Mynmar 2015 : Day 4 (Part II) ~ Inle Lake Sunset & Intha Fisherman
Wednesday, June 10, 2015Mynmar 2015 : Day 4 (Part I) ~ Hello Inle Lake
Tak lengkap rasanya trip ke Inle Lake ini kalau tak saksikan kehebatan nelayan tempatan (Intha) berakrobatik di atas sampan.
Sedikit info mengenai Intha:
"The Intha are members of a Tibeto-Burman ethnic group living around Inle Lake. They speak an archaic dialect of Burmese and are believed to have come from the Dawei area. They often live on Inle Lake and support themselves through the tending of vegetable farms on
floating gardens. Also, the Intha are known for their leg-rowing
techniques and are traditionally Buddhists"
Tak perlu nak susah-susah mencari mereka ini kerana mereka ini yang akan mencari pelancong kerana mereka mencari rezeki melalui aksi yang ditunjukkan. Tiada bayaran khusus yang dikenakan oleh mereka ini; kiranya ikutlah nak sedekah berapa banyak pun, mereka terima aje. Kebetulan waktu kami sedang menantikan saat matahari terbenam di tengah Inle Lake itu, cuma ada seorang aje nelayan Intha ini sedang menanti pelancong. Kiranya, rezeki dialah petang tu. Lepas satu, satu aksi ditunjukkan kepada kami.
Menghampiri kami..
Hebat!!
Memang Mynmar sangat rupanya hehehe.
Bila kami serahkan wang kepadanya, beliau terus beredar dan memberi peluang kepada kami untuk menikmati saat-saat indah matahari terbenam. Kiranya, memang terbaiklah cuaca petang itu. Tiba-tiba, saya terasa seperti jatuh cinta dengan keindahan Inle Lake.
Nelayan yang sama dari kejauhan. Sian dia, hanya kami sahaja pelancong yang berada di tengah Inle Lake petang itu.
Syahdu sangat suasananya.
Matahari yang semakin jatuh - tak tahu nak luahkan macam mana keindahannya.
Nelayan yang sama kembali menghampiri kami hehehe - layan ajelah.
Kembali beraksi
Dan lagi..
Beliau beredar setelah kami menyerahkan sejumlah wang kepadanya.
Misi berjaya!
Puas dengan sunset petang itu, kami meminta pakcik boatman untuk kembali ke jeti. Dah petang sangat, kan? Kali ini dah tak larat nak menapak ke Zawgi Inn (jauh tu), kami sepakat untuk naik tricycle dengan tambang 1,000kyat/person. Singgah di kedai runcit untuk mencari bahan masak dan menapak ke Zawgi Inn yang terletak beberapa meter sahaja dari kedai tersebut.
Pemilik kedai ini dari Nepal. Dia happy kot bila dapat tahu kami dari Malaysia
Malam itu takde aktiviti apa pun selain makan-makan dan tidur. Nak keluar jalan-jalan memang tak sangguplah, sejuk!
12 comments
Keren-keren semua fotonya MBak Zilla. Sunset yang sempurna. Aksi nelayan yang hebat. Terbaik lah.
ReplyDeleteterima kasih.
DeleteLawanya lah hai sunset sini... Memang kena pegi jugak ke sini satu hari nanti.
ReplyDeleteharus pergi sebelum serba-serbi menjadi mahal di sana...
DeleteNelayan posing utk zilla ke ?
ReplyDeletebukan utk saya tapi utk semua..mmg kerja dia begitu, cari rezeki melalui aksi yang dipertunjukkan kepada pelancong...
DeletePergggggghh! Gambar dia! Cun gile!
ReplyDeleteterima kasih, Zara
DeleteLawanya gambar2 yang awak ambik Zila oi! Kagum!
ReplyDeleteTerima kasih, Ren..
Deletecantiknya gambar awak ni!
ReplyDeleteTQ, Syieda :)
Delete