Jalan2 Singapore Part II

Tuesday, June 29, 2010

Takde keje nak buat ne, jadi saya sambung balikla ye citer pasal s'pore nie...kali nie kiter citer pasal makan dulula sebab ini part yang paling penting..tak boleh hidup tanpa makan tau!! :D

Pada saya s'pore bukanlah tempat terbaik kalo nak makan2...sebabnya bukan senang nak cari makanan halal kat sini, fast food memang berlambak. KFC, McD, nando's, pizza hut..memang ada, cuma masalahnya halal atau pun tidak...sebab itu saya kata sana bukan tempat terbaik utk makan2...roti2 pun kita tak boleh sebarang beli sebab tak halal..kalo teringin sangat nak cari makanan melayu, korang boleh try kat Geylang Serai sebab kat situ memang kawsan melayu cuma nak ke sana tu antara nak atau pun tidak; agak jauhla dari bandar...

3hari 2mlm kat sana, memang saya rindukan nasi kat rumah..bukan tak makan nasi kat situ, ada jumpa tapi tetap nak nasi kat umah gak..Adik2 pun macam tu jugak...1st day, pagi tu breakfast nasi lemak di warung KTM, satu set $2.70 siap ada ayam goreng lagi tau. Untuk lunch wannie bawak makan McD dan restoran thai (alamak lupala nama kedainya). Malamnya kitaorang makan chewing junior yang wannie belikan...

2nd day, emm memang masalahla..kitaorang breakfast dgn baki chewing junior..hingga ke petang kitaorang dah kemaruk ngan nasi dah..try cari kat Bugis Street kot2 ada kedai mamak/pakistan...jenuh dok pusing kawasan tu apa pun tak nampak..alih2 nampak durian kitaorang alas perut dengan durian...nyummy sungguh, lazat dan berkrim beb!! satu bekas $5 bergantung kepada kuantiti ulas derian yang ada. Perut sebu dan masih nakkan nasi, saya buat keputusan untuk ambil teksi ke Arab Street dan makanlah di kedai mamak; Restoran Zam Zam yang femes tu..kitaorang ambil nasi briyani ayam sorang sepinggan;$4..alhamdulillah agak puasla perut...round2 kawasan tu then decided balik ke hotel dengan berjalan kaki sahaja..odw balik terjumpa lak satu kedai mamak, betul2 belakang Bugis Junction sederat dengan kedai makanan cina...ingatkan nak try rojak s'pore tapi elekkk so kitaorang ambilla mee goreng ayam, $5.00.ingatkan macam kat sini..rupanya dia letak 2,3 ketul isi ayam yang dipotong kecil2 ke dalam mee tu..cehhhhh, melampau betulla, dah ler maha,i tak sedap pulak tu....mujur ayam penyet yang Cikin ambil sedap ($4.50)..so share sorang sikitla..3 orang makan kat situ $21.60, jauh lebih mahai dari makan kat zam zam tau..

3rd day, kitaorang dah bincang malam tu untuk check out awal pagi then terus ke zam zam semula. kali ini nak belasah murtabak yang femes gak tu...kitaorang ambil saiz besar $10 dan sepinggan nasi lemak special $3.50..kedua2nya memang best..kalo korang p sana tryla pekena kedua2 ne memang puas atila...

chewing junior...6 ketul $7.60..dalam dia ada cream pelbagai perisa..sangat sedap...
tak boleh tahanla tgk derian..
briyani ayam restoran zam2...
nasi ayam penyek..

murtabak ayam zam2..

You Might Also Like

0 comments

Subscribe