Mynmar 2015 : Day 4 (Part I) ~ Hello Inle Lake

Wednesday, June 03, 2015

Mynmar 2015 : Day 3 (Part III) ~ Selamat tinggal, Bagan


Kami tiba di Nyaung Shwe sekitar jam 3.00am. Sedar dari tidur pun sebab dikejutkan orang, untuk menyerahkan wang sebanyak USD10 untuk Inle Zone Admission Fee. Haih, gaya tak ubah macam samseng nak merompak, mana taknya officer sendiri yang naik dalam bas dan meminta kami menyerahkan bayaran. Maknanya kalau tak bayar memang tak lepas ko turun! Memang takde peluang nak mencilok di sini.
Sila simpan buat kenangan

Dari stesen bas di Nyaung Shwe, kami ambil songthaew (tak tahulah derang kata sana panggil apa) menuju ke Zawgi Inn dengan harga 2,000kyat/person. Bersama-sama kami pagi itu, 2 orang pelancong dari Jepun dan 2 orang gadis dari Malaysia juga. Happy lah jumpa geng satu negara, kami borak-borak bertukar pengalaman dengan mereka ini. Jarak dari stesen bas ke Zagwi Inn tak jauh mana pun, dalam 10 minit dah sampai. Tengok jam, baru 3.30am. Awal giler tu, kalau tak boleh nak check in manalah nak lepak lebih-lebih lagi dengan keadaan yang dingin sebegini. Nasib kami teramat baik awal pagi tu, ada bilik kosong dan kami diberi keizinan untuk menggunakan bilik tersebut sesuka hati. Masuk  bilik, tak pikir apa dah. Letak kepala terus pengsan. Penat tau!

Matahari dah terpacak barulah kami sedar. Ne kalau mak tau bangun tinggi hari, harulah masing-masing kena pelangkung. Kami sepakat untuk keluar jalan-jalan selepas Zohor. Masa yang ada kami ambil untuk basuh pakaian yang kotor dan masak. Kiranya setengah hari ini kami memang santai habis. Lepas Zohor barulah kami keluar. Plan asalnya nak sewa basikal dan explore Inle dan lihat sunset di Red Mountain tetapi dengan cuaca yang super duper terik, err tak sanggup. Kami ambil keputusan untuk patah balik ke hostel. Kami  ubah plan dan ambil  sunset tour dari hostel. Harga tour adalah 10,000kyat (USD10)/boat. Dalam 4.15pm, owner bot datang dan kami menapak menuju ke jeti di pinggir Inle Lake.

Layan...
Jetty di Inle, memang agak busy petang itu dengan pelbagai aktiviti.
 Agak kotor di sini.
 Pakcik ini baru lepas turunkan pelancong.
 Syok jadi budak-budak... Sekejap aje, derang dah terjun masuk dalam air. Boleh pula derang ne berkubang di tengah-tengah laluan bot keluar/masuk.
Mereka ini pula sedang memunggah hasil tanaman untuk dijual kepada peraih kot *buat rumusan sendiri hehehe.
 Jambatan kayu
 Salah satu dari rumah penduduk di pinggir Inle Lake
 Kalau terserempak dengan bot seperti ini silalah cover dengan apa-apa yang patut sebelum korang kebasahan huhuhu.
 Di tengah tasik juga masih busy dengan bot disana-sini.
 Wahai matahari, bilalah kau nak  turun! Penat tau bertapa tengah tasik huhuhu.
 Nelayan dengan aktivitinya.
 Yang ini pula busy dengan jalanya.

*bersambung

You Might Also Like

16 comments

  1. semua gambar cantik di hujung kamera anda......

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Nana, kalau tkde bot yg lalu lalang memang tenang...

      Delete
  3. Cantiknya gambar gambar Zilla!

    ReplyDelete
  4. Cantiknya gambar gambar Zilla kat Inle Lake!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih zara..gambar2 zara pun apa kurangnya...cantik belaka...

      Delete
  5. setuju dgn Kak Nieda. suasana biasa menjadi gambar pemandangan yg luar biasa indah kalau Mbak Zilla yg ambil gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err takdelah mas gunadi..biasa ajelah gambar2 ini..

      Delete
  6. Cantik gambar! Zilla guna kamera apa? ~ Bearcat.

    ReplyDelete
  7. Zilla ckup mencabar perjalanan ke myanmar ni...agaknya serik tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak serik kot...byk yg saya belajar dari trip ini..

      Delete
  8. lama x dengar perkataan "peraih" hihihi. gmbr mmg cantiklah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkataan tu aje yang terlintas di kepala, John hehehe

      Delete
  9. zilla, macam mana nak ambil gambar cantik macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai achik smile, saya takde jawapan utk pertanyaan tu huhuhu

      Delete

Subscribe