Alhamdulillah, dah masuk hari kedua kita di bulan Ramadhan. Selamat berpuasa buat kawan-kawan semua. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.
*****
"Ngeeee...ngeeeee...ngeeeee" bunyi bot seolah-olah mendodoikan kami dalam perjalanan menuju ke floating garden. Sempatlah membuter 2-3 kali tido-bangun-tido barulah sampai ke lokasi yang dituju. Jangan tanya apa nama tempat/kg untuk floating garden ini, sungguh tak tau dan tak ingin pun nak ambil tahu membuter lagi syok kot. Tiba di floating garden, kami lebih teruja dengan bot dan sampan yang bertali arus; menjerit juga sesekali bila terasa bot yang lalu lalang seolah-olah ingin melanggar bot yang kami naiki. Nasiblah pakcik boatman memang hebat orangnya, kalau tidak mau telangkup kot bot yang kami naiki.
Berasak-asak, dah lah laluannya kecik aje. Bila ada bot besar menghampiri terpaksalah sampan-sampan ini beralih ke tepi untuk beri laluan.
"Floating garden" - mulanya ingatkan boleh lihat bunga-bungaan di sini tapi nan-adolah. Sebenarnya kami dibawa di sini untuk melihat kebun-kebun sayur seperti tomato, cili dan sebagainya yang ditanam oleh penduduk tempatan. Floating tu pula merujuk pada batas-batas yang dibina agak tinggi dan dikelilingi oleh air sungai disekelilinginya. Hah, bayangkanlah macam mana ya, tak reti nak cerita lebih-lebih. Kami tak dibawa dekat pun dengan kebun sayur ne, tengok dari jauh.
Nampak pancang-pancang kayu dibelakang tu? Hah, tulah kebun-kebun sayur atau nama glemernya floating garden ;-)
Rumah mereka ini nampak aje daif tapi kemas dan bersih.
Seterusnya kami menuju ke Shwe Hin Ta untuk Temple Market. Jauh juga kot perjalanan dan perjalanan agak macet dengan bot-bot yang membawa penumpang ke destinasi yang sama. Sesekali bila tiba dilaluan yang agak cetek, memang tak pasal-pasal "mandi lumpur" secara percuma tiap kali bot kami berselisih dengan bot yang lain. Jadinya, mintalah payung dari boatman dan pakailah sebagai "persediaan awal" sebelum disimbah oleh enjin bot yang lalu-lalang.
Ok, dah sampai ke Market Temple yang femes tu.
Awas, sila hati-hati di sini agar tidak tertipu. Kalau tetiba waktu nak melangkah keluar dari bot ada sesiapa nak tolong pegangkan atau tetiba ada yang datang untuk buat baik, sila jangan terpedaya. Semuanya itu ada bayaran tau! Memang kami terkena di sini. Ialah ingatkan derang memang ikhlas nak tolong, rupanya mereka minta bayaran. Lepas tu desak kami beli beras satu plastik (1,000kyat) untuk burung merpati yang banyak di sini dan bunga melati (kalau tak silap) untuk diletakkan di temple. Sekuntum bunga, 1,000kyat. Lepas satu kumpulan, satu kumpulan lagi datang mendesak dan mendesak. Rimas! Adik ku berdua tu memang dari awal dah terpedaya, seplastik beras dan 2 kuntum bunga bertukar tangan. Takpelah, derang pun tak tahu so kami niat sedekah ajelah beras tu dan bunga tu derang sedekahkan pada orang.
Kawasan di sini memang sesak dengan bot dan sampan yang keluar/masuk.
Pasar yang dimaksudkan sebenarnya bukan terletak dalam temple tapi berada di luar temple, di bahagian belakang. Nak ke bahagian belakang tu kenalah tanggal kasut/selipar sebab memang kena masuk kawasan temple tu dulu. Apa pun maksudnya kita masuk tempat orang, haruslah hormat dengan budaya dan segala peraturan yang dibuat. Jangan bawa perangai "besar kepala" tu, silap haribulan kepala yang besar tu pun boleh hilang.
"Wow!!" - ekspresi yang keluar melihatkan keadaan pasar ini. Risau juga nak masuk "kawasan ini", lebih-lebih lagi ada yang memandang kami dengan pandangan yang agak tajam.
"Selamat ke tidak ne?"
Tawakal ajelah dan doa tanpa henti janganlah berlaku perkara yang tidak diingini kepada kami bertiga. Sambil-sambil menahan gelodak dihati, kami sempat berbincang menu untuk petang nanti. Adik-adik request nak makan ikan bilis goreng dengan kentang dan sayur. Alang-alang berada di pasar, bolehlah cari bahan-bahan yang diperlukan. Apa yang pasti, harga bahan mentah di sini agak mahal berbanding di kedai runcit tapi ikan bilis yang dijual di sini memang sedap giler! Tak tahulah ikan apa yang derang gunakan tapi serius sedap bila digoreng.
Inilah pasar yang dimaksudkan.
Kami bayar tau untuk ambil gambar mak-anak ini.
Bunga kantan yang dah dijerukkan - sedap ne kalau buat laksa.
Tak tahulah ini keropok apa.
Farmasi - jangan memain ubat-ubatan dijual di pasar secara terbuka begini hehehe. Yang pasti harga memang murahlah (sempat kami sambar beberapa jenis ubat di sini hehehe)
Puas pusing-pusing di sini (tak habis pusing pun) kami ambil keputusan untuk gerak ke destinasi berikutnya. Mulanya ingat nak singgah jalan-jalan sat di kampung bersebelahan pasar tapi takutlah pula hehehe. Kami foto-foto sat di situ untuk kenangan dan terus cari pakcik boatman tapi kesian pula tengok dia yang sedang elok membuter di kawasan dalam temple. Tak sampai hati nak kejutkan kami lepak ajelah di pinggir sungai tu tengok bot keluar/masuk hinggalah pakcik tu terbangun sendiri.
Perkampungan berdekatan Temple Market.
Jumpa lagi pakcik/makcik *ehhh!
*bersambung
Bestnya ....nice view tu ...diaorg tanam sayur atas air....sayur apa tu zilla.? Kangkung ke ? Pernah tgk kat tv3...
ReplyDeletesaya cuma nampak tomato dan cili je..mgkn ada tanaman lain kot hehehe..
Deletebest pula rasanya bila masuk tempat orang tengok budaya orang asing macam tu.
ReplyDeletepart ini, memang rasa bersyukur kak sebab berpeluang tgk budaya org wpun hati dok ragu2...
Deletelihat pemandangan seperti itu seperti di kampung laut Nusakambnagan. rumahnya, sungainya, sampannya, pasarnya, mirip banget, Mbak Zilla.
ReplyDeletenusa kambangan? kampungnya ya, mas? saya tidk pernah lagi ke nusa kambangan ini..google mengenainya tak ubah seperti di pelabuhan ratu ya :-)
DeleteNengok kantan jeruk tu terus teringat kimchi. Motif sangat. Memang semua kena berbayar lah kot kat sana kan Zilla. Haritu kawan aku gi pun dia cakap benda sama. Ingat nak tolong tapi tetiba terkepit jadi mangsa. Aku suka tengok rumah2 kat floating garden tu.
ReplyDelete