Pages

Tuesday, June 16, 2015

Mynmar 2015 : Day 5 (Part I) ~ Sunrise di Inle Lake

Mynmar 2015 : Day 4 (Part II) ~ Inle Lake Sunset & Intha Fisherman

Hari baru di Mynmar. Hari ini aktiviti memang tersangat padat. Kami bangun sekitar 3.00am untuk siapkan bekalan; roti telur dan lempeng untuk dicicah dengan baki sambal sardin. Subuh di Inle Lake sekitar jam 4.15am, sempatlah kami tunaikan yang wajib dulu sebelum berangkat ke jeti. Kali ini tak larat dah nak menapak ke jeti, kami ambil tricycle dengan harga 4,000kyat untuk 3 orang. Owh, kenapa bertiga? Sebenarnya salah seorang dari kami jatuh sakit pagi ini. Kami teruskan juga aktiviti pagi ini pun setelah mendapat jaminan bahawa beliau akan baik-baik aje. Risau sangat-sangat.

Kami berangkat ke tengah tasik tepat 5.00am. Bayaran untuk sewa bot hari ini adalah 21,00kyat untuk satu hari suntuk. Kami akan dibawa menyaksikan sunrise, floating garden, temple market di Shwe Hin Ta, menyaksikan pembuatan aksesori perak,  rokok dan sutera Mynmar, Kayan Tribe serta Indein Village. Trip ini dijangka berakhir sekitar jam 4.30pm dan selepas itu kami akan berangkat kembali ke Yangon.

Macam hari sebelumnya juga, hanya kami yang berada di tengah tasik untuk tunggu matahari naik. Err pelik mana pelancong yang lain? Takkan takde seorang pun yang beminat nak layan matahari?
Menuju ke tengah tasik...
Mula-mula ingatkan ini sekolah tapi bila tanya boatman dia kata bukan dan dia sendiri pun tak tahu apa fungsi bangunan ini..
Tenang..

Lama giler kot kami dok lepak tengah tasik tu. Bot pun tak banyak yang lalu-lalang, kiranya memang tenang habis pagi tu. Sejuk tak payah cakap, kejung dan kebas kulit muka dibuatnya hehehe. Sambil-sambil nak tunggu matahari naik tu kami layan bekalan yang dibawa; licin sekali hadap. Walhal masa masih panjang...
Matahari dah mula kelihatan, ready dengan kamera memasing
Dah naik!
SubhanaAllah, memang cantik gilerlah!
Semakin tinggi...
Temple tengah lake?
dan tinggi..
Salah satu resort yang kelihatan.

Kami tak tunggu pun sampai matahari betul-betul naik. Tak larat weii, cukuplah tu. Panas! Perjalanan diteruskan menuju ke floating garden pula.

*bersambung

10 comments:

  1. stunning view...breakfast in the boat, on the lake..

    ReplyDelete
  2. Gigihla deme bina temple kat tengah lake tu kan. Lawa pemandangannya

    ReplyDelete
  3. cek carik jugak sunrise, naik beskal je tapi. haros lah pon takde. kabus tebal.

    time ni ada seagulls tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak sabar nk tgk gambar ko tu..mesti misteri habiskan dgn kabus2 tu semua...

      seagull? hoh, bayang pun takde...yang ada burung tak tau nama..tu pun tak byk, dalam beberapa ekor je kot yang kelihatan huhuhu

      Delete
  4. Gigih betul zilla....at least sya dpt tgk sunrise ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali seumur hidup encik..lepas ne tak tau bila lagi nak repeat huhuh

      Delete
  5. Subhanallah. Sunrise ni memang senantiasa magic. Walau tengah syahdu ke apa, bila nampak dia naik macam ni...rasa macam tenang je jiwa.

    ReplyDelete