2.00am, kami perlu bergerak menuju ke kawah Ijen untuk melihat blue fire. Ini bermakna kami cuma ada masa lebih kurang 2 jam lebih sahaja untuk melelapkan mata. Persoalannya, mampu ke masing-masing nak membuka mata dan menapak pagi-pagi buta menuju ke kawah? Bila melihat keadaan teman-teman yang 'pengsan' sebaik sahaja bertemu bantal dan keadaan diri saya sendiri yang sudah mulai sakit-sakit, terasanya keyakinan tu memang takde. Sekitar jam 1 lebih, dengan bantuan alarm dari handphone saya gagahkan diri untuk bangun walau terasa payahnya. Berbincang dengan teman-teman, akhirnya atas persetujuan bersama kami telah menukar plan dari 2.00am ke 4.00am. Tak mengapalah tak dapat tengok blue fire. Yang penting sekarang keadaan diri kembali ok.
Kami sedar semula sekitar jam 3.30am dan terus bersiap. Di luar pula, hujan turun dengan agak lebat. Sebelum perjalanan diteruskan, kami breakfast terlebih dahulu. Menu yang sangat simple dari pihak hostel; roti yang disapu butter dan coklat rice berserta sebiji telur rebus untuk setiap seorang. 4.30am, kami bergerak meninggalkan hostel untuk menuju ke kaki Gunung Ijen, Bondowoso.
Saya tak tahu berapa lama perjalanan, sedar-sedar dah pun sampai. Cuaca memang dingin. Kami diminta oleh supir untuk mendaftar dan membuat pembayaran masuk tetapi tak tahulah di mana officenya, bayangnya pun tak nampak. Jadinya, kami meneruskan perjalanan mengikut trek sedia ada tanpa membuat pendaftaran. Waktu itu, memang kami bertiga sahaja dan perlu menapak dalam 3km sebelum tiba di kawah. Serius, kami tak sangka perlu menapak sejauh itu. Ingatkan turun dan nahhh, kawahnya tetapi sebaliknya. Saya tak bersedia!! Treknya agak bagus cuma part yang tak best sebab perlu mendaki. Semput dibuatnya. Malas nak terkejar-kejar, kami santai aje. Oleh sebab itu, kami mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke kawah hahaha!!
Oh ye, dalam perjalanan menuju ke kawah kami bertembung dengan mereka yang bergerak sekitar jam 2.00am. Dari apa yang disampaikan, suasana pagi tersebut agak mengecewakan; blue fire tidak kelihatan kerana kabus/kabut terlalu tebal. Kawah juga tidak kelihatan. Alhamdulillah, ada hikmahnyakan kami menukar plan hehehe. Kami masih berharap untuk berpeluang melihat kawah kerana kabus pagi itu memang tebal dan kami basah lencun kerana berhadapan dengan 'hujan kabus'. Bukan tak bawa baju hujan, ada tetapi tak sanggup nak pakai kerana teman-teman yang lain terlupa untuk membawanya - susah dan senang, biarlah bersama-sama.
Dengan keadaan 'hujan' yang semakin lebat, kami gagahkan jugalah untuk mengeluarkan kamera masing-masing. Rosak atau tidak, belakang kira, yang penting dapat snap pics hehehe. Memang tak nak apa; bayang kawah pun tak nampak huhuhu. Kami stay di tebing kawah beberapa ketika hingga dengan tiba-tiba kabut yang menyelubungi beransur menghilang. Alhamdulillah, memang rezeki kami. Sayangnya, kami dan pengunjung yang lain tidak dibenarkan untuk turun ke tebing tasik kerana status Ijen pada waktu itu masih di bawah tahap waspada dan gas yang terhasil agak merbahaya. Takpelah, dapat lihat dari jauh pun, kami dah bersyukur sangat-sangat.
Layan pics
Puas bergambar, kami mengambil keputusan untuk turun. Sekali lagi, 'hujan kabus' menyelebungi kami; kesejukan dan kelaparan. Mujur ada sebungkus biskut dan sebungkus coki coki dalam beg, itulah yang kami share bersama-sama. Perjalanan turun juga mengambil masa 2 jam. Tiba di kaki gunung, sekali lagi hujan turun; lencun!!! Saat itu, saya cuma berharap masing-masing tidak jatuh sakit kalau tidak memang harulah.
Kami kembali ke hostel untuk membersihkan diri dan check out sebelum kembali semula ke Probolinggo. Kali ini kami minta pihak hostel menyediakan lunch untuk kami berempat dengan harga Rp118,000.

Betul tak yang saya katakan, tak nampak apa..
Semakin lama, kabut makin menghilang.. Perasaan agak teruja saat ini..
Yeayyyy!! Impian setahun lepas dah jadi nyata. Alhamdulillah, rezeki kami. Tidak lama selepas itu, keadaan kembali berkabut..
Kembali berkabut..
Puas bergambar, kami mengambil keputusan untuk turun. Sekali lagi, 'hujan kabus' menyelebungi kami; kesejukan dan kelaparan. Mujur ada sebungkus biskut dan sebungkus coki coki dalam beg, itulah yang kami share bersama-sama. Perjalanan turun juga mengambil masa 2 jam. Tiba di kaki gunung, sekali lagi hujan turun; lencun!!! Saat itu, saya cuma berharap masing-masing tidak jatuh sakit kalau tidak memang harulah.
Kami kembali ke hostel untuk membersihkan diri dan check out sebelum kembali semula ke Probolinggo. Kali ini kami minta pihak hostel menyediakan lunch untuk kami berempat dengan harga Rp118,000.
Sangat sedap ok, paling sedap Indomee Goreng tu hehehe
Perjalanan pulang ke Probolinggo, saya pengsan gara-gara ubat mabuk yang saya
ambil. Giler kuat ubatnya, mamai saya dibuatnya. Sedar dalam erti kata yang sebenar, bila van sudah memasuki Probolinggo. Mulanya, supir mencari minivan buat kami untuk pulang ke Surabaya tetapi yang ditemui semuanya sudah penuh, jadinya kami diturunkan di terminal bus Bayuangga. Kali ini kami mengambil bus (aircond) dengan tambang Rp23,000/person. Lebih kurang 2 jam perjalanan, tiba di terminal bus Bungurasih. Kami sesat di sini kerana mencari pintu keluar dan atas bantuan guard di situ akhirnya berjaya juga mencari pintu keluar yang kami kehendaki. Dari terminal bus kami ke gerai bakso (dibawa oleh forumer Mr. Wong) untuk dinner. Lapar sangatlah, dan bakso yang dihidangkan sangat sedap ok. Settle makan, kami mencari-cari budget hostel untuk kami menginap malam tersebut dan akhirnya kami (yang perempuan) tersadai di Hotel Kenango (Rp225,000/room) manakala Anhar (our hero) menginap di Sparkling Backpacker Hostel dengan harga Rp105,000/room.
*bersambung untuk hari terakhir di Surabaya.
Sekali lagi Subhanallah.....^_^
ReplyDeleteyang ni dekat dengan bromo tue ke?
ReplyDeleteMita, Yupp.Indah sekali ciptaan Allah...
ReplyDeleteMasZuber, tidak. Ijen ini jauh dari Bromo..dari Bromo ke Bondowoso ambil masa 5-6jam perjalanan manakala dari Bondowoso ke kaki gunung Ijen ambil masa lebih kurang 1/2jam..
Dari bromo memang ada bus ke ijen? sebab saya jln sendirian
DeleteKawah ijen yang sangat menyeksakan.. hhehhhee.. cmane nk panjat gunung coming soon nih? aku risau jadi cam kes mulu.. hahhhahaa..
ReplyDeleteperistiwa 'selamat pagi' sangt kelakar..aku x kan lupe wajah mamat kacak tu.. kekkee
hahaha..aku pun dok terpikir benda yang sama..mampu ke aku?tak kire apa pun jadi, aku tetap nak tawan puncak tu beb hehehe
ReplyDeletewoittt, aku tak tahu mana nak sorok muka saat tu..tak pernah rasanya seumur hidup aku termalu sampai macam tu sekali hahaha..
lagi satu, ko ingat tak kita pakat mencanak lari bila yana kata ada babi utan..walhal tu bunyi ayam hutan sedang berkokok hahaha!!ngiler lah (bak kata anhar) :D
*belum masuk bab jogja lagi..tu aku tak nak citer apa2 hehehe...
Zila, seronoknyaa baca pengalaman Zila, wa memang teringin nak pegi sini ....jelesnyaaa....:(
ReplyDeletesandwich yang disapu butter and cekelat rice tu susah betul nak telan, nasib ada kawan bwk maggie cup. sesah maggie jugak sedap pagi2.mase kitaorg naik Ijen ritu ternampak ade this French kid yang naik Ijen gak, kasi roti tu kat seekor kucing kat pit stop timbang belerang kat atas Ijen. Hehe.my part of the roti, last skali terpaksa masuk tong sampah. huhu.
ReplyDeletealhamdulillah, masa kitaorg daki Ijen on 1/5 ritu, cuaca sangat baik n cerah. memang berkabus gak dekat kawah tu, tapi kitaorg bersungguh tunggu smpai kabus clear n dapat la amik gambo smpai rase takmau turun. tak puas nak snap pictures.
Zilla, kalau u nak training untuk next hiking trip, Broga Hill kat Semenyih is the best place to do it. I would say, panjat Broga lagi pecah peluh, semput, lenguh kaki dan sebagainya drp panjat Ijen. Hehe
Arghh..memang jeles. Teringin nak tengok dengan mata sendiri!
ReplyDeleteCoki-coki...kita serupaaa! Hehe..
wahh.. lepas baca entry ni rasa nak repeat Surabaya lagi, hari tu tak sempat ke Ijen :/
ReplyDeleteapa pun, macam biasa amazing photos! :D
Wa, tqvm kerna sudi membaca.hopefully, one day wa juga akan berpeluang ke sana.jgn risau, tak lari bromo dikejar hahaha
ReplyDeleteYasmin, wahh sadis tu hahaha.pada saya roti tu ok lagilah sebab saya pernah makan makanan yang lebih teruk dari itu.cuma part telur rebus tu memang saya tak pandai nak makan begitu sahaja.3 hari saya simpan dalam beg dan ke dalam tong sampah juga akhirnya hehehe
owhh, memang teringin nak ke Broga tu tapi takde geng.nk p sorang2, tak sangguplah hehehe.actually, this trip saya bkesempatan mendaki di Gunung Papandayan..tunggu!!! hehehe
niL, apa lagi cepat2 rembat tiket.hehehe.paling best,dari bulan April hingga Oktober (kalau tak silap saya) sebab cuaca baik.
coki-coki tu wajib!hehehe
Et,saya pun nak repeat.ada beberapa tempat di Jawa Barat yang saya teringin nak explore..I'Allah kalau ada rezeki hehehe..
*tq2..pics yang biasa aje tu...
salam perkenalan ziela.. wow kawah ijen,,.. cukup ke pakej 4h 3m .nak tawan bromo dan kawah ijen ,huhuhuhuhu... mintak2 dapat lah .tqvm share for the info
ReplyDeletesalam perkenalan azu..4h 3m?more than enough..semalam di bromo after sunrise dan sebagainya boleh terus gerak ke bondowoso uk ijen..semalam di situ..selepas ke kawah, terus gerak ke destinasi berikutnya..tapi kalau nak lepak2 di bondowos 2mlm pun ok.blh explore kawasan sekitar :)
Deletesalam...saudari zilla blh bg info x klu sy dari jogja nk ke mt.bromo dan ijen..tq
ReplyDeletesalam ayunik
ReplyDeletesaya cuma pernah guna train. kalau train ada 2 cara samada jogja-malang-tumpang-bromo atau pun jogja-surabaya-probolinggo-bromo..biasanya orang guna jalur yg ke-2 kerana transportnya lebih mudah berbanding malang dan tumpang.
utk ke ijen pula, turun dari bromo boleh aje ke ijen samada ambil supir atau ambil train.kalau train dari probolinggo terus ke ketapang.dari sana ambil mobil utk ke ijen..
moga membantu ya :)
salam
ReplyDeletesaya ingin tau ada trip dari bromo pergi kawah ijen,lepas kawah ijen pulang ke surabaya?
atau bus dari bromo pergi kawah ijen?
Hi izz
ReplyDeletebila nak pergi ijen tu?kalau dlam masa yang terdekat ne sila batalkan sebab kondisinya tidak bagus..
sebentar saya cari note sya utk detailnya..
Izz, kalau nak ambil supir boleh contact no ini Ecok : +6281999162219
ReplyDeleteEmail : yeollistyo@xl.blackberry.com
tetapi kalau nak gerak sendiri guna public transport, boleh juga tetapi agak mencabar sebab paham2lah keadaan di sana bgmna..
dari bromo ambil elf ke Probolinggo.kemudian ambil bus/train jurusan banyuwangi.dari bayuwangi ambil angkut ke bondosowo dan kemudiannya ambil ojek ke pos patulding.ada simple penginapan di patulding yang kita boleh sewa..
moga membantu..