Review : Citradream Hotel, Bandung

Wednesday, September 02, 2015

Trip Januari lepas. Punyalah berkurun nak update, kan? huhuhu.


Sebenarnya trip ini agak berbeza kerana saya pergi atas ‘tiket’ tugasan sebagai guide (jangan ada yang gelak pula hehehe). Disebabkan bawa orang, jadinya takkan nak angkut mereka duduk dalam hostel. Kenalah cari penginapan yang bersesuaian dengan pakej yang ditawarkan. Puas kot godek sana-sini akhirnya tersangkut dengan Citradream Hotel dengan harga untuk superior double adalah Rp290,000/room tanpa breakfast. Kira oklah, kan?



Saya suka:
1. Lokasi
Sebut tentang lokasi, hotel ini memang berada di kedudukan yang terbaik. Mana taknya, stesen keretapi Bandung dan Kartika Sari hanya berjarak sekitar 5 minit berjalan kaki (itu yang sebelum Subuh dah boleh terpacak depan Kartika Sari hehehe). Manakala Pasar Baru hanya berjarak sekitar 20minit sahaja berjalan (ikut jalan pintas di Rumah Sakit Santosa) atau kalau malas nak berjalan, boleh tahan angkutan umum sahaja langsung ke Pasar Baru. Selain dari itu, ianya juga berdekatan dengan kedai makan Pakcik Met, KFC, Istana Plaza Mall dan sekitar 20 minit sahaja dari airport (kalau tak macet).

2. Bilik
Hotel ini sebenarnya hotel baru. Jadinya, serba-serbi masih lagi ‘berbau kedai’ (baru). Kiranya selesa sangat-sangatlah, berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

3. Keselamatan
Hotel ini menggunakan sistem kad untuk akses masuk ke dalam lif dan bilik. 

Tak berapa gemar/suka;
1. Breakfast
Sebenarnya ada aje breakfast disediakan di sini. Cumanya kalau nak try haruslah topup huhuhu.

2. Bilik
Walaupun bilik memang selesa tapi keluasan bilik, kalau berjalan seiringan kiranya boleh selisih montot dibuatnya.Kiranya biliknya agak sempit dan ruangan yang sempit antara katil itu jugalah yang digunakan untuk solat.

3. Internet
Boleh aje sebenarnya nak akses internet dari bilik (wifi percuma) tapi saya memang tak berapa nak gemar on hp waktu travel. Jadinya, untuk online saya perlu turun untuk menggunakan pc yang disediakan. Cumanya, hanya satu pc aje yang ada (waktu itu). Kadangkala saya perlu tunggu giliran kot untuk menggunakan pc tersebut. Lebih bagus kalau pihak hotel menambah 4-5 biji pc untuk kegunaan tetamu.

Kalau ditanya samada saya hotel ini akan menjadi pilihan saya di masa hadapan, dah pasti saya akan kembali (kalau ada orang sponsor hehehe). Bukan apa, saya paling suka dengan lokasinya yang strategik yang memudahkan saya untuk menapak ke mana-mana.

Layan beberapa keping gambar yang ada (takde mood nak ambil gambar sebenarnya).
Kaunter untuk check in. Yang ada lampu-lampu tergantung itu pula, restoran
Bilik kami.
Ini dari arah Stesen Keretapi Bandung; memang kawasan macet di sini hehehe.

 Website : citradreamhotel
Alamat : Jl. Pasir Kaliki No. 36 - 42, Bandung

* Next week InsyaAllah akan bawa satu group lagi ke Bandung dan ke Korea hujung tahun ini. Misal kata ada kawan-kawan yang berminat nak guna service saya sebagai guide atau nak request apa2 trip, macam biasa email aje saya.Kalau free, InsyaAllah akan saya pertimbangkan ;-)

You Might Also Like

8 comments

  1. Dah kira taiko ni.. Dah start jadi guide. hebatlah Zilla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dak aih, BK..jauh sgt kot nak cpai tahap taiko tu..kebetulan ada yang mahu dan saya pun free, itu aje..

      Delete
  2. Saya kalo ke Bandung yg dicari mie kocok Bandung. Bahkan mie kocok bandung yg dijual kaki lima pun enak lho Mbak Zilla.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tak hebat pun sebenarnya..cuma dah ada permintaan dan agak free, bolehlah layan..boleh topup sana-sini...

      Delete
  4. mmg dekat dengan stesyen keratapi bandung..mmg nampak bangunan hotel ye??maaflah tgh cri hotel dekat ngan stsyen ketapi bandung tue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dekat sesangat..hotel ini dihujung jalan..kalau nak lagi dekat, ambil hotel kenangan/kenagan (lupa pula)..ne betul2 seberang jalan stesen tu..sebelah kilang kartika sari..

      Delete

Subscribe