Surabaya

Thursday, August 30, 2012

21/07/2012 : Surabaya

Previous Entry di sini -> Jember

Perjalanan di antara Jember dan Surabaya memakan masa sekitar 4 1/2jam. Masing-masing dah keletihan, duduk aje terus terlena. Saya sedar semula sekitar jam 3.30am, masa untuk bersahur. Silap sebab terlupa nak tapau makanan dari awal. Dalam beg cuma ada kerepek ubi pedas yang saya beli di Lombok. Mujur ada jualan di dalam keretapi so saya cuma beli nasi goreng yang dah sejuk keadaannya dan teh o panas (manis giler) dengan harga Rp20,000. Sepinggan, saya bahagi dua dengan adik saya. Haih, tak lalu pun nak makan tetapi perlu gagahkan diri jugalah. Waktu ini saya lihat penumpang-penumpang yang lain juga sedang sibuk bersahur sesama sendiri, yang lena di atas lantai terus hanyut dengan mimpi masing-masing. Oleh kerana perjalanan masih berbaki, selesai sahur terus sambung tidur semula.

Kami tiba di stesen Surabaya Gubeng pada 4.40am. Kami dah plan dari awal mahu lepak di dalam kawasan stesen keretapi sahaja sementara menunggu hari siang. Singgah di surau stesen untuk solat Subuh. Ingat nak lepak kat surau tu aje sementara nak tunggu toilet di buka tetapi tak boleh la pula sebab mereka ingin membersihkan surau. Jadinya kami lepak ajelah di bangku yang berdekatan sambil berharap cepatlah toilet dibuka - kitaorang nak mandi huhuhu. Hampir 1 jam lebih jugalah menunggu dan akhirnya toilet dibuka kepada semua. Uihh, ingatkan kami aje yang menumpang mandi di situ rupanya ramai yang sedang mempunyai niat yang sama seperti kami hehehe. Walaupun diluar toilet ada tertulis free tetapi jangan mimpilah nak free aje mandi di situ. Bayaran, terpulang pada kita nak bagi berapa hehehe.

Nampak kaki yang terjulur itu? Ramai yang tidur atas lantai sahaja siap ada yang bawa toto dan bantal untuk keselesaan.  

Bergerak keluar dari stesen kami dikerumuni oleh driver teksi dan tuk tuk. Saya tahu ada bus yang akan lalu di hadapan stesen menuju ke terminal bus Purabaya cuma waktu tak menentu. So nak tak nak, hati memang kena keringlah mengadap kerenah driver teksi yang memerli kami tanpa henti. Saya terangkan kepada mereka dengan cara baik, bukan tak nak ambil teksi tetapi wangnya tidak mencukupi. Apa pun jadi, tak kiralah berapa lama kami perlu terpacak di situ, yang penting sekarang kami dapat menaiki bus menuju ke Purabaya. Mujur ada seorang driver tuk tuk yang prihatin dengan keadaan kami. Dia bantu kami dari mula hingga saat ketibaan bas. Agak bernasib baik kerana tidak perlu menunggu lama, sekitar 30 minit sahaja. Tambang bas hanya Rp4,000. Jangan risau nak turun di mana kerana destinasi terakhir adalah terminal bas Purabaya itu sendiri.

Sebenarnya waktu kami di Surabaya, kami akan ditemani oleh kawan saya di sana tetapi 2 hari sebelum bergerak ke Surabaya saya dapat call darinya yang memaklumkan beliau perlu pulang ke Bali kerana mertuanya meninggal. Memang takde rezeki nak berjumpa dengannya dan akibatnya saya patah kaki. Maksudnya, saya perlu bergerak sendiri dan agak kering idea sebab saya langsung tak study mengenai Surabaya huhuhu.

Mujurlah saya ada bawa buku LP, waktu lepak-lepak di stesen sempatlah saya baca mana yang sempat. Akhirnya, kami membuat keputusan untuk ke Jambatan Merah. Tak tahulah apa yang ada di sini tetapi dari review yang saya baca di LP macam  menarik aje dan saya membayangkan keadaannya sama seperti Jambatan Merah yang saya lawati di Jakarta tempohari. Beg-beg yang ada kami tinggalkan di tempat titipan barangan dengan harga Rp13,000 (3 biji backpack), tak laratlah nak bawa ke hulu/hilir; giler berat tu. Dengan bantuan local people yang ada di stesen bas kami menaiki bas menuju ke Jambatan Merah dengan tambang Rp4,000. Jauh letaknya, sekitar 1/2jam baru tiba. Turun-turun aje dari bas, mana jambatannya? Jauh meleset dari apa yang saya bayangkan huhuhu.

Inilah sebahagian daripada Jambatan Merah yang menghubungkan China Town di balik sana..

Bangunan Jawa Post yang kelihatan agak usang ini terletak di China Town. Saya ke sini sebab mahu singgah di CIMB Niaga untuk mengeluarkan duit.

Nak ke mana ini? Kami tiba di sini sekitar jam 9am. JMP (Jambatan Merah Plaza) masih belum dibuka. Call teman saya, beliau memberi cadangan untuk ke House Of Semporna. Ingat nak jalan kaki aje ke sana sekali tanya orang, jauh giler tu. Lebih-lebih dengan keadaan yang sedang berpuasa, tak mampulah kot nak menapak dalam cuaca terik begitu huhuhu. Akhirnya, setelah berbincang kami mengambil keputusan untuk menaiki beca sahaja ke HOS dengan tambang Rp20,000/return. Oklah tu daripada harga teksi huhuhu. Tiada bayaran masuk dikenakan di HOS cuma sakit hidung dengan bau tembakau dan cengkih hehehe. Paling syok kat sini bila dapat tengok pekerja di sini menyiapkan sebatang rokok. Laju giler pergerakan, sekali tengok tak ubah macam robot sahaja yang bekerja kerana pergerakan mereka seiring dan sekata :D. Sebentar sahaja kami di sini sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke JMP untuk cari ole-ole buat family dan barangan kiriman kawan saya.

Sedikit gambar di HOS.






Giler ramai yang bershopping di JMP, persediaan awal untuk raya barangkali. Harga, oklah di sini dan macam-macam ada. Saya hanya beli FM sahaja untuk diri sendiri (seperti biasalah huhuu)

Sekitar jam 11.00am, kami bergerak keluar untuk menuju ke Tunjungan Plaza. Kali ini kami menaiki Damri Bus dengan tambang Rp4,000. Agak bagus menaiki Damri Bus kerana ada laluan khas untuknya. Jadinya kita tidak akan tersangkut dengan macet yang luarbiasa di kota Surabaya. Tujuan ke plaza ini bukan nak window shopping tetapi mahu singgah di Gramedia untuk mencari beberapa buah buku dan ingin singgah di kedai vcd untuk mencari vcd Malaikat Tanpa Sayap dan Negeri 5 Menara. Haih, bila dah masuk kedai buku, saya lupa tentang vcd huhuhu. Buku yang saya cari tiada stok di situ dan saya perlu menapak ke Gramedia Expo untuk mendapat buku tersebut. Haih, ini betul-betul mahu merangkak. Dengan terik mentari, saya merasakan jauhnya perjalanan (dah memang jauh pun). Syukurlah perjalanan itu berbaloi kerana semua buku yang saya ingini ada di situ. Buku dah ada, perlu kembali menapak ke Tunjungan Plaza. Dari situ, kami mengambil bas dengan tambang Rp3,000 untuk kembali ke terminal bus Purabaya.


Pesanan teman saya, make sure 4.30pm dah bergerak ke airport untuk mengelakkan tersangkut dalam macet. Kami tiba di terminal sekitar jam 1.30pm, ambil beg dan terus bergerak menuju ke terminal yang menempatkan damri bus. Tambang sebanyak Rp15,000 untuk ke airport. Kami lepak ajelah di airport, kerana flight kami jam sekitar jam 8.00pm. Berbuka di airport dengan fast food sahaja. Syoknya malam itu, hanya 16 orang sahaja penumpang yang menuju ke Kuala Lumpur. Jadinya, mau duduk di mana, duduk ajelah tiada siapa yang melarang kecuali hot seat. Oh ya airport tax di Surabaya Rp150,000. Kami tiba di rumah sekitar jam 1.30am - giler penat....

*Yeayyy, akhirnya tamat sudah :) 

You Might Also Like

5 comments

  1. 'So nak tak nak, hati memang kena keringlah mengadap kerenah driver teksi yang memerli kami tanpa henti.'

    saya ada kemusykilan sikit. nk tanya jika u xkeberatan. mengapa mereka bertindak sedemikian? adakah kerana awak bertekad untuk tunggu bas?

    ReplyDelete
  2. sebabnya saya bgth saya takde duit nak naik teksi...itu aje pun tapi sampai ke sudah, driver teksi tu membebel..haih, memang bodo aje, tak kuasa nak layan

    ReplyDelete
  3. bulan puasa berjalan.. mmg tekak n badan tak boleh g..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah cabaran..tapi perjalanan di bulan puasa sgt mengesankan..cubalah :)

      Delete
  4. wuhooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo nice entry khatam bersequel hihihi....kagum betul ngn awak zila....kagum kagum kagumm klu ade rezeki nk join awak kot kot ade rezeki pengalaman pertama backpack dgn zila hehehe perasan plakkkkk

    ReplyDelete

Subscribe