haha

    ReplyDelete
  25. Miftahul Rozak, terima kasih..ya bisa aje hehehe..

    ReplyDelete
  26. salam,
    kalau nak ambik pakej ke bromo ni mcmna, perlu booking online dulu ke atau time kat sana baru ambik..?boleh bagi detail pakej awk tu

    ReplyDelete
  27. Hi Anoynmous..

    Saya tak ambil pakej..saya cuma ambil supir untuk ke arun jeram dan ijen sahaja dari cemoro lawang..selebihnya saya gerak sendiri..maybe awak boleh call/sms pak ecot, tanya dia macam mana...

    ReplyDelete