Journey to heaven 2014 (Day 8) : Queenstown - Christchurch ~ Nakedbus
Monday, October 27, 201407.09.2014 : South Island, NZ - Melbourne, OZ
Last day di South Island.
Berdebar-debar harini. Maklumlah saya dimomokkan dengan cerita 'naked' dalam nakedbus hehehe. Janganlah ada yang buat kerja giler macam tu; harus ada yang pengsan nanti.
****
****
Bangun seawal mungkin harini. Bersedia untuk perjalanan yang panjang.Sempat layan breakfast dengan teman-teman. Breakfast terakhir bersama mereka. Sedihnya.. Dalam jam 8.00am kami terus berangkat ke Athol Street Bus Stop di mana di situ saya akan menaiki bus sendirian menuju ke Christchurch.
Buat makluman kawan-kawan, kalau nak travel sekitar South Island tiket bas memang kena beli dari awal dan secara online. Harganya pula, berubah-ubah dah macam tiket flight. Makin dekat dengan tarikh berangkat, makin mahal lah harganya. Untuk nakedbus, kena rajin masuk website mereka untuk dapatkan tiket semurah NZD1. Saya sendiri tak bernasib baik pun nak dapat harga semurah itu, beli pun seminggu sebelum berangkat. Harga tiket yang saya dapat adalah NZD39.99/one way dan ibila dah campur tax menjadi NZD44.98! Seumur hidup, Inilah tiket bas termahal penah saya beli! Lagi satu yang kawan-kawan perlu tahu, pembelian perlu menggunakan credit card, debit card memang tak diterima. Untuk luggage pula, kalau kawan-kawan ada 3-4 biji bag wajib beli luggage; serupa nak naik flight kekdahnya huhuhu.
Sila print dan bawa, nanti derang akan tengok.
Tepat 8.30am, selepas sesi briefing (jangan memain hehehe) kami berangkat menuju ke Christchurch. Perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 9 jam. Driver bus pagi ini sebiji mukanya macam Chef Gordon Ramsay, namanya, serius lupalah. Dari Queenstown kami menuju ke Wanaka untuk mengambil penumpang. Di sinilah saya berkenalan dengan Rini dan husband yang berasal dari Palembang dan sedang menuntut di University of Waikato. Jenuhlah layan sembang dengan mbak Rini; sekurang-kurang dapat saya lupakan rasa sedih. Bila bas mula memasuki Mackenzie District, masing-masing mula 'panjang leher'. Mana taknya, di kiri kami view Lake Pukaki begitu jelas kelihatan tanpa sebarang kabus atau awan. Oleh kerana masing-masing dok kecoh dengan view diluar driver berhentikan bas dipinggir jalan dan bagi kami masa 15 minit untuk ambil gambar. Apa lagi, masing-masing semua berkejar turun. Syok pula tengok gelagat memasing hehehe.
Lake Pukaki - fuhh memang mencengkam jiwa view kali ini. Clean & clear dari sebarang gangguan.
Sayup kelihatan, Mt.Cook.
Inilah bus yang saya naiki. Driver pun hilang, p ambil gambar kat lake hehehe.
Perjalanan kembali diteruskan. Kali ini kami singgah di Lake Tekapo untuk lunch. Di sini kami diberi masa sekitar 35minit. Di Lake Tekapo kami dimaklumkan oleh klon Chef Gordon, driver akan bertukar. Beliau akan kembali ke Queenstown dengan bas yang lain manakala bas yang kami naiki akan dikendalikan oleh driver baru. Hentam sajalah, janji selamat sampai di CHC huhuhu.
35minit yang ada saya isikan dengan berjalan ke Lake Tekapo dan menulis postcard. Untuk alas perut yang dah start berkeroncong saya cuma beli hot chocolate dan kunyah epal yang dibekalkan oleh kawan-kawan. Jadilah, dari takde.
Subhanallah - ini antara view yang paling saya rindukan.
Yang sayup kelihatan, itulah Church of the Good Shepherd.
Lake Tekapo, sangat tenang suasana tenghari ini.
Burung camar memang banyak giler di sini. Pantang baling makanan berduyun datang..
Panjang umur, kita akan ketemu lagi...
35minit berlalu, perjalanan kembali diteruskan. Kali ini saya habiskan masa dengan membuter. Penatg weiii.Sedar-sedar, bus dah menghampiri Christchurch. Plan asal ingat nak jalan-jalan di city pastu ambil bus ke airport. Bila lihat jarum jam dah mencecah 5.00pm, sah tak sempat. Nak tak nak, memang kena turun di airport (bus akan menuju ke airport terlebih dahulu sebelum ke city).
Dari bus stop ke departure hall kena menapak dalam 10 minit. Tengok jam, alamak macam dah kelam-kabut sangat ne. Nak pekena burger di burger king pun dah tak sempat. Nak tak nak, kenalah kunyah saki-baki epal yang ada huhuhu. 8.35pm, saya berangkat menuju ke Melbourne dengan Jetstar dan tiba di Tullmarine sekitar jam 10.20pm. Alhamdulillah, sekali lagi urusan di imigresen berjalan dengan mudah. Malam tu saya tidur di airport sambil menahan gastrik. Gilak!! Menonggeng sakitnya..
Mimpi ngeri, sejuk beku!
Info tambahan:
Selain dari nakedbus, boleh juga lihat Intercitybus yang menghubungkan beberapa lokasi menarik di sekitar South Island. Untuk tiket, konsepnya sama juga dengan nakedbus.
*bersambung
Mimpi ngeri, sejuk beku!
Info tambahan:
Selain dari nakedbus, boleh juga lihat Intercitybus yang menghubungkan beberapa lokasi menarik di sekitar South Island. Untuk tiket, konsepnya sama juga dengan nakedbus.
*bersambung
16 comments
hi ziela...this is the same anon..hehehe...thumbs up for the pictures. dah lama tunggu ziela sambung citer...melopong dibuatnya. mcm ok jer naked bus ni. berpa jam journey fr queenstown ke chc? tq...cepat2 sikit hapdate citer..
ReplyDeleteQueenstown - CHC dengan bas dalam 9j perjalanan..memang jauh giler tapi tak terasa sgt sebab view best hehehe...
DeletesubhanaAllahhh...cantikk cantik cantikkk..blh la menambung ni..hahahha
ReplyDeletehahaha..agak2 kalau tabung dah penuh bagitahulah..nak ikut! :D
DeleteSpeechless!
ReplyDeleteMeh buka kelas ambik gambo utk sy Zilla!
nil, nak buat kelas apanya...skill pun ke laut...tgk gambar2 kamu, hebat apa..tak perlu nak kelas pun hehehe
DeleteWah tenangnya lake tekapo tu. Masa pegi hari tu tasik bergelora sikit haha btw kami baru post pasal trip 8 hari di Melbourne & Tasmania. Kalau ada masa jemput singgah di www.thetravelling3o.com :)
ReplyDeletesetenang hati ini, cewahhh!! hehee...teruja dgn tassie tu...haih, nantilah tunggu kaya dulu kalau nak ke sana hehehe
Deletemahu tak sedih nak tinggalkan tempat secantik tu. Seriusly, super awesome
ReplyDeletehahaa sedih2 manja gitu...1/2 hati, kata tak nak balik..nak migrate ke nz terus hihihi..1/2 lagi dok seru2 msia..owhh rindu dendamnya hehehe..
DeleteLake pukaki nama dia macam kelakar pulak dengar, tapi view dia dengan Mt. Cook tu, Subhanallah... cantiknyaaaa!
ReplyDeletebahasa maori, nana..mmg kelakar pun..byk nama2 tmpt kat sana kalu sebut ishh mcm tahapapatah hehehe...terima ajelah seadanya :D..
Deletegamba2 zilla ni memang tak pernah tak cantik! tak payah susah payah beli poskad... gamba zilla ni pon boleh buat poskad tau! =D
ReplyDeleteterima kasih, luna..agak2 kalau print buat poskad, awak nak beli tak?? :D
DeleteSangat sangat sangat lawa! Memang patut kau rindu pun Zilla. Sibaik driver memahami kemahuan penumpang, siap stop bagi chance ambil gambar. Ke sebab dia pun nak juga, tu yang hilang ke tasik kan. Hihi insha Allah one day, pasti akan menjejak ke sini.
ReplyDeleterindu dendam sampai ke mati, cewahh hihihi....driver tu pun mgkn tak sangka kot cuaca sgt baik haritu..tu yang dia pula ala2 teruja jg mcm penumpang yang lain hehehe...Amin, mudah2an satu hari nanti bisa jejakan kaki ke NZ pula...
Delete