Semeru : Persediaan awal (Part I) ~ doc yang perlu ada

Wednesday, April 16, 2014

Jangan tanya bila. Jika saya diperlukan, Insyallah sampailah jika tidak menyimpang ke arah lain. Mungkin ke Pacitan, mungkin ke Dieng dan mungkin juga kembali ke plan asal, Taiwan. Ikut ajelah mana kaki melangkah..

Semeru - ini bukan misi untuk mendaki ke puncak Mahameru. Tak sanggup dan bukan mudah mendaki di gunung berapi. Berganda kudrat diperlukan untuk tiba ke puncaknya. Namun, kami/mereka ada tujuan lain selain dari puncak ini. Ke mana, tak perlulah saya kongsikan di sini. Tidak seperti Rinjani yang prosedurnya jauh lebih simple (hanya perlu mencatatkan detail di dalam buku dan membayar wang masuk), pendakian di trek Semeru ini jauh lebih remeh walaupun hanya berhasrat untuk mendaki hingga ke Ranu Kumbolo sahaja. Permit diperlukan namun beberapa dokumen penting perlu disediakan sebelum ianya boleh diperolehi di hari kejadian :

a) Surat keterangan doktor
Luaran kadangkala tidak menzahirkan dalaman seseorang. Syarat utama untuk premit mendaki adalah surat keterangan doktor. Saya sendiri sebenarnya agak keliru, surat bagaimana yang diperlukan oleh pihak BTS? Takkan sampai nak kena p buat x-ray kot (dah macam prosedur nak lapor diri di gomen pulak ne)? Sedetail manakah ia? Sample untuk surat keterangan doktor dari pihak BTS tidak berjaya saya perolehi. Setelah berkali-kali berbalas call dan sms dengan dengan pihak BTS, akhirnya persoalan saya terjawab. Memadailah dalam surat itu menyatakan kalian berada di dalam status terbaik dan bebas dari penyakit. Surat doktor ini boleh dilakukan di tempat masing-masing, tak perlu nak buat di Indonesia (jenuhlah pula nanti, kan?).

b) Meterai Tempel
Apa benda pula ne?? Meterai ini lebih kurang macam setem hasil (boleh google sendiri untuk rupanya). Nilainya pun ada pelbagai, tetapi untuk permit Semeru, Meterai bernilai Rp6,000 diperlukan. Tak perlu banyak, satu group cuma perlu lampirkan sekeping sahaja. Mana boleh dapat Meterai ini? Petugas mencadangkan kepada saya, cari aje di Malang. Boleh pula macam tu, kan?? Dahlah time tu public holiday, buka ke kedai Meterainya?huhuhu. Atas bantuan Mr.Wong dan Irdhi, info yang saya perolehi Meterai ini boleh diperolehi dari pejabat pos, alfamart dan pusat fotokopi di sekitar Indonesia. Maksudnya, tak perlulah nak tunggu tiba di Malang baru boleh dapat Meterai..

Kenapa diperlukan Meterai ini? Meterai ini lebih kurang seperti 'kontrak mati' (bak kata irdhi). Maksudnya apa-apa yang berlaku disepanjang tempoh pendakian adalah berada di bawah tanggungjawab kita, pihak BTS tidak akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Konsepnya macam setem hasil jugalah.

c) Bayaran masuk
Ini wajiblah kan?

d) salinan passport

Jadinya, make sure lengkap semua doc yang diperlukan untuk memudahkan urusan permit. Kalau tahun lepas, permit boleh kita book secara online tetapi tahun ne website tu pun dah tak wujud. Tak tahulah kenapa. Permit untuk satu-satu hari juga adalah terhad, siapa cepat dia dapat. Apa pun sebelum merancang untuk mendaki di Semeru make sure check dulu dengan pihak BTS samada trek dibuka atau pun ditutup kepada pengunjung. Buat makluman bersama, buat masa ini trek masih lagi ditutup. Katanya akan dibuka pada 1 Mei ini. Harap-harap benarlah kalau tidak, habis..

Taman Nasional Bromo Tengger Semeru
Jl. Raden Intan No.6, Malang, Indonesia
Tel : +62341491828

You Might Also Like

22 comments

  1. Assalam...
    Ranu Kumbolo cantik betul...5 cm.

    ReplyDelete
  2. semenjak film 5cm saya jadi ingin sekali ke bromo, ooh ternyata masih di tutup,, emang gunung berapi paling aktif dan pemandangannya paling best

    ReplyDelete
    Replies
    1. mas dede, saya baca katanya jun ini ada jazz bromo di sana...ayuhlah..lihat videonya ingin sekali turut serta tetapi datenya udah trlalu dekat dengan Ramadhan, tidak bisalah ikuti...

      jalur ke semeru, ia masih di tutup..tidak tahu bila mau dibuka huhuhu

      Delete
    2. eeh zila maksudku abis nonton 5cm ke semeru hahaha.. bromo lagi cantik aku tak jadi kesana sebab gunung kelud meletus jadi cancel :(

      Delete
  3. Belum pernah ke Bromo dan Semeru, cuma pernah lihat keindahan gunung semeru di film 5 cm.

    ReplyDelete
  4. semeru... aihhh nak ikut nak ikut.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aihhh, date itu bukan ke Dieng ke?? :D

      Delete
    2. iya dieng tgl 26-28.. nak join ? hahaha

      Delete
    3. racun lagi hahaha..date itu kan saya ada di sawarna...tak blh nak ikut huhuhu..next time Insyallah ;-)

      Delete
    4. hahahah.. punthuk setumbu insya Alloh sampai zilla...haha

      Delete
  5. thanks for the info Zilla..
    mmg duk ushar jugak semeru ni, semuanya gara2 5cm... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. no hal, lah anne dan selamat merancang perjalanan ke semeru...

      Delete
  6. bila nak naik Semeru? nak join bole? haha

    ReplyDelete
  7. akak belum pernah ke surabaya dan bromo...insyaallah memang impian ke sana. Baca blog zilla aje lah...

    ReplyDelete
  8. wanita perkasa dengan surat "kontrak mati" di tangan...:D

    ReplyDelete
  9. tak sanggup ler nekcik nak ikut..tak dayo den

    ReplyDelete

Subscribe