Lombok Ceria : Part VI

Thursday, August 09, 2012

17.07.2012 : Gili Trawangan


Hari baru di Gili Trawangan. Sepatutnya hari ini kami berangkat ke Mataram dan bermalam di sana tetapi atas persetujuan bersama, kami mengambil keputusan untuk berada semalaman lagi di Gili Trawangan - kekal bermalam di Pondok Bidara. Pagi itu saya disedarkan oleh azan Subuh yang berkumandang sekitar jam 4.++am. Celek mata, aiyakkk awat gelap-gelita? Try hidupkan lampu, erkk tiada. Pandang di luar, alala blackout. Tak sangka pula kami turut akan melalui perkara yang sama bersama-sama penduduk setempat yang lainnya kerana ada sesetengah tempat yang dah pun bergelap semenjak Magrib lagi. Bak kata owner warung yang kami singgah untuk dinner, waktu-waktu puncak (peak seasson) memang keadaannya akan seperti ini - bekalan elektrik agak terhad dan seolah-olah dicatu. Maksudnya jika malam ini kawasan A menerima bekalan elektrik, kawasan B akan bergelap. Malam esoknya pula, sebaliknya; A - gelap dan B - cerah (boleh fahamlah kan ayat saya ne? :D). Sudah menjadi kebiasaan di sini - katanyalah.

Berbalik kepada cerita asal, kitaorang memang nak layan sunrise pagi itu tetapi biasalah, tidur itu lebih enak hehehe. After Subuh, masing-masing sambung tidur semula. Emm, apa nak buat hari ini ya? Orang kata 'sepakat membawa berkat', jadinya kami sepakat untuk mengelilingi Gili Trawangan dengan berjalan kaki sahaja hari ini kerana kos menyewa basikal agak mencekik darah (bayaran bergantung kepada jumlah jam bukan perhari; kosnya saya lupa nak catat). Kami bermula jam 9.00am dan berakhir jam 3.00pm, giler lama tu!hahaha. Kalau kat sini dah boleh sampai Kuantan, kan? :D. Untungnya berjalan, semua tempat kami boleh explore. Kalau ambil cidomo (Rp50k), tak semua tempat boleh singgah, betul tak? Kenapa tak ambil motor atau kereta? Rasanya saya tak sebut lagi mengenai ini - di sini tiada motor atau pun kereta. Yang ada di sini cuma cidomo dan basikal atau kalau sayang duit (macam kami) berjalan kaki ajelah hehehe. Oh ya, make sure bawa bekalan makanan dan minuman secukupnya sebab tiada gerai/kedai yang akan ditemui sepanjang perjalanan. Kalau ada pun, cafe dari hotel/resort mewah yang ada sepanjang pesisir pantai - tak sangguplah pula nak singgah.

3.00pm, tamat perjalanan kami; kulit memang dah rentunglah saat ini (panas terik di Gili), terasa nak aje merangkak sebab dah kehabisan tenaga, kotor tak usah cakaplah hehehe. Kami singgah makan di salah satu gerai makanan yang ada. Taram sahajalah apa yang ada asalkan halal. Perut dah kenyang kami ambil keputusan untuk kembali ke hostel. Haish, bekalan elektrik masih terputus. Bersihkan diri, solat dan masing-masing terlena (giler penat). Petang itu, teman-teman yang lain mendaki anak bukit yang terletak berdekatan dengan hostel untuk layan sunset tetapi saya tak ikut pun. Malas (bebenornya dah tak larat sangat dah :D). Malamnya 'makan besar' di salah satu warung yang terdapat di Pasar Seni. Saya tak tahu apa nama makanan yang kami ambil tetapi memang sedaplah dan harga sangat berpatutan, Rp20,000/set. Cuma tang minuman agak sedikit terkejut dengan hargannya; fresh orange Rp15,000/gelas. Beza Rp5,000 aje dengan nasi?? hahaha (haru!!). Lepas menjamu selera, kami ambil keputusan untuk berjalan ke pantai, lepak di situ. Di langit, penuh dengan bintang-bintang (keadaannya seolah saya berada di puncak gunung). Haish, memang terbaik. Sambil masing-masing melayan perasaan, sesekali kami bersembang untuk aktiviti di Bali. Puas di sini, balik hostel tidur dengan ditemani sebatang lilin - romantis sangatlahkan? huhuhu..

Layan gambar (hampir sama aje semuanya)


Antara penginapan mewah yang ada di sini.. 








*bersambung untuk hari terakhir di Lombok

You Might Also Like

7 comments

  1. cantiknyer laut...snorkeling mesti best ni. dapat tengok view macam ni, setakat letrik takde apalah sangat, hehe...

    ReplyDelete
  2. Orga, sayang dasarnya tidak seindah di Mabul :)takde apalah sangat ye? giler panas tau takde kipas hahaha

    ReplyDelete
  3. Masa gi Bali dulu pun.. Rasa x moh kuar van... Nak duduk dpn aircon sambil minum ais batu... Huhuhu...

    ReplyDelete
  4. X tahu lombok secantik ini. Bibik mak dtg nya dari Lombok, kena banyak tanya nih.. Nanti boleh kesana. Ingat kan Bali yg berhampiran tuh je yg cantik. RUpanya lombok jugak eh

    ReplyDelete
  5. ckucin, bali 'panas'nya lain macam.saya sendiri tak tertahan ;)

    beb, dah dpt info tu, jgn lupa dikongsi2 ya hehehe..lombok jauh lebih indah dari bali; percayalah ;)

    ReplyDelete
  6. gambar ke-4 tu kat hotel mana ye?


    lagi satu u all pergi gili time bulan brapa?

    ReplyDelete
  7. tu bukan hotel tapi pub..derang beroperasi di waktu malam sahaja...

    trip ke lombok ne dilakukan pada bulan july...

    ReplyDelete

Subscribe