Mynmar 2015 : Day 5 (Part I) ~ Sunrise di Inle Lake
Tuesday, June 16, 2015
Hari baru di Mynmar. Hari ini aktiviti memang tersangat padat. Kami bangun sekitar 3.00am untuk siapkan bekalan; roti telur dan lempeng untuk dicicah dengan baki sambal sardin. Subuh di Inle Lake sekitar jam 4.15am, sempatlah kami tunaikan yang wajib dulu sebelum berangkat ke jeti. Kali ini tak larat dah nak menapak ke jeti, kami ambil tricycle dengan harga 4,000kyat untuk 3 orang. Owh, kenapa bertiga? Sebenarnya salah seorang dari kami jatuh sakit pagi ini. Kami teruskan juga aktiviti pagi ini pun setelah mendapat jaminan bahawa beliau akan baik-baik aje. Risau sangat-sangat.
Kami berangkat ke tengah tasik tepat 5.00am. Bayaran untuk sewa bot hari ini adalah 21,00kyat untuk satu hari suntuk. Kami akan dibawa menyaksikan sunrise, floating garden, temple market di Shwe Hin Ta, menyaksikan pembuatan aksesori perak, rokok dan sutera Mynmar, Kayan Tribe serta Indein Village. Trip ini dijangka berakhir sekitar jam 4.30pm dan selepas itu kami akan berangkat kembali ke Yangon.
Macam hari sebelumnya juga, hanya kami yang berada di tengah tasik untuk tunggu matahari naik. Err pelik mana pelancong yang lain? Takkan takde seorang pun yang beminat nak layan matahari?

Menuju ke tengah tasik...
Mula-mula ingatkan ini sekolah tapi bila tanya boatman dia kata bukan dan dia sendiri pun tak tahu apa fungsi bangunan ini..
Tenang..
Lama giler kot kami dok lepak tengah tasik tu. Bot pun tak banyak yang lalu-lalang, kiranya memang tenang habis pagi tu. Sejuk tak payah cakap, kejung dan kebas kulit muka dibuatnya hehehe. Sambil-sambil nak tunggu matahari naik tu kami layan bekalan yang dibawa; licin sekali hadap. Walhal masa masih panjang...
Matahari dah mula kelihatan, ready dengan kamera memasing
Dah naik!
SubhanaAllah, memang cantik gilerlah!
Semakin tinggi...
Temple tengah lake?
dan tinggi..
Salah satu resort yang kelihatan.
Kami tak tunggu pun sampai matahari betul-betul naik. Tak larat weii, cukuplah tu. Panas! Perjalanan diteruskan menuju ke floating garden pula.
*bersambung
10 comments
stunning view...breakfast in the boat, on the lake..
ReplyDeletenohas, pagi yang syahdu kononnya hehehe..
DeleteGigihla deme bina temple kat tengah lake tu kan. Lawa pemandangannya
ReplyDeletetulah dianya, Ren...
Deletecek carik jugak sunrise, naik beskal je tapi. haros lah pon takde. kabus tebal.
ReplyDeletetime ni ada seagulls tak?
aku tak sabar nk tgk gambar ko tu..mesti misteri habiskan dgn kabus2 tu semua...
Deleteseagull? hoh, bayang pun takde...yang ada burung tak tau nama..tu pun tak byk, dalam beberapa ekor je kot yang kelihatan huhuhu
Gigih betul zilla....at least sya dpt tgk sunrise ni...
ReplyDeletesekali seumur hidup encik..lepas ne tak tau bila lagi nak repeat huhuh
DeleteJauh nak menembaknya Zilla
ReplyDeleteSubhanallah. Sunrise ni memang senantiasa magic. Walau tengah syahdu ke apa, bila nampak dia naik macam ni...rasa macam tenang je jiwa.
ReplyDelete