Trans Java : Part II -> Bromo
Monday, April 04, 2011
Memandangkan tempoh bertenang di rumah dah hampir tamat, jadinya kena cepat2 settlekan entry pasal trans java ne, agar tak terbengkalai mcm trip BT...
Destinasi kami seterusnya adalah Probolinggo utk ke Bromo. Untuk tujuan itu, kami masih menggunakan perkhidmatan keretapi sebagai pengangkutan utama di sana. Jarak di antara Gubeng-Probolinggo ~101km dan mengambil masa ~2jam perjalanan. Train bertolak jam 9am dan tiba di probolinggo jam 11am dengan tambang sebanyak Rp45k/person (2nd class). Apa yang istimewanya, segala2nya nampak hidup maksud saya penjual2 bebas bergerak naik ke gerabak utk menjual barangan mereka (1st class tiada pemandangan seperti ini).
Saya kira bila kita menggunakan public transport, kita dapat menilai sendiri kehidupan sesuatu tempat yang dikunjungi. Kadangkala apa yang disajikan di kaca televisyen tidak sama seperti reality. Sepanjang 2jam perjalanan, mata saya dijamukan dengan keindahan sawah padi, penempatan yang tersusun; maksudnya segalanya adalah adalah indah tidak seperti yang digambarkan. Jadinya, jgn percayalah dengan apa yang disajikan di kaca televisyen, p dan lalui sendiri then baru boleh buat rumusan. Saya tak nafikan memang ada yang terpaksa mengemis utk hidup tapi keadaan masih boleh terkawal tidak seperti di BDO…
2 jam perjalanan dan akhirnya kami sampai ke probolinggo dengan selamatnya. Itu pun nyaris2 terlepas station kerana masing2 terlena keletihan, mujur ada yang sedar kalau tidak hai hai bye bye lah jawabnya. Seterusnya kami ke information center yang terdapat di station untuk mendapatkan info yang lebih jelas tapi sayangnya kami dpromote dgn pakej yg mencekik darah. Mana taknya, siap minta tawar pun boleh derang buat hati kering, sikit pun tak dikurangkan jadinya bila ‘big boss’ kata ‘jom blah’, kami terus angkat kaki keluar dari station mencari angkutan untuk ke terminal bas. Tambang Rp3k/person tapi kami diturunkan di TA dan bukannya bus terminal. Biasalah, macam2 alasan diberi bila ditanya mengapa. Di sini, kami dioffer dgn pelbagai pakej, pot pet, pot pet di situ, akhirnya kitaorang ambil pakej ke sunrise di bromo + pengangkutan dgn harga Rp110k/person. Settle semua urusan ambil van dgn tambang Rp20k/person utk ke hotel…
Keadaan van sangat uzur ok, jadilah dari takde. Apa yang penting selamat sampai ke destinasi. Pertengahan perjalanan tayar van pufffffff (err bocor), jadinya kami ambil kesempatan untuk snap pic kawasan sekeliling di mana keadaan ketika itu dilanda hujan debu..kalo orang seronok bermandikan salji, kitaorang pulak seronok bermandikan debu :D Keadaan keliling agak suram, semuanya black & white huhuhu~ Apa pun seronoklah, sebab pengalaman barukan? Lebih kurang sejam jugaklah kitaorang tersandai di pinggir jalan dan setelah semuanya ok perjalanan diteruskan ke Yoshi Hotel (sesekali van berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang).
Yoshi hotel terletak 5km dari bromo viewpoint, nak jalan kaki pun boleh sebenarnya kalo nak ke viewpoint Cuma persoalannya larat dgn tidak je sebab terpaksa mendaki. Memandangkan budget kitaorang ala2 ada dgn tidak, jadinya jgnlah dibayangkan bilik yang gah rupanya ye…Bilik kami memang simple gilerlah, yang ada cuma katil, cermin kecik (ngam2 muat satu muka je), dan sebiji meja, lain2 elekkkk..Oklah, yang penting boleh lepaskan lelah. Tandas pula berada diluar ye kawan2, so sapa cepat dia dapat, kalo lambat ko tunggu ajelah...Kami settlekan yang wajib dulu (gosok gigi, cuci muka, solat) dan terus gerak ke café untuk makan maggi (yeayyyy nikmat sekali!) Konon nak makan maggi aje, sekali tgk menu hah dengan tamaknya dok order nasi goreng dan teh panas. Ehh2 maggi pun tetap makan tau sebelum nasi tiba hehehe~
Perut dah kenyang,jadinya bolehlah tidokan? Emm takde maknanya nak tido ook! Datang jauh2 semata2 nak tido, baik dok kat rumah aje, betul tak? Sebenarnya kami buat keputusan untuk pusing2 kawasan sekitar atau lebih tepat lagi ke viewpoint utk melihat keadaan bromo dengan menaiki motosikal penduduk tempatan. Tapi jangan ingatlah boleh naik free ye (try gedik2kan diri pun belum tentu boleh FOC), semuanya kena bayar huhuhu~Rp40k/person..Oklah, pejam mata ajelah masa bayar tu…So berpusing2lah kami turun naik bukit, redah hujan debu dan akhirnya tibalah di tempat yang dimaksudkan. Wow!ehh silap istilah sepatutnya Subhanallah, indah sungguh ciptaan tuhan! Pertama kali dalam hidup dapat tengok gunung berapi aktif, Allah sahaja yang tahu bagaimana terujanya kami. Sesekali Bromo terbatuk2, keras sungguh bunyinya. Angin yang bertiup agak kencang berserta hujan, memang sejuklah. Kami dibawa ke 3 tempat yang berbeza untuk melihat bromo. Cuma sayangnya tak dapat nak turun ke savannah sebab keadaan tidak mengizinkan (takpelah next time).
Puas bergambar kami kembali ke hotel untuk merehatkan diri (terutamanya mandi). Bekalan elektrik di kawasan ini masih dicatu oleh pihak kerajaan, jadinya pihak hotel menggunakan generator untuk tujuan itu (itu pun sat2 padam huhuhu).. settle semuanya, lepak2 jap, ke café untuk layan minuman panas (sejuk giler ok) dan seterusnya tido sebab kami perlu bersedia jam 4am untuk ke melihat sunrise di Gunung Pananjakan.
Perjalanan utk melihat sunrise bermula awal pagi (sana pukul 5am dah cerah). Perjalanan ke Pananjakan tak surelah berapa lama sebab sedar2 dah sampai huhuhu~ Di sini, terdapat 2 pilihan untuk ke puncak samada menggunakan khidmat kuda dengan bayaran Rp50k/return atau pun bergerak sendirian (tapi masih ada guidenya). Terus terang awal2 lagi saya dah pancit, sesak nafas (tak tahulah apa puncanya). Saya hanya mampu bertahan sekerat jalan sahaja dan selebihnya mengharapkan bantuan kuda (sian kuda tu sebab terpaksa bawak saya yang berat ini). Naik kuda pun cuak jugak, dok bayang jatuh je (gatalkan, suka bayang bukan2) dan Alhamdulillah selamat sampai ke tangga bukit sebelum terpaksa menapak untuk ke puncak. Pemandangan di puncak subhanallah, memang cantik! Keadaan sangat sejuk, angin bertiup agak kencang..Puas lepak di atas merakamkan keindahan bumi ciptaan tuhan sebelum kami ambil keputusan untuk turun dalam pukul 8am seterusnya bersiap2 untuk ke stesen probolinggo kerana train akan bergerak jam 11am ke Gubeng….
*bersambung lagi….
1 comments
motipp ayat terakhir tu? aku ke ko yg suke? ececece...
ReplyDelete