Trip to Hatyai : Part IV

Sunday, May 22, 2011

Tak habis lagi pasal hatyai..wpun takde apa sangat pun di sana, tapi oklah kot kalo nak share gambar..skurang2nya kawan2 adalah jugak idea mengenai hatyai. Ramailah yang bgth hatyai syurga shopping tapi pada saya yang bukan antu shopping ne, takde beza pun harga dengan di Msia. Tang mana yang murah pun, cheq tak taula...Makanan pun mahal..Apa pun masing2 ada persepsi tersendiri..

Inilah rupanya matawang di sana. Nilai tk jauh pun dengan RM. Kami bawa RM300 aje, tukar dapatlah dalam 2,894BT (lbh kurngla x ingat tapi mmg x sampai pun 3k). Tak habis guna pun, masih ada baki bawa balik Msia..

Time kami p, cuaca ok cuma kadang kala hujan turun tak tentu masa. Orang kata hatyai tak selamat. Mak saya pun mengamuk bila dapat tahu saya ke sana. Katanya mujur dapat balik dengan selamat. Emm yeke tak selamat? Jangan risau, I'Allah hatyai sangat selamat, aman dan damai. Takde pun jumpa yang pelik2 kat sana. Penduduk pun ramah-tamah wpun susahnya nak berinteraksi dengan derang. Rakyat Msia pun ramai yang bercuti di sana. Mana2 p mesti berselisih bahu dengan orang kita. Jadinya don't worry ok!


Ini suasana malam hari. Giler meriah ko!!! Nak apa je, semua ada...Tumpuan, area Lee Garden Hotel, macam2 ada...


Heaven! Yang penting siapkan aje ongkosnya...cuma pandai2 la cari tempat yang tawarkan harga yang berpatutan.Udang galah/rimau yang giler besar tu 400BT (RM40) utk spinggan (tapi x surelah berapa ekor). Ishh giler mahai ko, tak berani pun nak rasa sebab terlalu mahal..


Kan saya dah kata, macam2 ada..tepuk dada tanya poket ye hehehe


Antara makanan yang sempat kami rasa (kecuali pic 2 atas, dan pic pertama(bawh teh ais)). Paling sedap nasi kuning tu, baru 30BT(RM3), bergantung pada saiz ayam. Nasi tu rasa macam makan nasi minyak, ayam goreng tu giler lazatnya..Kalo sudi nak makan kat gerai tepi jalan blh cari nasi ne di Thanon Suphasarnrangsan. Teh ais yang best giler pun boleh dapatkan kat sini...Nasi putih tu pulak kitaorang makan kat Hamid Rest. Emm, mahal makan kat sini..kalo tak silap makan b'4 hampir cecah RM70 (giler cekik darah)...Yang bulat2 kat pic bawah tu pulak rasanya mcm sosej jugak cuma lebih kenyal. Jangan risau halal, kalau tidak kami tak makan...


Nyum2lah..teruja tgk buah2an yang ada terutama sekali DURIAN. Saiz durian kat sana, giler besar ko..nak makan pun tak berani takut mahal wpun hati membuak2 nak rasa (smpai balik pun tak rasa, sayangnya). Buah berangan pun bersepah2 kat sini. Kalo kat Msia terus terang saya tak pandai nak makan buah berangan ne, makan sure kepala sakit dan pitam tapi kat sana isshhh3, gebu dan lemaknya berangan derang. Tq tasya sebab kenalkan buah ne kat kitaorang. Sebab sedap sgt siap beli 1kg bawa balik utk mak :D Mangga pun best, tapi x beli pun bawak blik, kami makan dengan pulut mangga je..sedap!!

You Might Also Like

5 comments

  1. pergh bez nye...bwk 300 je kat sane? tu pon mx abeh??WAHHHH ni kire travel jimat gila nii...

    ReplyDelete
  2. yup, 300 je tapi itu pun tak habis.duit byk habis utk makan2 je..hehehe

    ReplyDelete
  3. oooo...waahhhhh hihi so sy ni lbeh dri lpas la nk gi hatyai ni...ngihihhiii...nak masuk kn hatyai dlm travel waiting list lah kalo gini... :D

    ReplyDelete
  4. Tak bersemangat lah sewaktu di Hat Yai, tak ada apa apa.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. really?? seperti susah untuk saya percaya hehehe

      Delete

Subscribe