Cuti-Cuti Malaysia : Sunrise di Bukit Panorama, Sg. Lembing

Wednesday, May 13, 2015

Bukit Panorama merupakan salah satu dari tarikan yang ada di Sungai Lembing. Biasanya orang akan naik ke Bukit Panorama dengan tujuan yang sama iaitu memburu sunrise. Untuk itu, kami keluar seawal 5.00am ke kaki Bukit Panorama ini. Bukan apa, dari info yang kami perolehi katanya untuk tiba ke puncak mengambil masa sekitar 45minit hingga sejam. Jadinya, biarlah sampai awal dari terkejar-kejar, betul  tak?

Ada yang kata ada 815 anak tangga perlu ditempuhi untuk ke puncak. Ada juga yang kata jumlahnya dalam 1000. Yang mana satu betul? Entah. Nak kira? Takde maknanya. Semput nafas dibuatnya, dah tak ingat apa dah. Ada beberapa bahagian, anak tangga yang ada dah pun pecah dan rosak. Jadinya penting untuk bawa lampu suluh atau headlamp agar kaki tak tersadung. Selain dari itu, bawalah bekalan makanan dan minuman yang mencukupi. Maklumlah memakan masa juga nak tunggu matahari naik sepenuhnya. Harus kelaparan untuk tunggu saat itu.

Untuk solat, di puncak ada pondok kecil. Kalau tak ramai yang melepak kat situ melepaskan lelah bolehlah tumpang solat di situ tapi kalau tak dapat pun tak akan menjadi masalah. Puncak Bukit Panorama ini rata dan luas, banyak tempat yang kita boleh guna untuk mendirikan solat. Bawalah kain batik atau apa aje untuk dijadikan alas. Namun, satu perkara yang perlu diingatkan tiada air kat puncak tu. Pepandailah korang ya.

Nasib kurang menyebelahi kami pagi itu kerana awan tersangatlah tebal. Kecewa? Adalah sikit tapi takpelah. Lama kot kami lepak kat atas tu. Dari penuh dengan pengunjung sampai lengang kawasan tu sebab masing-masing dah turun bila tengok matahari tak berapa nak ada pagi tu.

Jadinya, biarlah gambar aje yang bercerita ya kawan-kawan. 
 
Pemandangan pertama yang menyambut kami. Awan tu kelihatan agak menakutkan.
 Saya suka suasana berkabus seperti ini. Terasa misterinya. Dibalik kabus itu adalah Gua Charas.
Lama menunggu, tau-tau matahari dah naik pun dan berselindung dibalik awan huhuhu.
 Suasana keliling
Terus menanti, dah inilah yang kami dapat. Matahari tetap juga malu-malu.
 Last picture sebelum kami ambil keputusan untuk turun dari Bukit Panorama.
Gua Charas semakin kelihatan.
 Di sisi lain Sg. Lembing- kelihatan jelas tu hutan yang semakin gondol huhuhu
 Sebahagian anak tangga yang ada.

* Sekadar berkongsi info, jika kawan-kawan ingin ke Bukit Panorama dan Air Terjun Pelangi perlu peruntukan masa paling kurang 3 hari untuk singgah kedua tempat ini sebabnya kedua tempat tersebut tidak boleh dilakukan dalam satu hari.

You Might Also Like

19 comments

  1. lately ni achik suka pulak tengok sunrise dan sunset....dulu tak suka perubahan umur ke hape ni hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kena mengena dgn faktor umur ke achik? hehehe..

      Delete
    2. Ye la zilla setiap kali sunrise mean umur tu mkin kurang tau....

      Delete
  2. Ada instagram tak? nak follow. Mesti gamba lawa2 semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, saya memang takde insta...

      Delete
    2. Betulla zilla ..klau add kat instagram...cantik.....

      Delete
    3. Hihihi...kalau nanti tahun depan ada plan nak ke Rinjani - Kenawa - Gili mohon war2 kan dalam blog ni ye. Nak ikut. Dah jadi pengikut blog ni sejak semalam selepas Google pasal Pulau Kenawa terjumpa blog ni.

      Delete
    4. dah jadi tumpuan pula kenawa skarang ne hehehe..alang2 dah sampai kenawa baik explore sumbawa terus..lajak sampai ke Pulau Mayo, lupa gili yang dah 'hancur' itu :D

      InsyaAllah kalau ada perancangan nanti saya roger2 ya...

      Delete
    5. Encik Alias, hp pun saya takde macam mana nak berinstagram..harus langsung tak berupdate nanti...saya lebih selesa berkongsi di blog saja..lebih mudah sebab saya boleh tulis panjang menjela pengalaman saya...bila2 free, saya suka baca balik apa yang saya tulis dan kenang semula apa yang berlaku sepanjang trip tersebut...

      Delete
    6. Alamak...
      Google Pulau Mayo terus hati mula berubah. Dah la memang suka pulau.
      Tak nak buang GIli tambah Mayo satu lagi aci tak? *tamak*
      Haha

      Delete
    7. terserah..pilihan ditangan anda ;-)

      pulau mayo bukan di lombok..tapi di sumbawa..so kena plan betul2 klau mahu ke sumbawa terutama bab transport ;-) tapi kalau nak singgah semuanya, harus pikir berkali2 kecuali dapat cuti panjang dari boss :D

      Delete
  3. suasananya memang indah bercampur mistik. suasana seperti ini yg paling sempurna untuk mensyukuri nikmat Allah SWT, Mbak Zilla.

    ReplyDelete
  4. tp kenampakan hutan yg nk togel tu....hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. jelas sgt2 rin...kalau buat trip ke rainbow waterfall, lagilah nampak jelas sebab masuk laluan balak...

      Delete
  5. tak rezeki nak tgk marahari terbit tapi view yg ada pun dah cukup pesona mata memandang zila ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qaseh, apa yang ada time tu dah rasa puas hati sgt wpun matahari malu2...tu yang rasa berbaloi berlama lepak kat atas tu...

      Delete
  6. chantek suasana landscape berkabus pagi., gudjob ;p

    ReplyDelete

Subscribe